PEMBANGUNAN teknologi pada masa kini mempengaruhi
banyak pihak untuk meninggalkan kawasan luar bandar dan memilih
penempatan di bandar bagi jaminan hidup dan pekerjaan yang lebih baik.
Namun begitu, beberapa kawasan bandar metropolitan di dunia turut
menjadi sebahagian daripada lokasi paling berbahaya di dunia disebabkan
oleh populasi penduduk yang besar sehingga mengakibatkan bilangan
penguat kuasa menjadi terhad.
Oleh sebab demikian, terdapat banyak bandar popular di dunia dikenal
pasti sebagai lokasi paling berbahaya disebabkan oleh kadar peningkatan
jenayah yang tinggi.
Berikut merupakan senarai bandar-bandar paling bahaya di dunia seperti disenaraikan oleh cheatsheet.com:
1) San Pedro Sula, Honduras
San Pedro Sula terletak di bahagian utara Honduran dan merupakan bandar
yang paling ganas serta berbahaya di dunia. Bandar yang dikenali
sebagai ‘pembunuh ibu kota dunia’ ini telah menjadi bandar paling ganas
dipercayai berpunca daripada aktiviti perdagangan dadah serta
kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berjuang demi kuasa. Selain itu,
gejala rasuah turut memainkan peranan utama dalam negara ini. Ramai
penduduk telah melarikan diri dari bandar ini berikutan daripada faktor
kemiskinan yang membelenggu masyarakat setempat.
2) Rio de Janeiro, Brazil
Walaupun Brazil gah dengan penganjuran sukan Olimpik Rio 2016, namun
bandar ini sebenarnya merupakan antara lokasi yang bermasalah. Rio
dipengaruhi oleh keganasan malah turut mengundang bahaya kepada para
pelancong. Untuk kekal selamat di sini, orang ramai dinasihatkan untuk
tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau dadah yang dijual serta
sentiasa elakkan untuk berada di bawah pengaruh dadah. Selain itu, orang
ramai turut dinasihatkan untuk tidak mempamerkan alatan mereka seperti
telefon pintar dan tablet.
3) Cape Town, South Africa
Cape Town merupakan kota kedua terpadat di Afrika Selatan. Selain
daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah
terbesar di Cape Town. Pergaduhan dan pertempuran sesama kumpulan
merupakan penyebab utama Cape Town menjadi bandar paling merbahaya di
Afrika. Namun begitu, walaupun Cape Town mempunyai beberapa bahagian
yang menakutkan, lokasi pelancongan di sini kebiasaannya terhindar
daripada sebarang jenayah.
4) San Salvador, El Salvador
EL Salvador terkenal dengan jolokan merbahaya berikutan mempunyai
beberapa kumpulan ganas dan ditakuti seluruh dunia seperti MS-13.
Disebabkan oleh masalah kumpulan pengganas ini, ramai pihak telah
melarikan diri ke utara untuk mencari perlindungan di samping
menggelakkan diri daripada masalah kemiskinan di negara berkenaan.
5) Kabul, Afghanistan
Kabul , Afghanistan merupakan antara lokasi yang bukannya menjadi
tumpuan pelancong di seluruh dunia. Bandar dan negara ini turut
dikaitkan dengan serangan 11 September sehingga menyebabkan kuasa-kuasa
seperti Taliban dan Amerika Syarikat telah menduduki kawasan luar bandar
tersebut. Selain itu, dengan kewujudan ISIS, ia telah menimbulkan lagi
ketegangan di Iran dan Afghanistan.
6) Baghdad, Iraq
Baghdad adalah ibu negara Iraq dan mempunyai populasi dianggarkan
seramai 7,000,000 orang. Selain itu, ia merupakan bandar raya terbesar
di Iraq. Seperti Kabul , Baghdad masih di ambang perang, dan ia dianggap
tidak selamat untuk pelancong.
7) Caracas, Venezuela
Caracas merupakan bandar yang mempunyai banyak kumpulan terlibat dengan
aktiviti keganasan. Difahamkan, seramai 24,000 orang telah dibunuh di
Venezuela pada tahun 2014. Bandar ini adalah di bawah aktiviti harian
kartel dadah dan samun bersenjata. Rakyat dan pengunjung perlu sentiasa
berwaspada tidak kira yang kawasan yang mereka lawati. Jika anda mahu
untuk melawat Caracas, pastikan anda tidak pergi ke bandar seorang diri.
8) Acapulco, Mexico
Suatu masa dahulu, Acapulco adalah merupakan lokasi tarikan pelancong
yang mempunyai pemandangan pantai serta air laut yang cantik. Namun
begitu, bandar berkenaan kini tidak lagi seperti dahulu apabila sering
kali dilanda keganasan dan membahayakan pelancong yang datang. Tentera
Mexico terpaksa dipanggil bagi membantu menenangkan keadaan sekiranya
berlaku keadaan tidak diingini.
9) Guatemala City, Guatemala
Guatemala turut mempunyai banyak masalah seperti jirannya, El Salvador
dan Honduras. Masalah kumpulan pengganas, pengedaran dadah dan
kemiskinan merupakan punca mengapa banyak pihak melarikan diri daripada
bandar ini. Walaupun ia merupakan bandar yang indah dan mempunyai
sejarah tersendiri, namun jenayah dan keganasan yang sering kali berlaku
di sana menyebabkan pelancong tidak berani untuk berkunjung ke sana.
10) St. Louis, USA
St. Louis adalah bandar yang paling merbahaya di Amerika. Walaupun St.
Louis jauh lebih selamat daripada bandar-bandar di Amerika Tengah , ia
masih berdepan dengan isu-isu yang serius. St. Louis telah berdepan
dengan isu keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai
contoh, rusuhan di Ferguson merupakan antara keganasan yang berlaku di
sana.
Kredit : cheatsheet.com/Sinar Harian Online