Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Isnin, 30 Julai 2018

Peserta Malaysia juara dunia perlumbaan basikal tolak


Peserta Malaysia juara dunia perlumbaan basikal tolak
Imran Ismail, juara dunia Strider Cup 2018 kategori 14" terbuka di Colorado, Amerika Syarikat pada Sabtu. - Gambar Rohaya Yusoff
PELUMBA cilik Imran Ismail menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai kejohanan dunia basikal tolak untuk kanak-kanak, Piala Strider 2018 yang diadakan di Amerika Syarikat pada Sabtu.

Dalam kejohanan di Boulder, Colorado, pelumba berusia tujuh tahun itu memenangi kategori terbuka basikal 14 inci ataupun 14x, mengatasi 25 peserta lain dari Amerika, Thailand, Costa Rica, Vietnam dan pesaing paling sengit dari negara Jepun.

Ia merupakan perlumbaan kategori baharu dalam Piala Strider yang baru saja mengeluarkan model 14 inci hujung tahun lepas.

Aktif dalam sukan dan permakanan yang sihat merupakan resepi utama kejayaan Imran di pentas dunia, mengatasi peserta-peserta setanding dengannya di sana.
Menurut bapanya Shariman Samad, Imran tidak menjalani apa-apa rutin harian sebagai persediaan untuk mengharungi kejohanan dunia tersebut.

“Setiap minggu, Imran berlatih dengan CAK Sports Academy untuk meningkatkan daya ketahanannya, di samping latihan dengan basikal Strider dan berlumba dengan menyertai perlumbaan basikal Strider,” kata Shariman.

“Imran juga pernah aktif latihan bola sepak dengan EPS Sports Academy semasa berusia lima tahun dan makanannya dijaga dengan tidak makan berlebihan.

Kelebihan yang dimiliki Imran sudah pasti pecutannya, kerana dia juga pernah mewakili Sekolah Kebangsaan Setiawangsa sebanyak dua kali di kejohanan IAAF Kids Athletics bawah tujuh tahun dan bawah sembilan tahun.

Ia merupakan kali keempat Imran menyertai perlumbaan basikal tolak ini di peringkat antarabangsa antaranya di Tokyo dan Bangkok.

Imran Ismail mengatasi sekitar 25 peserta dari 14 negara dalam Strider Cup 2018. - Gambar Rohaya Yusoff.
Imran Ismail mengatasi sekitar 25 peserta dari 14 negara dalam Strider Cup 2018. - Gambar Rohaya Yusoff.


Piala Strider 2018 dianjurkan syarikat pengeluar basikal tolak ataupun basikal imbang yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Strider.

Perlumbaan di Piala Strider melibatkan basikal dua roda tanpa pengayuh itu yang turut dikenali sebagai push bike atau balance bike di peringkat antarabangsa.

Ia digunakan sebagai latihan awal untuk kanak-kanak belajar mengimbangi menggunakan basikal dua roda sebelum menggunakan pengayuh.

Kanak-kanak seawal 18 bulan boleh diberi pendedahan awal kepada basikal tanpa pengayuh itu yang turut dipanggil basikal imbang.

Kredit : Astro Awani

Selasa, 24 Julai 2018

Saya bukan lemah lembut tapi...

Wany Hasrita

JIKA melihat kepada lenggok gaya gadis bernama Wany Hasrita ini, pasti ramai yang bersetuju jika dia diklasifikasikan sebagai gadis yang sopan santun dan berbudi bahasa.
Namun dalam nampak gaya sopan dan berbudi bahasa itu, empunya diri sebenarnya sukakan aktiviti sukan yang lasak dan ekstrem.

"Faktor utama saya menerima adalah untuk challenge inner strength, di mana adakah saya boleh menhadapi situasi tidak dijangka dalam perlawanan.Atas faktor itu juga, dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran daripada UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) bagi pertandingan Toyota Gazoo Racing musim kedua.

"Saya tak rasa saya seorang yang lemah lembut, tapi lebih kepada berbudi bahasa. Ibu saya memang seorang yang lemah lembut tapi saya tak mengikuti sikap ibu saya yang itu.
"Walaupun nampak saya lemah lembut, saya sebenarnya seorang yang sukakan sukan extreme dan saya suka mencuba jika diberi peluang.

"Jadi bila pihak UMW tawarkan, saya memang tak berfikir panjang untuk terima sebab saya lihat ia juga peluang untuk saya belajar menjadi pemandu yang baik," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah gadis berusia 26 tahun ini, dia juga sering memandu dan gemarkan gaya pemanduan yang laju, bagaimanapun tidak menafikan pemanduan sebegitu agak bahaya sekiranya seseorang itu tidak cekap memandu.

"Saya sedar memandu di trek dan jalan raya adalah dua situasi yang berbeza tapi memandu di trek juga ada peraturan dan jika tidak mengikuti peraturan, kita akan didenda.
"Buat masa ini saya belum dapat membayangkan lagi bagaimana suasana perlumbaan di trek, mungkin selepas perlumbaan pertama nanti baru saya tahu bagaimana feel yang sebenar dan debarannya.

"Tapi apa yang boleh saya katakan, saya memang teruja untuk memasuki trek dan tak sabar nak berlumba dengan selebriti lain yang menyertai," ujar.
Selain Wany, antara selebriti lain yang turut menyertai Toyota Gazoo Racing adalah Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad,  termasuk empat lagi selebriti dari musim pertama kembali untuk musim kedua iaitu Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee dan Syukri Yahaya.

Semua perlumbaan itu akan diadakan di lokasi berbeza, dan untuk pertama kali ia akan berlangsung di Pantai Timur, bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 2-4 Ogos. Ini diikuti pula oleh perlumbaan di MAEPS Serdang pada 19-21 Oktober; Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 22-24 Februari 2019 dan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 12-14 April 2019.

Fokus nyanyian

Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaharunya, Wany berkata, dia akan tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi.
Katanya single keenam ini masih mengekalkan komposer dan penulis lirik Menahan Rindu iaitu Gouffran dan Ibnu.

"Apa yang boleh saya katakan single baru ini rentaknya masih moden namun tetap mengekalkan lenggok Wany Hasrita," ujarnya.
Ditanya tidakkah dia bercadang untuk melebarkan kerjaya dalam cabang berbeza, Wany berkata, dia tidak merancang untuk terlibat secara serius dalam bidang lakonan selepas cuba untuk berlakon dalam telefilem Tergantung Rindu bersama Haqiem Rusli dan Tajul, baru-baru ini.

"Saya sedar kemampuan saya dan kalau boleh saya mahu fokus kepada nyanyian sahaja. Bagi saya tidak bermakna kita fokus pada satu bidang sahaja, populariti kita tidak akan naik.
"Lakonan bukan passion saya dan kalau saya nak buat sesuatu, saya lebih suka buat sebab itu passion saya. Apa yang penting kita tahu susun kerjaya untuk orang lebih aware tentang perkembangan kita," jelasnya.

Kredit : sinar Harian Online

Khamis, 19 Julai 2018

Datin dulu hidup mewah, kini penerima zakat

Datin dulu hidup mewah, kini penerima zakat

SHAH ALAM - Dahulunya, keluarga ini berpendapatan kira-kira RM30,000 sebulan, namun kini mereka menjadi penerima bantuan zakat bulanan.
Itu dialami seorang ibu tunggal berusia 66 tahun yang bergelar Datin pada satu ketika dahulu.

Lebih menguji apabila harta yang ditinggalkan suami tidak mampu menampung hutang yang ditinggalkan menyebabkan wanita berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan daripada Lembaga Zakat Selagor (LZS).Bagaimanapun status kehidupan mewahnya bersama dua lagi anak, berubah sekelip mata apabila suaminya seorang ahli perniagaan berjaya bergelar Datuk, meninggal dunia.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ketiga-tiga beranak itu juga disahkan menghidap penyakit kronik yang memerlukan pembiayaan rawatan untuk jangka masa panjang.
Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Mohd Nur Fadhli Yohman, berkongsi pengalaman mengendalikan salah satu kes melibatkan golongan asnaf miskin yang menerima bantuan LZS.

Menurutnya,  kes berkenaan berlaku lima tahun lalu dan sehingga kini keluarga berkenaan masih menerima bantuan daripada LZS.

"Nilai harta yang ditinggalkan arwah suaminya kira-kira RM3 juta tapi hutang yang perlu ditanggung lebih dari itu menyebabkan keluarga ini tidak mampu dan terpaksa menjual semua harta mereka dan tinggal menyewa.  Wanita berkenaan juga mengalami sakit kronik juga dua anaknya memerlukan perbelanjaan bulanan.

"Jadi sejak itu LSZ mengambil peranan membantu menguruskan hidup keluarga ini, sehingga hari ini meliputi bantuan kewangan bulanan, sewa bulanan, perubatan bulanan dan keperluan hari raya. Bagaimanapun LZS tidak menampung bayaran hutang mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohd Nur Fadhli kes berkenaan menjadi antara kes yang memberi kesan sepanjang pengalamannya mengendalikan kes asnaf.
"ALLAH SWT tarik nikmat sekelip mata. Jadi di sinilah peranan LSZ membantu golongan yang memerlukan. Dahulu mereka merupakan pembayar zakat dan mungkin tidak terfikir akan menjadi penerima zakat pada hari ini,"katanya.

Kredit : Sinar Harian Online

Isnin, 9 Julai 2018

Teknik langsai hutang rumah dalam masa 10 tahun

hartanah

SECARA umumnya, kebanyakan pembeli rumah khususnya kepada mereka yang pertama kali pertama akan membuat perjanjian dengan pihak bank untuk melunaskan bayaran ansuran selama 30 tahun.
Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan selama 30 tahun itu, jika difikirkan kembali memang memakan masa yang lama.  

Bagaimanapun, tempoh bayaran balik pinjaman perumahan 30 tahun itu sebenarnya boleh dipendekkan sekiranya pembeli tahu dan faham cara-caranya.Contoh, jika kita di usia 30 tahun membeli rumah, pada usia 60 tahun barulah bayaran balik pinjaman perumahan kepada pihak bank langsai.

Sebelum ini, ramai yang beranggapan pada tahun-tahun permulaan mereka membayar hutang, mereka hanya membayar nilai faedahnya sahaja.
Selepas nilai faedahnya habis dibayar, barulah nilai pokoknya mula dibayar.
Inilah salah satu mitos dan salah faham kebanyakan orang yang berhutang rumah dengan bank.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada nilai hutang dan nilai bayaran balik hutang kita kepada bank ini?
Pengasas Hartanahguru merangkap Pengasas Bersama celikhartanah.com, Abdul Aziz Ahmad berkongsi ilmu dan teknik ‘killer’ yang boleh melangsaikan hutang rumah dalam masa 10 tahun sahaja.

Kena paham konsep pinjaman

Senario yang berlaku pada hari ini, ramai bimbang pembayaran balik pinjaman perumahan tidak dapat dilangsaikan mengikut tempoh yang diberikan oleh pihak bank meskipun dalam perjanjian pihak bank menetapkan bayaran ansuran selama 30 tahun.
Bagaimanapun, tempoh yang diberi itu tidak semestinya kekal 30 tahun, kita mesti langsaikan sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Kita boleh menyelesaikan lebih awal, asalkan jangan lebih dari jangka masa 30 tahun itu.

Katanya, bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan mereka perlu tahu, terdapat dua komponen utama iaitu nilai pokok dan nilai faedah.

“Apabila kita mula membayar balik hutang kepada bank setiap bulan, jumlah tersebut digunakan untuk membuat bayaran balik sejumlah nilai pokok dan sejumlah nilai faedah.
“Nilai faedah dikira daripada baki nilai pokok atau baki hutang kita. Sebagai contoh, Hutang rumah kita RM200,000 dan setiap bulan kita bayar RM1,000. Daripada RM1,000 yang kita bayar untuk bulan pertama, RM200 akan dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM800 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi baki hutang kita sudah kurang RM200 menjadi RM199,800.

“Bulan kedua, RM210 dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM790 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi hutang kita RM199,800 sudah berkurang RM210 menjadi RM199,590. Begitulah seterusnya. Sebab itu pada peringkat permulaannya kita nampak baki hutang kita lambat kurangnya.

"Jadi konsep pinjaman perumahan ini perlu dipahami oleh semua agar pembeli tidak tertanya-tanya mengapa bayaran ansuran rumah tidak langsai 'ontime',” katanya.

Siap sedia apabila OPR naik

Menurut Abdul Aziz, kita perlu bersiap sedia dari segi pembayaran balik sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan baharu OPR atau Overnight Policy Rate atau 'Kadar Faedah Semalaman'.
“Apabila berlakunya kenaikan OPR, sudah tentu kita terpaksa membayar jumlah bayaran sepertimana yang diarahkan oleh pihak bank.
“Jika gagal mematuhi arahan pembayaran ansuran yang ditetapkan, sudah tentu akan menjadi masalah kepada diri kita sendiri kerana pembayaran balik bayaran ansuran rumah akan menjadi lebih panjang.
“Jadi formulanya, apabila kenaikan baru OPR, kita kena mengubah jumlah bayaran bulanan daripada kadar sepatutnya ke jumlah tertentu. Ikut kepada arahan yang diberi oleh pihak bank, bagi atasi masalah di kemudian hari," katanya.
beliau berkata, sebagai peminjam perumahan, kita perlu sentiasa mengambil tahu dan peka akan setiap perubahan yang berlaku pada kadar OPR.

Cara memendekkan tempoh bayaran

Langkah untuk memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman bagi pembeli rumah boleh dilakukan menerusi kaedah pembayaran prinsipal secara pukal.
Menurut Abdul Aziz, apabila kita membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, kita membayar dua perkara iaitu bayaran prinsipal atau pokok dan keduanya, bayaran faedah (interest) yang dikenakan ke atas pembeli oleh pihak bank.
“Jadi, untuk memendekkan tempoh pinjaman perumahan kepada 10 tahun, setiap enam bulan sekali, kita boleh mengambil langkah dengan membayar secara pukal pinjaman prinsipal sepenuhnya kepada bank.

“Dengan cara beginilah kita dapat pendekkan tempoh pinjaman daripada 30 tahun kepada 10 tahun, berbanding lazimnya,” katanya.

Boleh keluarkan wang caruman KWSP

Selain itu, katanya, pembeli juga boleh mengeluarkan wang caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun dua, jika tidak mempunyai jumlah amaun yang mencukupi sebagai altenatif bayaran.
“Pengeluaran daripada akaun dua KWSP boleh dibuat berdasarkan tiga perkara. Pertama, untuk membuat bayaran pembelian rumah kali pertama.
“Sebab kedua, pengeluaran yang dipanggil‘holiday payment’ iaitu jika kita mempunyai masalah hutang, kita mahu melangsaikan hutang-hutang, kita boleh buat pengeluaran menerusi kaedah kedua ini.

“Dan kaedah ketiga bagi mengurangkan nilai prinsipal atau 'principal reduction',” jelasnya.
Katanya, daripada ketiga-tiga kaedah itu, bolehlah digunakan untuk membuat pembayaran prinsipal secara pukal.
“Bagaimanapun, berapa jumlah bayaran untuk pengurangan prinsipal mesti dirujuk kepada surat perjanjian di antara pembeli dan bank.

“Sebagai contoh, sekiranya jumlah pinjaman bank yang dibuat oleh pembeli rumah ialah RM200,000 maka bayaran prinsipal setiap enam bulan sekali adalah RM5,000.
“Dengan pencerahan yang diberikan ini saya berharap dapat membantu pembeli-pembeli rumah di luar sana untuk memendekkan tempoh bayaran balik bank,” katanya.

Kredit : Sinar Harian Online

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular