Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 14 April 2018

Saya tak takut nak kata tak sokong BN, kata Wardina

Saya tak takut nak kata tak sokong BN, kata Wardina
Selebriti tanah air, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (gambar atas) berkata, beliau tidak takut untuk menyatakan bahawa sokongannya bukan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Kata Wardina, beliau tidak perlu melutut kepada sesiapa untuk mendapatkan peluang kerja dan beliau juga tidak perlu muncul lagi di kaca televisyen.
“Negara ini bukan milik BN dan mereka sudah berkuasa terlalu lama.
“Bangkit dan berdiri tegaklah Malaysia,” tulis beliau dalam Fecebooknya.
Katanya, beliau mengakui bahawa memang terdapat orang yang baik dan yang jahat dalam setiap parti.
“Memang ada orang yang cemerlang dalam BN walaupun terlalu sedikit jumlahnya.
“Memang saya kagum terhadap orang tertentu dalam BN dan terdapat beberapa sosok dalam Pakatan Harapan (PH) yang saya ragui,” kata pelakon, model dan pengacara TV itu.
Jelas beliau, Malaysia memerlukan pemimpin yang jujur, iaitu mereka yang benar-benar mengambil berat dan mereka yang layak.
Katanya lagi, beliau penat melihatkan pemimpin-pemimpin yang bodoh dan cukuplah melakukan rasuah dan mejadikan diri kaya.
“Menyampah,” katanya.
Wardina turut menyeru penjawat-penjawat awam supaya bangkit membuat perubahan dan jangan membiarkan diri ditakut-takutkan.
Kredit : http://malaysiadateline.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular