Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Entri ni bagi menyahut cabaran dari saudara anuar untuk menghasilkan satu entri mengenai pulangan pelaburan melebihi 2000% setahun??
Mesti ada yang cakap langsung tak logik akal. Mana nak cari untung untuk pelaburan melebihi 2000% setahun kan? Atau ada yang berkerut dahi sambil garu kepala tanya.. camane ek tu nak dapat untung 2000% setahun? huhu..
Mesti ramai tertanya-tanya bagaimana nak dapat keuntungan pelaburan yang menguntungkan. Lebih-lebih lagi dengan kedatangan tahun 2014 penuh dengan kenaikan harga barang dan servis. Agak-agak dengan gaji hanya RM1,500 sebulan mampu tak kita hidup dengan selesa di Malaysia??
Fikir dan renungkanlah ye….
Ok back to main point, cik tom tak nak cerita banyak perkara yang tak pernah cik tom experience sendiri. Cik tom akan berkongsi pengalaman cik tom dalam mencari pendapatan sampingan selain daripada makan gaji yang sedia ada.
1. Pelaburan Emas
Cik tom memang sukakan emas dan boleh dikatakan selepas dah bekerja ni setiap tahun kumpul koleksi emas. Cik tom tak pernah beli jongkong emas cuma beli emas perhiasan sebagai simpanan untuk pelaburan jangka masa panjang. Mungkin akan ada yang cakap rugi beli barang kemas ni..banyak susut nilai dan sebagainya. Sebenarnya ada cara nak optimumkan keuntungan beli barang kemas boleh baca; Tips beli emas perhiasan.
Pada yang berminat nak baca lanjut mengenai rahsia pelaburan emas boleh baca tips dari pakar di website: Rahsia Usahawan Emas atau Rahsia dinar emas. Keuntungan pelaburan emas ialah antara 27-45% setahun.
2. Pelaburan Affiliates
Pelaburan affiliates ialah satu pelaburan tanpa modal yang sangat menguntungkan. Senang cakap modal air liur je. huhu.. Ada macam2 jenis program affiliate yang korang boleh join. Nak join percuma je! Takde kena charge tambahan apa2.
Salah satu yang cik tom suka join sebab senang nak promosi produk ialah ashadee. Ashadee ni kira cam centre untuk promosi pelbagai jenis produk.
Boleh belajar mengenai buat duit online sebagai agen affiliate ashadee ( dulu dikenali jomniaga) dengan menyertai webinar percuma ini>> Buat duit online melalui internet (terhad pada 100 orang je).
Kat webinar tue ada ajar cara-cara nak daftar ashadee dan cara nak promosinya.
Satu lagi income yang affiliate yang best ialah jobdirumah dan niche makanan. Sambil promosi kat kawan2 yang nak cari part time job tue. Korang boleh jugak buat kerja part time sendiri. Bayaran buat kerja freelance dalam USD. Rajin usaha senanglah dapat. Cakap banyak tak guna jugak kan. huhu…
3. Pelaburan Tabung Haji
Cik tom takde saving dalam ASB. Semua saving cik tom masukkan dalam tabung haji sebab kat tabung haji dah dibayar zakat simpanan. Senang keuntungan dividen dapat tue dah lepas tolak dengan zakat. Tahun lepas paling tinggi dividen tabung haji dalam 8.5%.
Amalkan setiap bulan simpan dalam tabung haji sekurang-kurangnya 10-20% duit dari gaji yang korang dapat.
Dividen tabung haji biasa masuk dalam bulan 2. So, bulan depan la. Agak-agak berapa dapat ek? hmm.. nanti duit dividen tahun ni kena split tiga bagi emak ayah, buat bayar ptptn dan sebahagian lagi spent time holiday kat korea. Yeah..
4. Pelaburan Hartanah
Yang ni cik tom belum habis khatam lagi baca buku Pelaburan Hartanah Tanpa Modal. Hari tu pun sempat berguru sekali lalu je dengan abgensem masa kat #jomsummit2013. Salah satu target cik tom nak beli rumah pertama sebagai pelaburan hartanah. Kadar kenaikan hartanah boleh mencecah sehingga 100% setahun.
5. Pelaburan Blog
Ni cik tom rasa paling menguntungkan jugak dengan blog macam-macam cara korang boleh buat duit. Cam blog cik tom ni just pelaburan sewa hosting+domain RM100 setahun. Selain dari tue semua guna yang percuma je sebab setup sendiri blog dan theme blog. Tapi income dari pelaburan ni melebihi 2000% setahun dengan sideincome blog hasil dari 8share,advertorial, pengiklanan banner, komisen, contest.…
Pelaburan mana yang bersesuaian tu terpulang dengan minat masing-masing. Ada banyak jenis lagi pelaburan yang ada dalam Malaysia ni. Tapi cik tom just sentuh 5 jenis je sebab yang ni memang cik tom duk minat cari ilmu dan usahakan skang. Semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diusahakan. amin..
kredit : http://www.ciktom.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN