Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Ahad, 29 Oktober 2017

Bagaimana Saya Mendapat RM716,000 Untuk Membeli Kereta Idaman Saya Dalam Hanya Empat Bulan

Image result for Bagaimana Saya Mendapat RM716,000 Untuk Membeli Kereta Idaman Saya Dalam Hanya Empat Bulan
Wang anda mencukupi? Anda memiliki segala yang diidamkan? Adakah anda gembira dengan kehidupan sekarang? Jika jawapannya ‘Ya’, jangan bazir masa dan tutup halaman ini.
Sesiapa yang menjawab ‘Tidak’, teruskan membaca. Saya akan beritahu rahsia untuk berhenti kerja sepenuh masa anda dan mula membuat RM1600 atau RM2400 setiap hari dalam masa 2 hari, terus dari rumah anda.
Saya telah berjaya melakukannya, dan jika anda mahu, anda juga boleh berjaya! Saya tidak rugi jika berkongsi rahsia ini bersama anda, ia akan membantu beberapa orang mencapai kehidupan yang lebih senang dan akhirnya bebas daripada masalah kewangan.
Pertama, izinkan saya perkenalkan diri. Saya Soraya Malik. 26 tahun daripada Kuala Lumpur, dan saya hanya seorang gadis biasa daripada keluarga sederhana, yang bukannya “kaya-raya”. Ibu bapa saya sudah berusia. Ibu dulu seorang jururawat, manakala Abah seorang pemandu lori.
Semasa kecil, saya teringat ibu bapa saya mencuba sedaya upaya membeli pakaian dan makanan yang paling murah sekali. Jika bertuah, mereka dapat menabung sedikit untuk pergi bercuti. Kami mampu melancong sekali setiap 3 atau 4 tahun.
Selepas sekolah menengah, saya tidak terfikir untuk sambung belajar di universiti, kerana saya perlu menyara diri sendiri dan ibu bapa saya yang telah bersara.
Jadi, saya mula bekerja sebagai seorang jurujual, dengan gaji RM1,500 sebulan. Tahun itu 2008, dan gaji itu kira agak baik di Malaysia.
Duit saya cukup untuk perbelanjaan harian, tapi saya ada impian, impian untuk membeli Mercedes Benz. Saya tahu kereta itu mahal dan saya perlu berjimat selama bertahun-tahun. Namun, saya tak kisah. Lagipun, ia impian saya, dan impian tidak boleh menjadi nyata dalam sehari dua. Itu yang saya fikir pada masa itu…
Saya sangat kecewa dengan keadaan kewangan saya, harga mula naik kerana inflasi dan kehidupan di Malaysia semakin susah. Rakyat semua resah tetapi saya tahu saya mesti teruskan bekerja…
Namun, selepas 3 bulan, kedai baju majikan saya telah bankrap, saya tiada kerja, tiada sumber pendapatan, dan perlu bergantung pada wang KWSP ibu bapa.
Itu merupakan zaman yang paling sedih sekali. Saya terdesak mencari peluang pekerjaan di Internet, tetapi selepas dua bulan, masih tiada hasil.
Lagi 2 minggu berlalu, dan saya hampir berputus asa, tetapi tiba-tiba saya terjumpa satu laman web. Sebuah kisah tentang seorang lelaki yang berjaya mendapat RM36,000 dari internet, di depan komputer, tanpa meninggalkan rumahnya!
Dia berkata dia berdagang PILIHAN BINARI
Saya pening. Adakah ini peluang yang saya carikan? Peluang yang wujud sekali seumur hidup?
Pada mulanya, saya tidak faham apa-apa, tapi saya membuat kajian untuk info, laman web, blog dan sumber lain topik ini. Akhirnya, saya agak mahir dalam bidang ini. Saya terasa gembira dan ingat sampai sekarang. Begitu mengujakan untuk tahu saya boleh menjadi seorang pakar dan boleh membuat duit secara online…
Sekarang, mari kita tepikan kisah saya, kerana saya mahu anda fahami apa yang saya sedang ceritakan. Saya akan terangkan kepada anda apa itu PILIHAN BINARI , secara ringkas, supaya anda tidak perlu membuat kaji selidik berpuluh-puluh laman web, seperti yang saya lakukan dulu. Saya akan menjimatkan masa dan usaha anda.
PILIHAN BINARIialah revolusi baru untuk membuat duit dalam pasaran kewangan, ia sangat mudah difahami, cepat dan sangat menguntungkan. Anda mungkin tahu bahawa pasaran kewangan ialah tempat di mana mata wang, seperti dolar, euro atau pound didagangkan 24/7, iaitu tiada rehat atau hari cuti.
Anda hanya perlu membuka akaun percuma di laman web PILIHAN BINARI (laman web broker), buat deposit, pilih jumlah pelaburan dan ramal arah tuju harga (misalnya, kadar pertukaran dolar US) dalam beberapa minit atau jam.
Hanya terdapat dua pilihan: Tinggi atau Rendah. Dagangan boleh berlangsung selama 1 minit hingga 3 jam (masa luput), dan anda boleh memilih tempoh di antara waktu itu. Jika ramalan anda betul, jumlah pelaburan anda akan digandakan; jika salah, anda kehilangan jumlah pelaburan.
Jika anda mengikut arahan saya, ini akan bertukar menjadi kerja anda. Ini dipanggil ‘trading’ (berdagang), dan seorang yang melakukan ini digelar ‘trader’ (pedagang). Sebagai seorang pedagang, anda boleh bekerja pada bila-bila masa di mana jua, hanya perlukan sebuah komputer dan sambungan internet yang stabil. Seperti yang anda boleh lihat, ia adalah agak mudah, kanak-kanak 10 tahun pun mampu memahami cara ia berfungsi!
Apabila saya berpengetahuan lengkap tentang prosesnya, saya sangat teruja dan perlu mencubanya serta merta.
Saya mendaftar untuk akaun percuma broker sama yang diceritakan oleh lelaki itu. Kemudian, saya mendapat tahu bahawa merekalah antara broker PILIHAN BINARI yang terbaik di internet.
Setelah membuka akaun, saya menerima $10,000 kredit demo, sangat berguna untuk mencuba dan berlatih. Ini percuma untuk setiap orang.
Jadi, saya mula berdagang dengan kredit maya ini, dan dalam masa sejam saya mengaut keuntungan $11,000! Ya, ini hanya kredit demo, saya mengejar wang sebenar. Kita tidak boleh lakukannya tanpa membuat deposit, dan dengan ini bukan satu masalah, kerana terdapat pelbagai pilihan deposit, seperti kad kredit (Visa atau MasterCard) dan e-dompet.
Saya membuat deposit pada hari yang sama mengguna kad Visa saya. Saya memilih untuk melabur jumlah yang sedikit sahaja, ini kelebihan, kerana anda boleh mula berdagang serendah $30! Itu jumlah yang mampu saya melabur pada masa itu.
Saya berdagang kurang dari sejam dengan wang sebenar dan baki akaun saya bertambah sebanyak $64. Hebatnya!! Jantung saya berdegup kuat, dan saya mula berpeluh! Saya hanya boleh fikirkan: Syukur, Alhamdulillah! SAYA BERJAYA!!
Saya susah tidur malam itu, dan keesokan hari saya mendapati $197 dalam akaun saya. Ya, betul, seratus sembilan puluh tujuh ringgit! Hanya dengan $30 yang saya deposit hari sebelumnya. Saya tak percaya!!! Kalau boleh saya akan duduk di hadapan komputer selamanya, tetapi saya masih perlu tidur, jadi saya masuk tidur dengan berat hati.
Saya bangun tidur lebih kurang 12PM, dan terus log masuk ke akaun saya. $197 masih ada. Bukan sekadar mimpi!
Keesokannya sepanjang hari saya menghadap komputer dan tiba tengah malam baki akaun saya mencecah $773!!! Saya rasa saya akan mengingati nombor ini selamanya, kerana ini kejayaan serius pertama saya.
Dengar sini, $773-$197 hasilnya $576, ini pendapatan saya dalam masa 12 jam. Saya tidak pernah terima jumlah ini dalam masa kurang daripada satu hari.
Malam itu, sebelum masuk tidur, saya membuat permintaan mengeluarkan duit sebanyak $700 ke kad Visa saya. Sebelum saya tertidur, saya tertanya-tanya jika ini semuanya benar…
Saya terbangun kerana bunyi mesej di telefon saya. Bank saya hantar notifikasi, RM2940 dikredit ke akaun saya. RM2940!! Dimasukkan ke akaun saya!!!
Hari sebelumnya, selepas membuat pembayaran mudah alih dan deposit baki saya kurang dari RM400. Kemudian ada pula RM2940…ia berjaya!!!
Ini hari yang hebat, yang terhebat dalam beberapa tahun yang lalu.
Minggu berikutnya, saya mendapat lebih $6,000 selepas dua bulan lagi, $28,000+, dua bulan seterusnya, lebih kurang $90,000, dan selepas itu saya mampu membeli kereta Mercedes Benz berharga RM496,500!!! Kereta idaman saya, mimpi yang hampir saya lupakan.
Ya, saya masih perlu memohon pinjaman untuk membeli kereta itu, tetapi dengan pendapatan saya, saya mampu membayar ansuran bulanan. Saya mampu melangsaikan pinjaman itu pada masa yang singkat.
Lihat, ini saya bersama kereta Mercedes Benz saya. Pada hari yang sama saya membelinya..
Sekarang, sambil menulis kisah ini, saya cuba mengenang kembali detik itu… Bagaimana saya lakukannya? Jawapannya mudah: Saya percayakan diri sendiri! Pertama, saya menemui peluang, dan saya percaya yang saya mampu membuat duit seperti lelaki di laman web itu. Dan itu saja!
Jadi, anda harus percaya yang anda boleh melakukannya juga. Itu paling penting, kerana tanpa kepercayaan anda tidak boleh mencapai kejayaan. Tidak mungkin! Jika anda tidak percayakan diri sendiri, anda akan mula berfikir bahawa saat-saat terbaik kehidupan anda sudah berlalu. Ini akan terjadi, jika anda terus berfikir begitu…
Jika anda berputus harapan dan tidak mempercayai apa-apa atau sesiapapun, anda tidak akan mengenali peluang yang mampu mengubah hidup anda.
Cubalah cari peluang sedemikian di mana sahaja, dalam setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling anda, dalam setiap orang yang ditemui, dalam setiap kisah anda membaca di internet… Di mana-mana jua! Sentiasa gunakan peluang ini, ia milik anda! Akhirnya anda akan berjaya!!!
Walau apa pun keadaan, saya sentiasa percaya bahawa saya akan mampu membeli kereta idaman saya. Dan saya memang beli pun! Saya tidak perlu menyimpan duit, saya beli saja, kerana saya cukup duit untuk membayarnya. Saya memiliki sumber pendapatan yang tidak akan pernah habis; sebaliknya ia membawa lebih banyak wang setiap masa! Tambahan pula, saya tidak perlu melapor kepada bos atau bekerja sepanjang hari tanpa peluang untuk relaks, seperti masa lalu.
Saya membuat lebih banyak duit dalam masa sehari berbanding gaji saya sebulan. Saya rasa sungguh bebas!!!
Adakah ianya keajaiban? Mungkin. Tetapi, ia berlaku, jadi ianya benar. Saya terserempak sebuah artikel, mempercayai diri sendiri dan membuat keputusan muktamad. Itu caranya saya berjaya!
Oh, cukup lah mengenang masa lalu, saya mula lari topik…
kredit : http://www.wherewithallife.com

Selasa, 24 Oktober 2017

Senarai 10 jutawan Malaysia berubah

Gagal atasi kejatuhan nilai ringgit

SELEPAS kematian Puan Sri Lee Kim Hua, isteri kepada pengasas Kumpulan Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan terbaru, Pengasas YTL Corporation Bhd, Tan Sri Yeoh Tiong Lay, kedudukan senarai 10 jutawan Malaysia dijangka alami perubahan sedikit masa lagi.

Majalah mingguan Focus Malaysia pada Februari tahun ini mengumumkan Kim Hua mempunyai 6.63 peratus saham Kumpulan Genting dengan memiliki kekayaan sebanyak RM2.17 bilion sekali gus melayakkan beliau menjadi wanita terkaya di Malaysia.
Manakala Forbes pada Mac tahun ini ketika menyenaraikan 50 jutawan terkaya di negara ini, anak kedua Kim Hua, iaitu Tan Sri Lim Kok Thay yang kini menjawat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, berada di kedudukan nombor 6 jutawan terkaya Malaysia. Beliau dikatakan memiliki kekayaan sebanyak RM18.81 bilion.
Sementara mendiang Tiong Lay pula mempunyai RM8.87 bilion, berada di kedudukan nombor 7 selepas CEO Kumpulan Genting itu.

Menurut laporan China Press,  jika anak-anak Tiong Lay tidak berada antara 10 jutawan terkaya di negara ini, ia beri peluang kepada Ketua Pegawai Eksekutif NagaCorp, Tan Sri Dr Chen Lip Keong di kedudukan nombor 11 sebelum ini mengisi kekosongan itu.
Secara keseluruhannya, dalam tempoh lebih 10 tahun lalu, senarai 10 jutawan terkaya di Malaysia tidak alami perubahan ketara, yang memungkinkan kedudukan berubah hanyalah dari segi jumlah kekayaan mereka.

Selepas kematian isteri tauke Genting, wanita terkaya di Malaysia kini menjadi milik Pengasas yang juga Pengerusi Selangor Properties Bhd (SPB), Puan Sri Chong Chook Yew. Beliau dikatakan memiliki kekayaan sebanyak RM1.2 bilion dan berada kedudukan nombor 43 jutawan terkaya di negara kita.
Menurut akhbar ini, secara purata usia 10 jutawan terkaya di Malaysia adalah 80 tahun dengan Pengasas Hotel Shangri-La, juga dikenali sebagai 'Raja Gula', Tan Sri Robert Kuok adalah tertua daripada senarai itu.

Robert Kuok yang kini menjangkau usia 94 tahun jutawan paling kaya di Malaysia, memiliki kekayaan berjumlah RM48.17 bilion.

Ia diikuti Tan Sri Quek Leng Chan (76); Tan Sri Ananda Krishnan (79); Teh Hong Piow (87); Lee Shin Cheng (78); Lim Kok Thay (66); Yeoh Tiong Lay (88); Lau Cho Kun (82); Tiong Hiew King (82) dan Syed Mokhtar AlBukhary (65). Semuanya bergelar Tan Sri.
Daripada 10 jutawan ini, usia Syed Mokhtar paling muda dan diikuti Kok Thay.
"Jutawan yang berusia lanjut ini sebenarnya sudah pun melakukan perancangan tersendiri.
"Mereka mulai menyerahkan tanggungjawab kepada anak-anak dan pelapis secara berperingkat. Dunia korporat kita dijangka memperlihatkan kepimpinan usahawan baharu ini," lapor akhbar ini.

Pembangkang terus bangkit isu 1MDB

Pakatan pembangkang akan terus membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sesi sidang Parlimen mulai Isnin ini hingga 30 November depan.
Selain isu 1MDB, ahli parlimen pembangkang juga tidak akan melepaskan peluang untuk meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai jumlah perbelanjaan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dan bertemu Presidennya, Donald Trump.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, PKR akan mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak membenarkan Parlimen membincangkan isu 1MDB.

"Selain bertanyakan sama ada boleh menuntut semula aset 1MDB yang telah dibekukan di Amerika Syarikat, pembangkang juga ingin mencabar Speaker kenapa tidak boleh membincangkan isu 1MDB dalam sesi Parlimen?," katanya ketika memberitahu Oriental Daily.

Menurut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, semua kementerian mempunyai laporan audit, tetapi kenapa hanya laporan 1MDB perlu diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Apakah istimewanya laporan 1MDB itu? Kalau tidak ada apa yang perlu disembunyikan, kenapa tidak diumumkan untuk pengetahuan semua orang?," soalnya.
Sementara itu, pembangkang turut melahirkan perasaan tidak puas hati kunjungan Najib ke Amerika Syarikat tidak berapa lama dulu.

"Kami ingin tahu berapa banyak wang telah dibelanjakan kerajaan ketika Najib mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat? Ada laporan media menyatakan Najib dan Trump telah berbincang mengenai isu Rohingya, tetapi ramai tidak tahu apa isi perbincangan mereka," katanya.

Sinar Harian Online

Khamis, 19 Oktober 2017

Kelainan Shell Out di My Story Cafe

Kelainan Shell Out di My Story Cafe

BUAT anda yang kaki makan, My Story Cafe satu lagi lokasi wajib diterjah buat penggemar shellout terutamanya mereka yang tinggal di sekitar  Kota Kemuning,Shah Alam, Puchong dan Klang.
Bertemakan dekorasi ala Inggeris, pastinya mengundangkan rasa santai sebaik memasuki  ke ruangan kafe ini, homely dan cosy.

Shell Out bercita rasa tempatan

Kafe yang diusahakan Asrul Husni Hussain bersama isteri menawarkan Shellout  yang enak dengan harga yang berbaloi. Bagi memenuhi cita rasa pelanggan empat jenis sos  disediakan ( Butter Garlic, Curry Rio Penang, Shoot Chili, Extra Pedas dan Black Pepper) sebagai pilihan. Antara sos pilihan bagi kebanyakan pelanggan ialah sos Ekstra Pedas dan Butter Garlic.

Kafe ini menyediakan Pakej Jari Comot untuk makan dua orang dan empat orang untuk mereka yang menggemari shellout.
Pakej Jari Comot  untuk makan dua orang antara RM70 hingga RM110 dan pakej Jari Comot untuk makan empat orang harga antara RM180 hingga RM300.
Setiap set Jari Comot ini didatangkan bersekali dengan nasi dan minuman. Anda yang kurang makan, boleh sahaja memesan shellout secara ala carte.
Berkonsepkan makan bersama keluarga atau teman, terdapat pelbagai pilihan makanan laut untuk sama dinikmati.

Makan berjemaah di dalam suasana santai mengundang rasa selesa buat sesiapa jua yang menikmati makan di sini.
Bersungguh-sungguh kami menikmati Shell Out di My Story Cafe. Menu yang kami pilih pun berdasarkan rekomendasi dari pemiliknya.

Ini pertama kali kami ke sini, dan rasa keenakan serta kesegaran makanan laut yang disajikan segar. Ketam nipah yang dimasak cili bercampur dengan Scallop masak Garlic Butter, keenakan manis dan pedas bercampur aduk di dalam mulut.
Memang tidak bersisa hasil yang kami makan Shell Out di kafe ini. Memang berbaloi jika anda yang  memang suka makan menggunakan tangan dan comot.
Selain shell out, kafe ini juga menyediakan pelbagai menu barat untuk para pelanggan. Antara menu utama dan menjadi pilihan ramai pelanggan di My Story Cafe termasuklah Grill Cheezy Chicken Chop, Quater Chicken Roast, Homemade Grill Cheezy Burger dan  Grill Cheezy Lamb Chop atau boleh memilih pasta seperti Carbonara, Aglio Alio dan Baloganese.

Sebaliknya jika anda mahukan hidangan  lebih ringan, menu pembuka selera seperti, Grill Chicken Salad, Boxing Chicken. Ia sesuai untuk anda yang  hadir sekadar membasahkan tekak dengan minuman panas dan sejuk yang pelbagai rasa sangat menggoda selera.
Yang menarik di My Story Cafe ini , ruang makan , dekorasi seluruh sudut dan tempat juga ruang bacaan dan main bagi kanak - kanak sangat teratur dan selesa.

Ibu bapa yang membawa anak-anak tidak perlu bimbang si kecil berasa bosan kerana ruang khas untuk kanak-kanak bermain  ada disediakan.  Anda boleh terus menikmati hidangan dengan selesa tanpa gangguan si kecil. Biarkan mereka bebas bermain dan meneroka ruang kafe.
My Story Cafe turut menerima tempahan seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan serta jika ingin memilih lokasi untuk melamar juga disarankan.
 Untuk mengunjungi  My story Cafe, ia beroperasi di No.8 Jalan Anggerik Vanila, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor. Ia dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengahari hingga 11.00 malam.

Tersandar kekenyangan kami sebaik selesai makan di sini. Jika anda pertama kali datang menikmati Shell Out di My Story Cafe, buat tempahan untuk mengelak perlu menunggu lama.

sinar harian

Selasa, 10 Oktober 2017

Pilih yang popular, bakat nombor 2?

Faizal Tahir

ANTARA perkara yang menjadi perbualan dalam kalangan pemain industri seni hari ini adalah keluhan beberapa pelakon yang mengatakan untuk mendapatkan job adalah berdasarkan populariti dan jumlah pengikut artis itu di media sosial masing-masing.  
Maknanya jika artis ini benar-benar berbakat tapi tidak begitu popular maka harapan untuk dipilih adalah agak tipis.  


Dikatakan ada kuasa tertentu yang hanya mahu artis popular sahaja menjayakan watak utama. Yang kurang popular, cukup sekadar watak sampingan.
Perkara ini berlaku kerana ini antara strategi untuk menarik penonton dengan cara mudah. Semua ini dilakukan bagi menaikkan rating.  
Ya, rating sangat penting ketika ini. Bila cerita itu meletup maka itulah kebanggaan.  
Namun bagi Gempal, permainan ini bahaya untuk industri dalam jangka panjang dan artis yang benar-benar berbakat, mencari makan hanya dengan mempertaruhkan bakat mereka sahaja.  
Jangan suatu hari nanti, industri hiburan kita dipenuhi dengan lambakan pelakon tampan dan cantik tetapi tidak begitu menyerlah dalam kerjaya mereka sebagai pelakon.  
Sementara anak-anak seni yang mengambil pelbagai kursus  akhirnya tidak ke mana.  Lalu, kita akan terus membandingkan seni anak tempatan dengan industri luar negara yang semakin hebat.

Sedangkan kita pula?  Cukup hanya berbangga dengan naskhah yang dilimpahi pelbagai pelakon cantik, tampan dan popular.  
Begitu juga dengan penyanyi. Gempal dapati ada beberapa artis bersuara lunak yang shownya tidaklah begitu lebat tetapi sekadar bolehlah. Semuanya disebabkan kerana dia tidak begitu popular.  
Memang benar jika kita lihat ketika ini, setiap show hanya dipenuhi artis popular di media sosial sahaja. Nak buat macam mana sebab itu yang peminat mahukan.  
Gempal tak kisah jika penyanyi yang lahir dari media sosial ini benar-benar boleh menyanyi dan bukan mengharapkan populariti sahaja. Yang Gempal kisahkan adalah penyanyi yang sekadar boleh menyanyi tapi apabila live, hancur. Rosak industri jadinya.  
Justeru, Gempal mohon setiap daripada kita bijak membuat pilihan masing-masing demi masa depan industri seni negara.  

Antara pilihan bijak yang boleh anda buat ketika ini adalah membantu Faizal Tahir untuk  mengharumkan nama negara.  
Untuk pengetahuan, Faizal Tahir dicalonkan di anugerah berprestij Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) buat kali kedua. Kali pertama Faizal dicalonkan bagi kategori sama adalah pada 2015.
Barisan artis dari negara jiran yang turut bertanding untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik adalah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Reid (Philippines) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Jadi, ayuh tunjukkan Malaysia juga ada bakat besar. Kita sudah boleh mengundi Faizal untuk kategori tersebut melalui laman web rasmi MTV EMA di http://www.mtvema.com/en-asia/artists/i9m2j0/faizal-tahir.
Pengundian bagi calon dalam kategori ini bermula 4 Oktober dan akan berakhir pada 11 November 2017.
Semoga beliau dapat mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia dalam industri muzik dunia.

MTV Europe Music Awards (EMA) ini dipersembahkan oleh MTV Networks Europe untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur. Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari London pada Isnin, 13 November 2017.

sinar harian online

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular