Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Selasa, 13 November 2018

Jualan 11.11 Alibaba cecah AS$10b dalam tempoh sejam

SHANGHAI: Festival Beli-Belah Global 11.11 2018 Alibaba mencecah 69.3 bilion renminbi (AS$10 bilion) nilai dagangan kasar (GMV) menerusi Alipay dalam tempoh hanya satu jam 48 saat.
Syarikat itu mengumumkan angka berkenaan mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (1 yuan/renminbi = RM0.60) secara keseluruhan tempoh 24 jam.
Acara beli-belah dalam talian selama 24 jam yang turut digelar “Singles’ Day” itu juga melakar rekod baharu dunia dengan GMV keseluruhan 6.9 bilion yang dijelaskan melalui Alipay dalam tempoh satu minit 25 saat pertama sebaik sahaja bermula selepas jam 12 tengah malam.
Festival beli-belah global itu menyaksikan pengguna di seluruh dunia menikmati promosi dan tawaran jualan daripada lebih 180,000 jenama dari China dan seluruh dunia yang menyertainya.
Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group, Daniel Zhang berkata ulang tahun ke-10 festival itu terbukti menjadi yang terbesar dari segi skala dan capaian.
Tahun ini, Alibaba menambah elemen interaktif “Play Now” yang membolehkan penonton terbabit dengan jenama apabila membuat undian secara dalam talian bagi menentukan pilihan pakaian jenama yang paling menonjol ketika petunjukan fesyen sedang berlangsung.
Undian selama empat jam itu menampilkan produk terkini daripada lebih 60 jenama antarabangsa dan China serta lebih 1,000 produk kali pertama.
Tahun lalu, hampir 140,000 peniaga menyertai acara beli-belah global itu dengan pengguna membelanjakan 168.2 bilion renminbi dalam tempoh 24 jam.
Sejak dilancarkan pada 2009, “Single’s Day” menjadi festival beli-belah mudah alih dan dalam talian terbesar serta yang paling dinanti-nantikan di dunia. - BERNAMA

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular