Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Selasa, 29 Mei 2018

Tampil bertudung: Ezlynn mohon doa terus istiqamah

Tampil bertudung: Ezlynn mohon doa terus istiqamah

PENYANYI Ezlynn mengambil kesempatan melibatkan diri dengan Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun ini bagi mengejar keberkatan bulan yang mulia ini.

Menurut Ezlynn, di samping itu juga, ia menjadi terapi yang baik buatnya  mengisi kekosongan memandangkan ini merupakan Ramadan pertama sejak dia bercerai dengan Adam Fahmy Shamsudin.

"Ia sebenarnya mengisi kekosongan daripada melakukan perkara tidak berfaedah dalam bulan yang mulia ini."Alhamdulillah tahun ini saya dapat menyertai ibu menghadiri Tadarus Al-Quran pada setiap malam.

"Daripada lakukan perkara sia-sia, lebih baik cari agama. Cintakan Rasul, sayangi diri dengan mendekatkan diri dengan agama," katanya kepada mStar Online.
Ezlynn ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran produk kesihatan Limeshots yang diadakan pada Sabtu lalu.

Selain Ezlynn, dalam majlis pelancaran produk terbaharu keluaran Limeshots itu artis Fynn Jamal, Datin Alyah, Riz Amin dan Ikhwan turut hadir.

Dalam pada itu, ditanya mengenai penampilannya yang sentiasa mengenakan hijab, Ezlynn menjelaskan dirinya masih belum menutup aurat sepenuhnya dan ia sebagai menghormati bulan Ramadan.

Bagaimanapun dia berharap keberkatan bulan Ramadan ini mudah-mudahan akan menjentik pintu hatinya agar terus kekal memakai tudung.
"Belum lagi... InsyaALLAH. Doa-doakan saya terus kekal memakai tudung dengan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ezlynn berkata, dia juga teruja apabila sudah kembali berlakon menerusi drama bersiri 30 Juzuk Cinta.

Menariknya mengenai drama arahan Zul Huzaimy itu, dia membawa watak antagonis yang disifatkan sebagai mencabar namun menyeronokkan.
"Saya sebenarnya sudah lama tak berlakon tetapi apabila mendapat tawaran ini saya tertarik selepas membaca skripnya.

"Tambahan pula watak diberikan antagonis jadi saya lebih tertarik dan teruja untuk melakukannya," jelasnya.

Selain itu, Ezlynn berkata, single terbaharunya juga bakal dilancarkan selepas sambutan hari raya nanti.

Sinar Harian Online

Sabtu, 26 Mei 2018

Lelaki tegur tudung Nurul Izzah terselak ketika FB Live

Lelaki tegur tudung Nurul Izzah terselak ketika FB Live
KUALA LUMPUR - Walaupun rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perkembangan terkini dengan pembentukan kerajaan baharu, namun ada juga pihak yang sibuk mengecam penampilan ahli politik wanita.

Menerusi satu program Facebook Live, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ditegur oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrul berhubung penampilannya.

Oleh itu, lelaki tersebut meminta wakil rakyat itu untuk lebih berhati-hati dengan pemakaiannya.Lelaki tersebut menghubungi rancangan berkenaan semata-mata untuk menegur tudung Nurul Izzah yang terselak sehingga menampakkan bentuk badannya.

"Lepas ni YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau. Dan kadang-kadang nampak part yang tak sepatutnya lah," tegur Azrul.

Tidak terhenti disitu, Azrul sempat menambah lagi teguran yang berbaur sensitif itu sebelum menamatkan panggilan.

"Pasal hari itu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada," kata Azrul lagi.
Sedutan pendek yang menunjukkan teguran berbaur sensitif itu kemudian tular di media sosial. Tindakan lelaki itu nyata mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki.

Ada yang menyifatkan ia sebagai satu gangguan seksual.- Astro Awani

Khamis, 24 Mei 2018

5 TIP MEMILIH PRODUK YANG MENGUNTUNGKAN UNTUK DIJUAL SECARA ONLINE

Memilih Produk Yang Hendak Dijual
Faedah menjual produk secara online memang tidak boleh disangkal lagi. Hampir semua orang tahu mengenai faedah menjual secara online.
Tidak kira samada menjual secara dropship atau menjual produk yang didapatkan daripada pengilang atau pemborong, dan jenis platform apa yang anda guna (Facebook, Instagram, marketplace dan lain-lain) — penjualan online boleh membawa pulangan yang agak lumayan — walaupun dengan modal yang agak rendah.
Malah, untuk mendapatkan stok yang dijual juga bukan lagi perkara yang sukar.
Tetapi antara isu paling biasa yang dihadapi oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan penjualan produk secara online adalah ketika mahu memilih produk untuk dijual.
Jadi, kami kongsikan beberapa tip yang anda boleh gunakan sebagai panduan.

1. Pilih Produk Yang Mempunyai Carian Tinggi Oleh Konsumer Di Internet

Ingat tidak semua produk boleh laku jika dijual melalui internet. Jadi, anda perlu lakukan kajian bagi mendapatkan maklumat mengenai permintaan kepada sesebuah produk.
Antara kaedah mengkaji permintaan adalah dengan bertanyakan kepada kenalan anda.
Anda juga boleh mencuba teknik survey di mana anda hanya mewar-warkan gambar produk dahulu sebelum membuat keputusan untuk memesan produk tersebut.
Jika anda mempunyai bajet lebih, anda juga boleh mengupah freelancer untuk melakukan kajian pasaran untuk menentukan jenis-jenis produk yang sesuai dijual.

2. Produk Yang Mudah Untuk Dihantar Kepada Pelanggan

Elakkan dari cuba menjual produk yang sukar untuk dihantar.
Antara faktor yang perlu anda fikirkan semasa memilih produk adalah saiz & berat produk tersebut. Begitu juga dengan ketahanan produk dan samada ia memerlukan perkhidmatan logistik khas.
Oleh kerana itu, makanan yang mudah rosak atau produk yang sangat besar/berat kebiasaannya bukan produk yang disarankan untuk anda yang mahu mula menjual secara online.

3. Cari Produk Yang Memberikan Margin Keuntungan Setinggi 25%

Membuat keuntungan merupakan tujuan utama dalam perniagaan.
Tetapi dalam masa yang sama, anda tidak boleh menjadi terlalu tamak. Kerana, jika harga yang anda letakkan pada produk anda tidak munasabah, sukar untuk anda menarik hati pelanggan.
Jadi, anda perlu bijak dan kreatif dalam menentukan harga produk anda.
Salah satu solusi yang boleh anda guna adalah mencari produk yang boleh dijual dengan margin keuntungan sebanyak 25%.
Laman Taobao merupakan antara laman yang peniaga boleh dapatkan bekalan produk pada harga yang sangat murah.
Disebabkan stigma masyarakat mengenai pembelian melalui online lebih murah daripada membeli di kedai, anda perlu mendapatkan bekalan produk pada kos yang paling rendah supaya anda masih boleh menikmati margin keuntungan yang lumayan.

4. Perhatikan Pesaing-Pesaing Anda

Walaupun produk yang anda bawa mungkin menarik, tetapi jika terlalu ramai pesaing sudah membawa masuk atau menjual produk yang sama, mungkin anda perlu beralih ke produk yang lain.
Jadi, bagaimana kita mahu memerhatikan apa yang dijual oleh pesaing-pesaing lain yang ada di pasaran.
Antara teknik mudah adalah dengan membuat carian di Google serta Facebook menggunakan kata kunci yang sesuai dengan produk yang anda jual atau mahu mula menjual.
Selain dari mampu melihat samada pasaran telah tepu atau belum, anda juga boleh mencedok idea-idea pemasaran dan jualan daripada pesaing-pesaing anda.

5. Jadilah Yang Pertama, Atau Yang Berbeza, Atau Yang Terbaik

Ingat, apabila anda sudah mendapat produk yang ‘meletup’, jangan mengharapkan jualan yang laris akan kekal selama-lamanya.
Semasa produk anda masih laris, anda sepatutnya sudah mengambil langkah untuk memilih produk lain yang ingin dijual. Ini untuk memastikan perniagaan anda kekal membuat keuntungan.
Kredit : https://community.ijual.my

Khamis, 17 Mei 2018

PULANGAN PELABURAN MELEBIHI 2000% SETAHUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Entri ni bagi menyahut cabaran dari saudara anuar untuk menghasilkan satu entri mengenai pulangan pelaburan melebihi 2000% setahun??
Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun
Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun
Mesti ada yang cakap langsung tak logik akal. Mana nak cari untung untuk pelaburan melebihi 2000% setahun kan? Atau ada yang berkerut dahi sambil garu kepala tanya.. camane ek tu nak dapat untung 2000% setahun? huhu..
Mesti ramai tertanya-tanya bagaimana nak dapat keuntungan pelaburan yang menguntungkan. Lebih-lebih lagi dengan kedatangan tahun 2014 penuh dengan kenaikan harga barang dan servis. Agak-agak dengan gaji hanya RM1,500 sebulan mampu tak kita hidup dengan selesa di Malaysia??
Fikir dan renungkanlah ye….
Cukup ke gaji RM1500 sebulan di malaysia?
Cukup ke gaji RM1500 sebulan di malaysia?
Ok back to main point, cik tom tak nak cerita banyak perkara yang tak pernah cik tom experience sendiri. Cik tom akan berkongsi pengalaman cik tom dalam mencari pendapatan sampingan selain daripada makan gaji yang sedia ada.
1. Pelaburan Emas
Cik tom memang sukakan emas dan boleh dikatakan selepas dah bekerja ni setiap tahun kumpul koleksi emas. Cik tom tak pernah beli jongkong emas cuma beli emas perhiasan sebagai simpanan untuk pelaburan jangka masa panjang. Mungkin akan ada yang cakap rugi beli barang kemas ni..banyak susut nilai dan sebagainya. Sebenarnya ada cara nak optimumkan keuntungan beli barang kemas boleh baca; Tips beli emas perhiasan.
Pada yang berminat nak baca lanjut mengenai rahsia pelaburan emas boleh baca tips dari pakar di website: Rahsia Usahawan Emas atau Rahsia dinar emas. Keuntungan pelaburan emas ialah antara 27-45% setahun.
2. Pelaburan Affiliates
Pelaburan affiliates ialah satu pelaburan tanpa modal yang sangat menguntungkan. Senang cakap modal air liur je. huhu..  Ada macam2 jenis program affiliate yang korang boleh join. Nak join percuma je! Takde kena charge tambahan apa2.
Bayaran komisen affiliate dari ashadee (jomniaga)
Bayaran komisen affiliate dari ashadee (jomniaga)
Salah satu yang cik tom suka join sebab senang nak promosi produk ialah ashadee. Ashadee ni kira cam centre untuk promosi pelbagai jenis produk.
Bayaran komisen affiliate dari ashadee (jomniaga)
Bayaran komisen affiliate dari ashadee (jomniaga)
Boleh belajar mengenai buat duit online sebagai agen affiliate ashadee ( dulu dikenali jomniaga) dengan menyertai webinar percuma ini>> Buat duit online melalui internet (terhad pada 100 orang je).
Kat webinar tue ada ajar cara-cara nak daftar ashadee dan cara nak promosinya.
Boleh baca detail: jom buat duit komisen
Boleh baca detail: jom buat duit komisen affiliate
Satu lagi income yang affiliate yang best ialah jobdirumah dan niche makanan. Sambil promosi kat kawan2 yang nak cari part time job tue. Korang boleh jugak buat kerja part time sendiri. Bayaran buat kerja freelance dalam USD. Rajin usaha senanglah dapat. Cakap banyak tak guna jugak kan. huhu…
income awal tahun jobdirumah
income awal tahun jobdirumah
3. Pelaburan Tabung Haji
Cik tom takde saving dalam ASB. Semua saving cik tom masukkan dalam tabung haji sebab kat tabung haji dah dibayar zakat simpanan. Senang keuntungan dividen dapat tue dah lepas tolak dengan zakat. Tahun lepas paling tinggi dividen tabung haji dalam 8.5%.
Amalkan setiap bulan simpan dalam tabung haji sekurang-kurangnya 10-20% duit dari gaji yang korang dapat.
Dividen tabung haji biasa masuk dalam bulan 2. So, bulan depan la. Agak-agak berapa dapat ek? hmm.. nanti duit dividen tahun ni kena split tiga bagi emak ayah, buat bayar ptptn dan sebahagian lagi spent time holiday kat korea. Yeah..
4. Pelaburan Hartanah
Yang ni cik tom belum habis khatam lagi baca buku Pelaburan Hartanah Tanpa Modal. Hari tu pun sempat berguru sekali lalu je dengan abgensem masa kat #jomsummit2013. Salah satu target cik tom nak beli rumah pertama sebagai pelaburan hartanah. Kadar kenaikan hartanah boleh mencecah sehingga 100% setahun.
5. Pelaburan Blog
Ni cik tom rasa paling menguntungkan jugak dengan blog macam-macam cara korang boleh buat duit. Cam blog cik tom ni just pelaburan sewa hosting+domain RM100 setahun. Selain dari tue semua guna yang percuma je sebab setup sendiri blog dan theme blog. Tapi income dari pelaburan ni melebihi 2000% setahun dengan sideincome blog hasil dari 8share,advertorial, pengiklanan banner, komisen, contest.…
Pelaburan mana yang bersesuaian tu terpulang dengan minat masing-masing. Ada banyak jenis lagi pelaburan yang ada dalam Malaysia ni. Tapi cik tom just sentuh 5 jenis je sebab yang ni memang cik tom duk minat cari ilmu dan usahakan skang. Semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diusahakan. amin.. :)
kredit : http://www.ciktom.com

Sabtu, 12 Mei 2018

Selebriti tempatan luah perasaan untuk Tun Mahathir

Selebriti tempatan luah perasaan untuk Mahathir

BEBERAPA selebriti tanah air turut meluahkan perasaan mereka di atas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14.  
Bertitik tolak kemenangan Harapan semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi mandat untuk  menjadi perdana menteri ke tujuh yang dijangka mengangkat sumpah dalam tempoh yang akan diumumkan kelak.
Golongan artis berkenaan menyatakan rasa syukur atas kejayaan Mahathir itu menerusi  laman Instagram masing-masing
Antaranya pelakon jelita Emma Maembong yang menulis status di Instagram miliknya dengan mengatakan bekas perdana menteri itu membuktikan strateginya menyertai Pakatan Harapan adalah terbukti benar.
"Tun telah membuktikan strategi beliau menyertai PH adalah tepat seperti yang telah dirancang. Kejayaan ini adalah untuk generasi sekarang dan akan datang. Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan," tulis Emma dipetik dari Instagram miliknya.
Pelakon Hairul Azreen pula memuat naik video kenangan pertemuan kali pertama dengan Mahathir ketika sedang bercuti di London pada 2016.
"We love you Tun Mahathir. Terima kasih Tun @chedetofficial. Video ni 23 September 2016. London.
"Tarikh yang saya tak akan lupa. Idola saya selamanya. Tun contoh terbaik untuk saya. #TheBestNeverRest," tulis Hairul yang juga suami kepada artis jelita Hanis Zalikha.
Selain mereka, antara selebriti tempatan yang juga berkongsi perasaan adalah penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Sheila Majid dan Siti Sarah.

Sinar Harian Online

Rabu, 2 Mei 2018

Ustaz Nik Omar buat sokongan Wardina naik 100 peratus

Kemunculan Nik Omar Nik Abdul Aziz di pusat penamaan calon bagi DUN Chempaka semalam ternyata mengejutkan ramai orang.
Ramai memberi tanggapan sendiri berhubung langkah anak kedua bekas mursyidul am PAS itu bertanding bawah tiket Pakatan Harapan (HARAPAN) - baik positif mahupun negatif.
Ia termasuk selebriti popular Wardina Safiyyah yang menyambut baik langkah Nik Omar itu.
Baginya, penyertaan beliau menambah lagi barisan pemimpin berkebolehan dalam HARAPAN dan  seterusnya menguatkan lagi sokongannya terhadap gabungan pembangkang itu.
"Dengan ramainya mereka yang berintelek, berwibawa dan ikhlas berjuang, kepercayaan saya kepada HARAPAN naik lagi seratus peratus...sebak pun ada.
"Terima kasih ustaz atas keputusan yang tidak mudah ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Hantaran itu dikongsikan pagi ini dan turut disertakan dengan gambar Nik Omar sebagai calon HARAPAN.
Wardina sebelum ini sering berkongsi pandangannya tentang beberapa calon dalam PRU ke-14, antaranya calon BN bagi Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan - paling menonjol - calon HARAPAN bagi Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik.
Dia berharap calon HARAPAN seperti Nik Omar dan Maszlee ini dapat memberi nasihat kepada pemimpin lain dalam gabungan itu jika melakukan kesalahan pada masa akan datang.
"Kepada pemimpin HARAPAN, jangan dirobek dan hampakan kami. Pimpinlah Malaysia seadil, semaju dan sebaiknya untuk semua dan perbaiki kepincangan sistem dan bebaskan negara daripada tamak haloba dan tipu daya," katanya.
Tak terima hujah mimpi
Dalam hantaran sama, Wardina juga menegur reaksi penyokong dan pemimpin PAS dalam menanggapi keputusan Nik Omar.
"Mungkin wajar duduk seketika dan bertanya mengapa ia terjadi. Pernah tanya insan-insan hebat ini...Ada sebab kenapa mereka memilih HARAPAN. Mereka bukan bodoh dan tiada agama.
"Saya tak boleh terima hujah mimpi," katanya dipercayai merujuk kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang rakamannya disebarkan di media sosial semalam.
Dalam ucapannya selepas penamaan calon, naib presiden PAS itu menceritakan kembali perbincangannya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang calon PAS khususnya di Parlimen Pengkalan Chepa.

Menurutnya, Hadi menceritakan dirinya bermimpi bertemu Nik Aziz yang hanya memiliki sebelah kaki dan ditolak orang sehingga hampir rebah.
"Hari ini kita nampak (makna) mimpi itu. Orang yang lawan kita datang dari sebelah kaki (Nik Aziz) yang tiada," katanya.
DUN Chempaka yang ditandingi Nik Omar terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa.
"Kita kena jaga Pengkalan Chepa ini macam mana sekalipun, walau orang yang melawan kita (anggota) keluarga Tok Guru (Nik Aziz), kita letak sokongan kita pada perjuangan Islam," katanya lagi.
Malaysiakini

Cara Buat Duit RM50 Hingga RM200 Setiap Bulan Tanpa Henti

  Cara buat duit tanpa henti setiap bulan dengan cara mudah sahaja.. klik sini

Catatan Paling Popular