Catatan Popular Minggu Lepas
-
Wang anda mencukupi? Anda memiliki segala yang diidamkan? Adakah anda gembira dengan kehidupan sekarang? Jika jawapannya ‘Ya’, jangan ...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 klik banner yang kami beri ini... Testim...
-
Ramai isteri tidak mahu atau ada juga melakuannya terhadap suami masing-masing yang boleh menjadi sebab mengapa suaminya mencari di lu...
Memaparkan catatan dengan label Berita CBP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita CBP. Papar semua catatan
Isnin, 27 April 2020
Khamis, 25 Julai 2019
7 Manfaat memegang ZAKAR?!!!!
MAAF INI BUKAN PORNO: tapi untuk kesihatan terutama buat semua wanita yang bergelar Ibu atau Isteri
Manfaat memegang ZAKAR (Titit/Penis)
Memegang zakar boleh menjaga keseimbangan sistem kardiovaskular. Ketika Anda memegang zakar pasangan dalam waktu yang lama, degupan jatung boleh meningkat hingga 110 per minit. Ini boleh menjadi latihan yang bagus utk kesihatan jantung.
Memegang zakar pun boleh membuat berat badan Anda tetap stabil atau bahkan berkurang. Hal ini disebabkan, memegang zakar selama 5 minit dapat membakar 12 kalori.
Memegang zakar juga dapat mencegah penghasilan hormon stress, glukokortikoid. Hormon inilah yang menyebabkan tekanan darah tinggi, lemah otot dan insomnia.
Inginkan wajah kekal muda? Jika begitu, jangan ragu untuk lebih kerap memegang zakar. Dengan memegang zakar, lebih drp 30 otot wajah bergerak sehingga berguna untuk meningkatkan aliran darah ke kulit wajah dan menghaluskan kulit.
Selama ini memegang zakar dianggap sebagai perbuatan yg tidak sopan. Tetapi pada kenyataanya memegang zakar membolehkan kita awet muda, jg ubat semulajadi yg dapat mengekalkan awet muda, merangsang sistem kekebalan tubuh, akhirnya ia dapat menghasilan antibodi yang mampu melindungi Anda dari virus. Proses ini disebut cross-imunoterapi.
Setelah memegang zakar, pernafasan wanita akan menjadi lebih cepat. Rata-rata setelah memegangnya, orang akan menyedut dan membuang nafas 60 kali dalam satu minit. Sedangkan dalam keadaan normal, hanya 20 kali tiap satu minit. Menyedut dan membuang nafas lebih kerap akan mencegah berbagai gangguan di paru-paru.
Memegang zakar lebih drp 3 minit akan merangsang tubuh menghasilkan rantaian kimia yang akan menghancurkan hormon penyebab stress.
So. fakta telah dikongsikan tunggu apa lagi . Untuk yang belum mendirikan rumah tangga percepatkan tarikh pernikahan anda supaya anda boleh turut sama menerima manfaat berikut. Dan kepada wanita yang telah bersuamai jangan sia-siakan zakar suami anda demi sekihatan dan kesejahteraan rumah tangga anda berdua. Jangan malu sebenarnya suami anda tue tunggu jer tue. hehehe
Kredit : helmimokhtar.wordpress.com
Isnin, 24 Disember 2018
Malaysia negara paling banyak cuti umum di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Malaysia, yang mempunyai 50 hari cuti umum tahun depan, mendahului senarai cuti umum terbanyak dalam kalangan 10 negara di Asia Tenggara.
Hasil tinjauan Mashable Asia Tenggara mendapati Malaysia menduduki tempat pertama cuti paling banyak manakala Vietnam berada di kedudukan ke-10 dengan cuti paling sedikit iaitu 11 hari.
Bagaimanapun, secara teknikal, Malaysia hanya mengisytiharkan 20 hari cuti umum pada peringkat nasional manakala selebihnya adalah cuti umum peringkat negeri, yang berbeza mengikut budi bicara kerajaan negeri masing-masing.
Secara umumnya, kesemua 10 negara terbabit mengisytiharkan cuti umum sempena tahun baru dan sambutan keagamaan utama mengikut kumpulan etnik terbesar negara masing-masing, umpamanya Tahun baru (1 Januari), Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Wesak atau Krismas.
Tidak kurang juga negara yang mengumumkan cuti pada perayaan atau sambutan unik, umpamanya Kemboja meraikan Tahun Baru antara 14 hingga 17 April selain mengisytiharkan cuti nasional pada perayaan Hari Anak dan Hari Hak Asasi Manusia pada tahun.

Myanmar pula mengkhususkan cuti lima hari bagi sambutan bulan purnama iaitu hari Tabaung, Kasong, Waso, Thadingyut, dan Tazaungmone.
Di Laos pula cuti nasional terpanjang adalah sempena Tahun Baru Laos, disambut pada hari yang sama seperti kebanyakan negara Asia Tenggara dan Asia Selatan seperti Sri Lanka, India, Myanmar, Kemboja, dan Thailand.
Festival dikenali sebagai Pimai, yang kadang-kadang digelar sebagai Songkran, adalah cuti umum terpanjang yang akan dinikmati Laos pada 2019, antara 14 hingga 16 April.
Vietnam, sebagai negara Asia Tenggara yang akan menikmati hari cuti paling sedikit tahun depan iaitu 11 hari, dengan hampir separuh daripadanya (lima hari) dihabiskan untuk sambutan Tet Nguyen Dan atau Tahun Baru Vietnam.
BH
Rabu, 12 Disember 2018
Siti Nurhaliza, Neelofa terima dua anugerah
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pengacara popular, Noor Neelofa menerima dua anugerah pada majlis Nona Superwoman Award 2018, malam tadi.
Menerusi acara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Siti Nurhaliza menerima anugerah Nona Legend Award dan Nona Influencer Award, manakala Neelofa menerima anugerah Nona Insta Famous Award & Nona Hijab Award.
Bagaimanapun Neelofa tidak hadir kerana terikat dengan program MeleTop dan sempat mengucapkan terima kasih secara langsung menerusi program berkenaan kepada majalah Nona, Kumpulan Media Karangkraf dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd di atas pengiktirafan yang diberikan.
Hadir dengan tema ‘Inspirasi Wanita Bermula di Sini’, Nona Superwoman Award 2018 mengiktiraf wanita melalui 36 kategori anugerah yang sinonim dengan majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun.Kempen Nona Superwoman yang dibawakan oleh Majalah Nona, terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd meraikan wanita-wanita yang banyak memberi inspirasi serta mempunyai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Para penerima anugerah ini bukan saja terdiri daripada golongan selebriti, malah ia merangkumi golongan usahawan, pakar motivasi, ahli sukan, ahli korporat serta ramai lagi.
Antara anugerah lain yabg diberikan adalah anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018, yang diterima oleh Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah Aziz.
Selain itu adalah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Fashionista Award (Rozita Che Wan), Nona Motivator Award (Prof Dr Muhaya), Nona Charity Award (Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah), Nona Royal Award (YM Tunku Kaiyisah), Nona Active Award (Datuk Nicol David), Nona VIP Award (Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina) dan Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof).
Mengulas mengenai penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini, Kiffy Razak selaku Editor Pengurusan Majalah Nona amat teruja dengan penerimaan dan sambutan daripada penerima-penerima anugerah yang ingin berkongsi kejayaan mereka seterusnya menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain.
“Sebelum kami hadir dengan Nona Superwoman Award 2018, kami pernah mengajurkan acara seumpama ini seperti Nona 3 Dekad, 60 Wanita Inspirasi Nona dan Temasya Nona Wedding Trend.
"Namun, pengajuran acara sebelum ini adalah pada skala yang kecil. Tahun ini, kami tampil dengan lebih gah dan lebih berprestij. Para penerima juga terdiri daripada wanita yang terbukti banyak memberikan inspirasi dan kekuatan kepada wanita di luar sana untuk terus maju kehadapan dalam dunia yang semakin mencabar ini," katanya.
Pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini juga, Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Ella dan Syamel turut membuat persembahan istimewa bagi meraikan wanita-wanita contoh ini.
Turut hadir bagi meraikan penerima-penerima anugerah ini ialah dua orang menteri wanita kerajaan Malaysia, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun.
Selain meraikan para penerima anugerah ini, majalah Nona juga turut menghargai para pengikut setia mereka melalui penganjuran peraduan #mySuperwoman di Instagram dengan berkongsi kisah Superwoman dalam hidup mereka.
Pengikut setia majalah Nona berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik beserta wang tunai melalui peraduan ini.
Maklumat lanjut, boleh terus ke Instagram majalah Nona di https://www.instagram.com/majalahnona .
Penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini turut mendapat sokongan daripada jenama perbankan , Affin Bank Berhad selaku penaja utama. Selain itu, malam anugerah ini juga turut dikilaukan oleh Swarovski dan diserikan oleh Max Factor X selaku penaja bersama.
Malam Nona Superwoman Award 2018 ini juga turut dibawakan secara langsung melalui Facebook LIVE Majalah Nona, Mingguan Wanita dan Media Hiburan.
Bagi mengikuti kisah inspirasi para penerima anugerah dan menonton video meraka, kunjungi laman web www.nona.my/nonasuperwoman, Facebook [MajalahNona] dan Instagram [MajalahNona].
Sinar Harian Online
Jumaat, 10 Ogos 2018
Penangan aura gewe Pasir Mas
PASIR MAS - Sebut sahaja Pasir Mas perkara pertama yang bermain dibenak pemikiran orang ramai ialah mengenai kecantikan raut wajah yang dimiliki oleh wanita, serta gadis di daerah ini.
Memiliki raut wajah cantik tanpa perlu disolek, ditambah pula dengan kulit gebu, hidung mancung, kening hitam seolah-olah memakai alat solek menjadikan wanita Pasir Mas sentiasa berada dalam radar golongan lelaki untuk dijadikan sebagai isteri.
Kejelitaan wanita Pasir Mas turut dikaitkan dengan beberapa faktor antaranya perkahwinan campur, mempunyai hubungkait dengan Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang serta cara pemakanan dan sebagainya.Ditambah pula dengan gaya lembah lembut dan budi pekerti baik melengkapkan lagi pakej kecantikan wanita Pasir Mas dan menjadikannya tampak lebih eksklusif berbanding dengan wanita-wanita Kelantan di jajahan lain.
Difahamkan, perkahwinan campur itu berlaku disebabkan sungai Kelantan yang terdapat di Pasir Mas merupakan laluan perdagangan popular pada zaman dahulu kala.
Antara kawasan di Pasir Mas yang didakwa tersohor mempunyai ramai wanita lawa ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Lemal, Tok Uban, Pengkalan Batu, Bunut Susu, Slow Machang dan Kubang Bemban.
Ada yang mahu mengurat
Di sebalik kecantikan itu, terselit rasa 'kurang selesa' dalam kalangan wanita Pasir Mas apabila sering menjadi tumpuan di khalayak ramai.
Lebih mengejutkan, walaupun sudah bergelar sebagai isteri dan mempunyai cahaya mata masih ada yang mahu mencuba nasib dengan mengurat mereka.
Ia diakui sendiri oleh Nur Syahida Nor Alam, 32, yang pernah berdepan dengan situasi tersebut apabila berjalan seorang diri tanpa anak-anak dan suami.
"Sebagai isteri saya perlu bijak menjaga diri dan berdepan situasi itu bagi mengelak implikasi yang lebih besar," katanya yang mempunyai tiga cahaya mata.
Menurutnya, dia bagaimanapun lega apabila keluarga dan suami memahami situasi tersebut.
"Tipulah jika saya katakan tidak rimas dengan situasi itu. Namun apa yang penting kita kena sentiasa waspada dan bijak untuk berdepan dengan keadaan," katanya.
Bawa anak, dikatakan adik
Menurut Siti Nur Fairuz Azwanie Mohd Nawi, 26, dia sering disalah anggap membawa adik sedangkan itu adalah anak kandungnya disebabkan oleh fizikalnya yang kurus dan kecil.
Katanya, situasi itu berlaku setiap kali dia keluar bersama tiga anaknya berusia empat tahun hingga empat bulan untuk bersiar-siar atau mencari barangan keperluan tanpa kehadiran suami.
"Jika ada yang bertanya, cepat-cepat saya memberitahu mereka ini adalah anak saya.
"Ini bagi mengelakkan timbulnya salah anggap dalam kalangan masyarakat," katanya yang mempunyai darah kacukan Thailand.
Dilabel sedara Neelofa
Syafiqa Roslan, 31, dari Kubang Bemban berkata, dia mewarisi kecantikan daripada datuk dan neneknya yang berasal dari Pakistan.
Katanya, nenek moyangnya merupakan salah seorang pedagang yang datang berurus niaga di Pasir Mas.
"Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada penyambung generasi keluarga," katanya.
Nurul Ruziera Alia Nasrudin, 19, berkata, kecantikan paras rupa yang dimiliki membuatkan ramai salah anggap dan mendakwanya adalah kaum kerabat artis terkenal negara Neelofa.
Bagaimanapun, pelajar pra-universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim Dua itu bingkas menafikan dakwaan tersebut.
"Saya bukalah berasal daripada keluarga artis popular itu, berkemungkinan besar disebabkan faktor kecantikan membuatkan ramai yang salah anggap," katanya.
Menurutnya, selain itu dia turut menjadi tumpuan di sekolah sehingga menghadirkan rasa kurang selesa.
Penjagaan diri pelengkap pakej
Bagi Wan Solehah Wan Kamal Ruzaman, 31, walaupun dilahirkan memiliki raut wajah yang cantik aspek penjagaan diri tetap menjadi keutamaan.
Katanya, bagi melengkapkan lagi pakej itu dia menghasilkan sendiri jamu dalam usaha menjaga kecantikan.
"Jamu ini saya hasilkan sendiri menggunakan sumber semula jadi yang mempunyai hubungkait dengan wanita," katanya.
Menurutnya, amalan mengambil jamu itu dimulakan sejak berusia 16 tahun lagi bagi menambahkan seri kecantikan sebagai wanita.
Katanya, dia turut berkongsi jamu yang menjadi amalannya itu dengan wanita di sekitar jajahan ini.Kecantikan wanita dari pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu sering diperkatakan, sama ada ia satu persepsi semata-mata atau realiti, ia sukar diputuskan secara rasmi kerana cantik itu subjektif bagi kebanyakan orang.
Andaian ini bertapak kerana kebanyakan wanita yang berasal dari dua negeri ini cantik dengan perawakan kacukan, hidung mancung, mata bundar dan kulit putih bersih. Gelaran ‘cek mek molek, comey lotey’ dikatakan mampu mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya.
Ikuti kupasan dan paparan menarik disediakan Sinar Harian Edisi Pantai Timur mengenai isu ini. Kejelitaan wanita Pasir Mas dikaitkan dengan beberapa faktor seperti perkahwinan campur, keturunan Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang serta cara pemakanan.
Kredit : Sinar Harian Online
Selasa, 24 Julai 2018
Saya bukan lemah lembut tapi...
JIKA melihat kepada lenggok gaya gadis bernama Wany Hasrita ini, pasti ramai yang bersetuju jika dia diklasifikasikan sebagai gadis yang sopan santun dan berbudi bahasa.
Namun dalam nampak gaya sopan dan berbudi bahasa itu, empunya diri sebenarnya sukakan aktiviti sukan yang lasak dan ekstrem.
"Faktor utama saya menerima adalah untuk challenge inner strength, di mana adakah saya boleh menhadapi situasi tidak dijangka dalam perlawanan.Atas faktor itu juga, dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran daripada UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) bagi pertandingan Toyota Gazoo Racing musim kedua.
"Saya tak rasa saya seorang yang lemah lembut, tapi lebih kepada berbudi bahasa. Ibu saya memang seorang yang lemah lembut tapi saya tak mengikuti sikap ibu saya yang itu.
"Walaupun nampak saya lemah lembut, saya sebenarnya seorang yang sukakan sukan extreme dan saya suka mencuba jika diberi peluang.
"Jadi bila pihak UMW tawarkan, saya memang tak berfikir panjang untuk terima sebab saya lihat ia juga peluang untuk saya belajar menjadi pemandu yang baik," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah gadis berusia 26 tahun ini, dia juga sering memandu dan gemarkan gaya pemanduan yang laju, bagaimanapun tidak menafikan pemanduan sebegitu agak bahaya sekiranya seseorang itu tidak cekap memandu.
"Saya sedar memandu di trek dan jalan raya adalah dua situasi yang berbeza tapi memandu di trek juga ada peraturan dan jika tidak mengikuti peraturan, kita akan didenda.
"Buat masa ini saya belum dapat membayangkan lagi bagaimana suasana perlumbaan di trek, mungkin selepas perlumbaan pertama nanti baru saya tahu bagaimana feel yang sebenar dan debarannya.
"Tapi apa yang boleh saya katakan, saya memang teruja untuk memasuki trek dan tak sabar nak berlumba dengan selebriti lain yang menyertai," ujar.
Selain Wany, antara selebriti lain yang turut menyertai Toyota Gazoo Racing adalah Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad, termasuk empat lagi selebriti dari musim pertama kembali untuk musim kedua iaitu Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee dan Syukri Yahaya.
Semua perlumbaan itu akan diadakan di lokasi berbeza, dan untuk pertama kali ia akan berlangsung di Pantai Timur, bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 2-4 Ogos. Ini diikuti pula oleh perlumbaan di MAEPS Serdang pada 19-21 Oktober; Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 22-24 Februari 2019 dan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 12-14 April 2019.
Fokus nyanyian
Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaharunya, Wany berkata, dia akan tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi.
Katanya single keenam ini masih mengekalkan komposer dan penulis lirik Menahan Rindu iaitu Gouffran dan Ibnu.
"Apa yang boleh saya katakan single baru ini rentaknya masih moden namun tetap mengekalkan lenggok Wany Hasrita," ujarnya.
Ditanya tidakkah dia bercadang untuk melebarkan kerjaya dalam cabang berbeza, Wany berkata, dia tidak merancang untuk terlibat secara serius dalam bidang lakonan selepas cuba untuk berlakon dalam telefilem Tergantung Rindu bersama Haqiem Rusli dan Tajul, baru-baru ini.
"Saya sedar kemampuan saya dan kalau boleh saya mahu fokus kepada nyanyian sahaja. Bagi saya tidak bermakna kita fokus pada satu bidang sahaja, populariti kita tidak akan naik.
"Lakonan bukan passion saya dan kalau saya nak buat sesuatu, saya lebih suka buat sebab itu passion saya. Apa yang penting kita tahu susun kerjaya untuk orang lebih aware tentang perkembangan kita," jelasnya.
Kredit : sinar Harian Online
Jumaat, 29 Jun 2018
Nama Janda Baik dapat perkenan sultan
BENTONG - Kampung Janda Baik di daerah Bentong cukup dikenali kerana keindahan alam semula jadinya.
Bagaimanapun, asal usul namanya menjadi tanda tanya khususnya dalam kalangan masyarakat luar daerah ini.
Mungkin ada yang terlintas di fikiran mereka, kenapa nama kampung berkenaan ialah Janda Baik? Keunikan nama itu membawa penulis bertemu penduduk Kampung Janda Baik untuk berkongsi asal usul pembukaan kampung itu.Bagi mereka yang melalui jalan ke Air Terjun Lata Jarum pasti pernah melihat papan tanda kampung ini berdekatan jambatan sebelum sampai ke air terjun berkenaan.
Sebelum bertemu mereka, penulis sendiri pernah mendengar pelbagai versi mengenai asal-usul namanya.
Mitos kononnya dikatakan nama itu ada kaitan dengan sejarah pembukaan kampung terbabit. Ada yang mendakwa nama unik Janda Baik itu ekoran satu ketika dulu ramai wanita yang bergelar janda tinggal di situ, selepas suami mereka maut dalam perang saudara yang berlaku di Selangor.
Kebanyakan janda terbabit, bukan sahaja mempunyai potongan badan yang menarik dan wajah cantik tetapi peribadi mereka baik serta sanggup membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Ketua Kampung Janda Baik, Zahari Ayop, 70, berkata, pada asalnya lokasi berkenaan adalah kawasan terpencil yang didiami Orang Asli.
Peneroka mula datang ke kawasan itu pada tahun 1930 untuk mencari kawasan baharu selepas berlaku banjir besar pada tahun 1926 yang menenggelamkan banyak kawasan semenanjung.
“Hampir semua penduduk awal yang berpindah ke lokasi itu, berasal dari Bentong. Kampung yang terletak di kawasan tanah datar dipenuhi hutan dan dikelilingi gunung-ganang ini dibuka oleh tiga sahabat yang dikenali sebagai Haji Deris, Haji Kadir dan Haji Yasir.
“Untuk mengenal pasti sama ada lokasi itu sesuai dijadikan perkampungan atau tidak, mereka berpakat membina pondok dan duduk hampir seminggu di sana. Bermula dari detik itulah kampung ini dibuka dan saudara-mara mereka di Bentong berpindah ke sini,” katanya.
Zahari berkata, sebagai menghargai usaha tiga sahabat yang meneroka kawasan hutan itu maka kampung berkenaan dikenali sebagai Kampung Tiga Haji.
Menurutnya, jumlah penduduk di kampung Janda Baik terus bertambah dan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam, berkenaan membuat kunjungan kali pertama ke Kampung Tiga Haji pada tahun 1932.
“Baginda mencemar duli berbual dengan penduduk kampung, ada yang bercerita kawasan itu didiami Orang Asli dan bercucuk tanam seperti padi serta buah-buahan.
“Ada satu cerita mengisahkan berlaku pertengkaran antara Tok Batin Orang Asli kampung terbabit dengan isterinya, Siah hingga menyebabkan mereka berpisah,” katanya.
Bagaimanapun menurut Azhari, tidak sampai sebulan berjauhan, Siah pulang semula ke rumah Batin Wok dan kepulangannya diterima dengan baik.
“Sawah padi yang diusahakan sebelum berpisah semakin subur dan matang serta masak, menjadikan mereka semakin bahagia.
“Berdasarkan kisah itu, Orang Asli di sana menggelar tanah berkenaan sebagai Janda Balik merujuk kepada Siah yang balik semula ke pangkuan Batin Wok.
“Baginda Sultan Abu Bakar yang tertarik dengan kisah yang disampaikan itu kemudian menukar nama kepada Janda Baik, sekali gus kekal sehingga kini,” katanya.
Janda rawat penduduk
Satu lagi cerita yang boleh diterima mengenai bagaimana kampung itu mendapat nama Janda Baik berikutan wujudnya seorang janda yang membantu merawat penduduk Pahang yang cedera setelah menyertai peperangan saudara di Selangor pada tahun 1918.
Zahari berkata, ramai rakyat Pahang cedera dan ada di antara mereka terpaksa berpatah balik ke Temerloh.
“Dalam perjalanan pulang ke Temerloh, mereka melalui satu kawasan hutan dikelilingi bukit bukau, iaitu Pulau Santap lokasi asal kampung berkenaan.
Mereka bertemu seorang janda yang menawarkan khidmat untuk merawat yang cedera serta membenarkan mereka berlindung sementara di rumahnya sehingga sembuh.
“Sekembali di Temerloh mereka bercerita mengenai kebaikan seorang janda itu kepada penduduk dan sejak itu lokasi terbabit dikenali sebagai Kampung Janda Baik,” katanya.
Sinar Harian Online
Sabtu, 26 Mei 2018
Lelaki tegur tudung Nurul Izzah terselak ketika FB Live
KUALA LUMPUR - Walaupun rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perkembangan terkini dengan pembentukan kerajaan baharu, namun ada juga pihak yang sibuk mengecam penampilan ahli politik wanita.
Menerusi satu program Facebook Live, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ditegur oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrul berhubung penampilannya.
Oleh itu, lelaki tersebut meminta wakil rakyat itu untuk lebih berhati-hati dengan pemakaiannya.Lelaki tersebut menghubungi rancangan berkenaan semata-mata untuk menegur tudung Nurul Izzah yang terselak sehingga menampakkan bentuk badannya.
"Lepas ni YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau. Dan kadang-kadang nampak part yang tak sepatutnya lah," tegur Azrul.
Tidak terhenti disitu, Azrul sempat menambah lagi teguran yang berbaur sensitif itu sebelum menamatkan panggilan.
"Pasal hari itu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada," kata Azrul lagi.
Sedutan pendek yang menunjukkan teguran berbaur sensitif itu kemudian tular di media sosial. Tindakan lelaki itu nyata mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki.
Ada yang menyifatkan ia sebagai satu gangguan seksual.- Astro Awani
Sabtu, 14 April 2018
Saya tak takut nak kata tak sokong BN, kata Wardina
Selebriti tanah air, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (gambar atas) berkata, beliau tidak takut untuk menyatakan bahawa sokongannya bukan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Kata Wardina, beliau tidak perlu melutut kepada sesiapa untuk mendapatkan peluang kerja dan beliau juga tidak perlu muncul lagi di kaca televisyen.
“Negara ini bukan milik BN dan mereka sudah berkuasa terlalu lama.
“Bangkit dan berdiri tegaklah Malaysia,” tulis beliau dalam Fecebooknya.
Katanya, beliau mengakui bahawa memang terdapat orang yang baik dan yang jahat dalam setiap parti.
“Memang ada orang yang cemerlang dalam BN walaupun terlalu sedikit jumlahnya.
“Memang saya kagum terhadap orang tertentu dalam BN dan terdapat beberapa sosok dalam Pakatan Harapan (PH) yang saya ragui,” kata pelakon, model dan pengacara TV itu.
Jelas beliau, Malaysia memerlukan pemimpin yang jujur, iaitu mereka yang benar-benar mengambil berat dan mereka yang layak.
Katanya lagi, beliau penat melihatkan pemimpin-pemimpin yang bodoh dan cukuplah melakukan rasuah dan mejadikan diri kaya.
“Menyampah,” katanya.
Wardina turut menyeru penjawat-penjawat awam supaya bangkit membuat perubahan dan jangan membiarkan diri ditakut-takutkan.
Kredit : http://malaysiadateline.com
Rabu, 22 November 2017
Petua Lama Untuk Zakar Besar Dan Panjang
Untuk Bacaan Dewasa Sahaja!
Apapun tindakannya hanyalah untuk membahagiakan pasangan. Makanya lebih afdal menjurus kepada yang halal, jangan suka mencari yang haram! Macam-macam petua telah diamalkan. Ada yang menggunakan minyak lintah gunung. Dah la mahal, habis sebotol tapi macam tu jugak. Ada yang beli alat vacum macam iklan di laman porno tu, sekejap jer tapi hasilnya wal asal balik asal. Duit banyak dah habis. Apapun jangan sesekali berputus asa kawan... Apa kata cuba petua tradisional... Free saja asalkan rajin berusaha!
Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki, tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit. Lakukan sebanyak 3 kali sehari (sewaktu mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda. Cuba sekarang juga!.
Biasalah orang pompuan ni, nak cakap malu, tapi memang mereka suka yang besar dan panjang..
kredit : http://kongsion9.blogspot.my
Selasa, 24 Oktober 2017
Senarai 10 jutawan Malaysia berubah
SELEPAS kematian Puan Sri Lee Kim Hua, isteri kepada pengasas Kumpulan Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan terbaru, Pengasas YTL Corporation Bhd, Tan Sri Yeoh Tiong Lay, kedudukan senarai 10 jutawan Malaysia dijangka alami perubahan sedikit masa lagi.
Majalah mingguan Focus Malaysia pada Februari tahun ini mengumumkan Kim Hua mempunyai 6.63 peratus saham Kumpulan Genting dengan memiliki kekayaan sebanyak RM2.17 bilion sekali gus melayakkan beliau menjadi wanita terkaya di Malaysia.
Manakala Forbes pada Mac tahun ini ketika menyenaraikan 50 jutawan terkaya di negara ini, anak kedua Kim Hua, iaitu Tan Sri Lim Kok Thay yang kini menjawat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, berada di kedudukan nombor 6 jutawan terkaya Malaysia. Beliau dikatakan memiliki kekayaan sebanyak RM18.81 bilion.
Sementara mendiang Tiong Lay pula mempunyai RM8.87 bilion, berada di kedudukan nombor 7 selepas CEO Kumpulan Genting itu.
Menurut laporan China Press, jika anak-anak Tiong Lay tidak berada antara 10 jutawan terkaya di negara ini, ia beri peluang kepada Ketua Pegawai Eksekutif NagaCorp, Tan Sri Dr Chen Lip Keong di kedudukan nombor 11 sebelum ini mengisi kekosongan itu.
Secara keseluruhannya, dalam tempoh lebih 10 tahun lalu, senarai 10 jutawan terkaya di Malaysia tidak alami perubahan ketara, yang memungkinkan kedudukan berubah hanyalah dari segi jumlah kekayaan mereka.
Selepas kematian isteri tauke Genting, wanita terkaya di Malaysia kini menjadi milik Pengasas yang juga Pengerusi Selangor Properties Bhd (SPB), Puan Sri Chong Chook Yew. Beliau dikatakan memiliki kekayaan sebanyak RM1.2 bilion dan berada kedudukan nombor 43 jutawan terkaya di negara kita.
Menurut akhbar ini, secara purata usia 10 jutawan terkaya di Malaysia adalah 80 tahun dengan Pengasas Hotel Shangri-La, juga dikenali sebagai 'Raja Gula', Tan Sri Robert Kuok adalah tertua daripada senarai itu.
Robert Kuok yang kini menjangkau usia 94 tahun jutawan paling kaya di Malaysia, memiliki kekayaan berjumlah RM48.17 bilion.
Ia diikuti Tan Sri Quek Leng Chan (76); Tan Sri Ananda Krishnan (79); Teh Hong Piow (87); Lee Shin Cheng (78); Lim Kok Thay (66); Yeoh Tiong Lay (88); Lau Cho Kun (82); Tiong Hiew King (82) dan Syed Mokhtar AlBukhary (65). Semuanya bergelar Tan Sri.
Daripada 10 jutawan ini, usia Syed Mokhtar paling muda dan diikuti Kok Thay.
"Jutawan yang berusia lanjut ini sebenarnya sudah pun melakukan perancangan tersendiri.
"Mereka mulai menyerahkan tanggungjawab kepada anak-anak dan pelapis secara berperingkat. Dunia korporat kita dijangka memperlihatkan kepimpinan usahawan baharu ini," lapor akhbar ini.
Pembangkang terus bangkit isu 1MDB
Pakatan pembangkang akan terus membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sesi sidang Parlimen mulai Isnin ini hingga 30 November depan.
Selain isu 1MDB, ahli parlimen pembangkang juga tidak akan melepaskan peluang untuk meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai jumlah perbelanjaan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dan bertemu Presidennya, Donald Trump.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, PKR akan mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak membenarkan Parlimen membincangkan isu 1MDB.
"Selain bertanyakan sama ada boleh menuntut semula aset 1MDB yang telah dibekukan di Amerika Syarikat, pembangkang juga ingin mencabar Speaker kenapa tidak boleh membincangkan isu 1MDB dalam sesi Parlimen?," katanya ketika memberitahu Oriental Daily.
Menurut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, semua kementerian mempunyai laporan audit, tetapi kenapa hanya laporan 1MDB perlu diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Apakah istimewanya laporan 1MDB itu? Kalau tidak ada apa yang perlu disembunyikan, kenapa tidak diumumkan untuk pengetahuan semua orang?," soalnya.
Sementara itu, pembangkang turut melahirkan perasaan tidak puas hati kunjungan Najib ke Amerika Syarikat tidak berapa lama dulu.
"Kami ingin tahu berapa banyak wang telah dibelanjakan kerajaan ketika Najib mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat? Ada laporan media menyatakan Najib dan Trump telah berbincang mengenai isu Rohingya, tetapi ramai tidak tahu apa isi perbincangan mereka," katanya.
Sinar Harian Online
Jumaat, 2 Jun 2017
Ezlynn Hai Hai Bye Bye fail cerai
Adam Fahmy Shamsudin, 38 keluar dari mahkamah selepas isterinya, Azline Ariffin, 36 yang dikenali sebagai Ezlynn popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye keluar dari mahkamah selepas memfailkan cerai terhadapnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SPEKULASI keretakan rumahtangga penyanyi, Ezlynn akhirnya terjawab apabila penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu memfailkan permohonan cerai.
Dia memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.
Bagaimanapun suaminya, Adam Fahmy Shamsudin tidak bersetuju dan enggan bercerai secara baik.
Justeru, Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor memerintahkan agar Ezlynn selaku plaintif dan Adam melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Penyanyi Ezlynn atau sebenarnya Azline Ariffin, berkahwin dengan pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada November 2011.
Sinar Harian/30 MEI 2017
Jumaat, 17 Jun 2016
Pemulihan melalui al-Quran elak banduan ulangi jenayah
PUTRAJAYA - Pembelajaran dan pembacaan al-Quran yang diterapkan dalam kalangan banduan merupakan antara faktor penyumbang kepada kedudukan Malaysia sebagai negara terbaik di rantau Asia dari aspek perlakuan jenayah berulang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kaedah koreksi melalui pembudayaan al-Quran di dalam penjara di seluruh negara berjaya menjadikan hanya kira-kira 7.6 peratus daripada banduan yang dibebaskan kembali melakukan jenayah dan dipenjara semula.
"Usaha proaktif yang dilakukan Jabatan Penjara ini amat dipuji kerana kita harus sedar bahawa banduan tidak seharusnya hanya dihukum, sebaliknya diberi penerapan nilai-nilai Islam seperti pembelajaran dan pembacaan al-Quran sebagai sebahagian proses pemulihan.
"Selain itu, kaedah ini juga secara tidak langsung mampu memperluaskan syiar Islam dalam kalangan banduan, dan institusi penjara secara keseluruhannya," katanya semasa berucap melancarkan Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, lebih 70 peratus daripada 47,000 banduan di Malaysia adalah beragama Islam.
Katanya usaha itu dilakukan Yayasan Restu dengan kerjasama Jabatan Penjara dengan mewakafkan al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk kegunaan banduan dan anggota keselamatan di seluruh negara.
Ahmad Zahid memberikan contoh mengenai bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang telah menjadi guru mengajar al-Quran dalam kalangan banduan di dalam penjara.
"Beliau telah membawa banduan-banduan yang tidak dapat membaca al-Quran kini dapat membacanya dan mengharapkan di luar penjara beliau akan terus boleh memberikan ilmu itu kepada yang lain," katanya.
Program Waqaf al-Quran yang dilancarkan sejak 2007 setakat ini berjaya mencetak dan mengagihkan 30,000 naskhah al-Quran yang diwakaf kepada pelbagai negara terutama minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan seperti Kemboja, Myanmar
Indonesia, Nigeria, Australia, New Zealand, Vietnam, Yaman, Palestin selain sekolah tahfiz, masjid serta pelbagai institusi dalam negara.
Pada majlis hari ini, Timbalan Perdana Menteri menyerahkan sumbangan daripada kerajaan kepada pihak Yayasan Restu bagi program Waqaf al-Quran sebanyak RM3 juta selain derma daripada beberapa individu dan syarikat. - Bernama
Khamis, 28 April 2016
Adun Permaisuri bakal MB baharu Terengganu?
Adun Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee disebut-sebut bakal dilantik menjadi menteri besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan Mohamad Razif Abdul Rahman.
Bahkan, biodata beliau sebagai bakal MB baru mula disebarkan menerusi laman-laman sosial khasnya Facebook dan Whatsapp.
Ini ekoran tindakan Istana Terengganu menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada MB Razif pada Jumaat lepas.
Berita yang mulanya disiarkan oleh Malaysia Dateline itu disahkan kemudiannya oleh jurucakap istana.
Nama Mohd Jidin mula disebutkan sebagai bakal ganti Razif sejak beberapa bulan lalu lagi melalui perbualan mulut ke mulut.
Selain Mohd Jidin, nama Datuk Rozi Mamat, Adun Telemong yang juga Exco Kerajaan Negeri sekarang juga disebut-sebut sebagai bakal MB yang baharu, namun beliau telah menafikannya.
Namun sehingga kini tidak dapat diketahui apakah laluan akan diambil untuk mencapai hasrat kepada perlantikan ini. Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan menghadap Tuanku Sultan Terengganu di Kuala Lumpur.
Menurut Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, ada tiga pendekatan yang boleh diambil untuk menyelesaikan krisis yang ada di Terengganu sekarang.
Pilihan itu adalah menukar MB kepada yang baharu, membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya Pas atau membubarkan Dun dan diadakan pilihanraya negeri, kata Syed Azman dalam satu kenyataannya.
Menurut sebaran yang dibuat dilaman sosial, Mohd Jidin dilahirkan pada 4 April, 1955, di Kuala Terengganu. Hasil perkahwinan beliau bersama To’ Puan Hajjah Zaimah bt. Ab. Aziz, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata
Pengajian beliau bermula di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dalam bidang Sijil Pengajian Islam.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudiannya beliau meneruskan pengajian untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di Institut Tadbir Awam Negara dengan mengambil Sijil Pengurusan Awam.
Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Kaji Cuaca (Persekutuan) dan seterusnya mengorak langkah dalam perkhidmatan awam ke jawatan yang lebih tinggi.
Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1991. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Negeri Terengganu pada tahun 2008.
Antara jawatan beliau dalam komponen Parti UMNO ialah Ketua Umno Bahagian Setiu, Terengganu. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Biro Latihan UMNO Malaysia dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Setiu, Terengganu. Selain itu beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Beliau juga pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara ( A.M.N ) pada tahun 2001. Pada tahun 2004, beliau menerima Darjah Mulia Seri Melaka ( D.M.S.M ) yang membawa gelaran Datuk. Beliau juga antara penerima Anugerah Pangkat Kolonel Kehormat RELA dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Generasi Baru Felda (ABFM) Malaysia 2007.
"Selamat Bertugas MB Baru," kata sebaran itu.
Hari ini mesyuarat mingguan Exco berjalan seperti biasa di Wisma Darul Iman dengan dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Tinjauan Bernama mendapati kesemua barisan Exco hadir pada mesyuarat itu.
Ahmad Razif tiba di Wisma Darul Iman dengan kenderaan rasminya pada kira-kira 9.25 pagi.
Beliau yang memakai kemeja berwarna putih dan tali leher berwarna biru kelihatan ceria dan turut menyapa wartawan yang menunggu sejak 8.30 pagi.
Beliau kemudiannya masuk ke bilik mesyuarat bersama-sama semua sembilan Exco bagi mengadakan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama pada Isnin.
| MALAYSIA DATELINE
Jumaat, 22 April 2016
Lebih sejuta pelanggan dilapor tinggalkan MAXIS
PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.
Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.
Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan baharu MAXISOne tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.
Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.
Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.
Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.
Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.
Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah ‘makan’ pasaran MAXIS.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka,” kata ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara yang dipetik akhbar itu.
Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.
Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 orang sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.
Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang video Facebook secara langsung pada 8 April lalu.
Kredit : www.freemalaysiatoday.com
Langgan:
Catatan (Atom)
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 klik banner yang kami beri ini... Testim...
Catatan Paling Popular
-
Ketika zakar masih dalam keadan lembik, kepala zakar dipegang dan ditarik ke bawah antara kedua belah kaki. Di mana tarik pula ke seb...
-
1. Menambah rasa cinta & sayang suami 2. Merapatkan hubungan erat & kepercayaan suami isteri. 3. Memuaskan kehendak...
-
Ramai isteri tidak mahu atau ada juga melakuannya terhadap suami masing-masing yang boleh menjadi sebab mengapa suaminya mencari di lu...
-
1. Nenen yg sering dihisap, keseimbangan sistem kardiovaskular kewanitaannya d pt terjaga ... Apabila lelaki menghisap Nenen wanita d...
-
1. Mampu Mengobarkan Gairah Seks Sendiri Wanita jenis ini mampu mengobarkan api asmaranya sendiri tanpa lama-lama menunggu dirangsang ...
-
Penulis sempat mengikuti satu seminar kesihatan, dalam seminar itu penulis tertarik dengan soalan yang ditanya oleh peserta seminar dan...
-
Suami mana tak sayang isteri dan isteri mana tak sayangkan suami dia. Dalam sesebuah perhubungan suami isteri, pelukkan adalah se...
-
Cara untuk remove atau buang friends anda yang tak aktif atau inactive di Facebook. Yerlah untuk friends di FB kan limit 5000 sahaja. ...
-
Bila kita dah lama kahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari per...
-
Cara besarkan zakar lelaki Walaupun saiz zakar pasangan tidak penting kerana teknik permainan di ranjang yang menentukan kepuasan se...




