Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 19 Julai 2018

Datin dulu hidup mewah, kini penerima zakat

Datin dulu hidup mewah, kini penerima zakat

SHAH ALAM - Dahulunya, keluarga ini berpendapatan kira-kira RM30,000 sebulan, namun kini mereka menjadi penerima bantuan zakat bulanan.
Itu dialami seorang ibu tunggal berusia 66 tahun yang bergelar Datin pada satu ketika dahulu.

Lebih menguji apabila harta yang ditinggalkan suami tidak mampu menampung hutang yang ditinggalkan menyebabkan wanita berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan daripada Lembaga Zakat Selagor (LZS).Bagaimanapun status kehidupan mewahnya bersama dua lagi anak, berubah sekelip mata apabila suaminya seorang ahli perniagaan berjaya bergelar Datuk, meninggal dunia.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ketiga-tiga beranak itu juga disahkan menghidap penyakit kronik yang memerlukan pembiayaan rawatan untuk jangka masa panjang.
Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Mohd Nur Fadhli Yohman, berkongsi pengalaman mengendalikan salah satu kes melibatkan golongan asnaf miskin yang menerima bantuan LZS.

Menurutnya,  kes berkenaan berlaku lima tahun lalu dan sehingga kini keluarga berkenaan masih menerima bantuan daripada LZS.

"Nilai harta yang ditinggalkan arwah suaminya kira-kira RM3 juta tapi hutang yang perlu ditanggung lebih dari itu menyebabkan keluarga ini tidak mampu dan terpaksa menjual semua harta mereka dan tinggal menyewa.  Wanita berkenaan juga mengalami sakit kronik juga dua anaknya memerlukan perbelanjaan bulanan.

"Jadi sejak itu LSZ mengambil peranan membantu menguruskan hidup keluarga ini, sehingga hari ini meliputi bantuan kewangan bulanan, sewa bulanan, perubatan bulanan dan keperluan hari raya. Bagaimanapun LZS tidak menampung bayaran hutang mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohd Nur Fadhli kes berkenaan menjadi antara kes yang memberi kesan sepanjang pengalamannya mengendalikan kes asnaf.
"ALLAH SWT tarik nikmat sekelip mata. Jadi di sinilah peranan LSZ membantu golongan yang memerlukan. Dahulu mereka merupakan pembayar zakat dan mungkin tidak terfikir akan menjadi penerima zakat pada hari ini,"katanya.

Kredit : Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Gewe Ku Ore Kelate

LayaN lagu ini KLIK SINI  

Catatan Paling Popular