Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 24 Oktober 2015

Madrasah tahfiz perlu sumbangan RM200,000

Madrasah tahfiz perlu sumbangan RM200,000

PASIR MAS - Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Banggol Chica memerlukan sumbangan berjumlah RM200,000 untuk menyiapkan asrama pelajarnya.
Pengetuanya, Hamzah Ishak berkata, asrama itu bertujuan menempatkan pelajar yang jumlahnya meningkat setiap tahun.

“Sekarang kami mempunyai seunit bangunan sahaja di mana ia menempatkan pejabat pentadbiran, asrama dan kelas.
“Oleh kerana jumlah pelajar sentiasa meningkat, bangunan baru harus dibuat bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajian dengan lebih selesa,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan pelajar tahfiz di sini adalah mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Mereka sangat mengharapkan sumbangan daripada pelbagai pihak bagi meneruskan pembelajaran sekali gus melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai dalam ilmu agama.
“Kesemua lebih 100 pelajar di sini bukan sahaja dididik dengan ilmu agama semata-mata, tapi mereka turut diajar untuk berdikari.

“Kami berharap hasrat murni ini akan dapat sokongan dan bantuan daripada pihak luar,” katanya.
Orang ramai juga boleh datang ke madrasah tahfiz tersebut untuk melihat lebih dekat keadaan pelajar di sana.

**Mana-mana pihak yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (03027020189897) atau Bank Simpanan Nasional (0355041000016137) atau Bank Rakyat (220883329461) atas nama madrasah tahfiz berkenaan.

Kredit : Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular