Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Selasa, 20 Disember 2016

Pegawai polis laung Allahuakbar selepas tembak mati duta Russia

SEORANG lelaki yang juga merupakan anggota polis melaungkan kalimah 'Allahuakbar' selepas menembak mati seorang Duta Russia ke Turki. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah galeri seni di Ankara, Turki.

Andrey Karlov, 62 ditembak berulang kali pada jarak dekat oleh penembak yang kemudiannya melaungkan 'Allahuakbar' (Allah maha besar), 

"Kami mati di Aleppo, kamu mati di sini! Jangan lupa Aleppo, jangan lupa tentang Syria!" Jeritnya, dalam bahasa Turki.

Datuk Bandar Ankara mengesahkan bahawa penembak tersebut adalah seorang anggota polis, yang sepatutnya tidak bertugas. 

Akaun twitter Twitter Untold memaklumkan bahawa pegawai polis itu bernama Mevlüt Mert Altintas berumur 22 tahun seorang pegawai polis anggota unit khas, dari Ankara.

Pegawai Polis itu dilihat memang sudah berada di belakang Duta Russia tersebut dari awal dan dilihat sebagai anggota keselamatan yang tidak mengenakan pakaian seragam polis sepanjang beliau menyampaikan ucapan.



Kredit : http://www.milosuam.net

Khamis, 1 Disember 2016

8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat

rasulullah tidak pernah sakit
Credit kepada Nor Abdullah Ilustrator (Norabudy)
Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?
Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7# TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8# JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Penutup
BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah.
Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
mari ikut cara nabi.. :) 
kredit : http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/cara-rasulullah-menjaga-kesihatan-diri/

Isnin, 28 November 2016

PELABURAN MODAL KECIL


Bahagian ini adalah yang paling saya suka nak share dengan anda semua. Sebagai pengguna TuneTalk/ToneExcel anda layak mendapat 2 bonus yang di janjikan pihak syarikat iaitu fast track bonus (bonus pengenalan) dan topup komisen.

Fast Track Bonus

Jika anda berjaya menjual simkad kepada kenalan anda, pihak syarikat berbesar hati untuk memberi anda RM20 sebagai komisen penat lelah anda. Ia akan dibayar sekali sahaja ke dalam akaun bank anda.

Cuba bayangkan anda berjaya mendapat 10 orang kenalan jumlah komisen akan menjadi RM200 banyak kan. Bonus akan di masukkan sebulan sekali sahaja bergantung pada tarikh anda daftar simkad tersebut. Contohnya jika anda menaja 1-15hb bonus dibayar hujung bulan dan jika anda menaja 16-31hb bonus akan dibayar 12hb bulan hadapannya.

Komisen Top up

Yang ni lg best daripada fast track bonus, anda bakal mendapat 20% komisen daripada jumlah rakan-rakan anda yang top up tiap-tiap bulan. Untuk top up pun diorang takyah cari kita, so kita pun tak terikat dan bebas untuk terus promosi simkad. Kaedah top up mcm biasa menggunakan e-pay, kedai telefon, 7-eleven, ATM machine, Internet Banking dll.


Kalau kawan-kawan kita menggunakan simkad TuneTalk/ToneExcel selama 5 atau 10 tahun maka selama itulah kita akan mendapat komisen top up tersebut. Berikut adalah cara pengiraan komisen top up.
syarat untuk anda layak mendapat komisen top up adalah top up hanya RM30 sahaja, kalau lebih pengiraan akan berubah seperti yang ditunjukkan diatas. Saya rasa zaman sekarang nie purata kita akan top RM30 dan lebih so ape lagi kita masih top up jumlah yang sama dan dapat komisen, keje kita hanya promosi simkad je. Sekarang nie kita kene bijak duit mesti ade keluar masuk, kalau keluar je tak msuk-masuk kita dalam zon merbahaya.
kredit : http://sideincomekecilan.blogspot.my/p/bonus-tunetalktoneexcel.html

Jumaat, 25 November 2016

Kota purba ditemui di Mesir

Kota purba ditemui di Mesir
Bandar yang hilang telah ditemui berhampiran dengan Luxor, salah satu destinasi pelancongan terbesar Mesir.


KAHERAH - MESIR. Ahli arkeologi Mesir menemui kota purba iaitu apa yang mereka sifakan sebagai bandar yang bermula sejak 7,000 tahun yang mempunyai rumah, perkakas, tembikar dan kubur besar.
Kota purba itu terletak di tepi sungai Nil, berhampiran Kuil Seti Pertama di Abydos.

Pakar berkata, saiz 15 kubur baru ditemui menunjukkan kedudukan sosial tinggi berdasarkan orang yang dikebumikan.

Adalah dipercayai bandar adalah rumah kepada pegawai-pegawai penting dan pembina kubur dan berkembang pada awal era zaman Mesir purba.

Pakar berkata, penemuan itu boleh menjadi rangsangan bagi industri pelancongan selepas Mesir dibelenggu kemelut sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada tahun 2011.

Ahli-ahli arkeologi telah membuat pelbagai penemuan di bandar baru termasuk bangunan, serpihan tembikar dan alat-alat yang diperbuat daripada logam dan batu.

Pegawai dipetik dalam Mesir bebas berkata penemuan itu dibuat oleh misi arkeologi yang dimiliki oleh Kementerian Antikuiti di negara ini, dan bukan kumpulan asing.

Sinar Harian Online

Isnin, 14 November 2016

Bakar hutan untuk jadi popular di Facebook

Bakar hutan untuk jadi popular di Facebook
Sedutan video yang dimuatnaik ke Facebook

KENTUCKY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki ditangkap selepas mengaku membakar hutan untuk menjadi popular di laman sosial.

Laporan Dailymail mengatakan Johnny Mullins, 21 memulakan kebakaran di Jenkins dan mula merakam dan 'melaporkan' kejadian tersebut di Facebook.

Dalam video yang dimuatnaik minggu lepas, Johnny berjaya menarik perhatian 2,400 pelayar.
Beliau kemudian ditahan polis dan mendakwa 'beliau cuma mahukan perhatian'.

"Dia suka rakam video untuk Facebook dan pelayar mengikutnya untuk 'laporan cuaca'," kata Ketua Polis Jenkins, James Stephen.

Akibat kejadian berkenaan, pihak bomba terpaksa menggunakan helikopter untuk memadamkan kebakaran.

Johnny pula bakal didakwa atas tuduhan sengaja memulakan kebakaran (arson).

Sinar Harian.

Jumaat, 4 November 2016

Sekat segera lawan web tawar iklan seks

LAMAN WEB TAWAR IKLAN SEKS

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kewujudan sebuah laman web yang mengiklankan perkhidmatan dan jualan barangan, dikesan turut menyelitkan iklan khidmat seks kepada komuniti di negara ini, perlu segera disekat.

Tinjauan Bernama di laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mendapati ia mengandungi puluhan ribu gambar lucah termasuk melibatkan warga tempatan yang dapat diakses dengan mudah.

Menerusi laman web itu, para pengiklan seks didapati memuat naik gambar termasuk gambar bogel dengan pelbagai aksi dipercayai untuk menarik pelanggan serta turut memberi maklumat peribadi termasuk nombor telefon dan alamat e-mel untuk dihubungi.

Berdasarkan maklumat diperoleh daripada Wikipedia, laman web berkenaan mula bertapak di Amerika Syarikat dan dipercayai sudah beroperasi kira-kira 20 tahun.

Ia mempunyai lebih 200 juta anggota komuniti di seluruh dunia.

Laman web itu turut menyenaraikan pelbagai kategori pilihan iklan seks seperti wanita mencari wanita, wanita mencari lelaki, lelaki mencari wanita, lelaki mencari lelaki atau percintaan pelbagai jenis.

Seorang pengguna internet yang hanya mahu dikenali sebagai Fariz berkata, dia tidak pernah menjumpai mana-mana laman web yang menawarkan perkhidmatan jual beli barangan yang menyelitkan tawaran perkhidmatan seks termasuk hubungan sejenis.

"Pertama kali saya membuka laman web itu, saya terkejut melihat satu ruangan di laman web tersebut menawarkan perkhidmatan hubungan seks sejenis. Ruangan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada ahli berbanding perkhidmatan lain.  

"Lebih mengejutkan, terdapat juga ahli yang sanggup memuat naik gambar lucah dan bogel diri sendiri bagi mempromosikan diri. Perkara ini jarang terdapat di mana-mana laman web di internet," katanya kepada Bernama.

Fariz berkata pekerja seks di laman web itu boleh dihubungi melalui nombor telefon yang ditinggalkan pada iklan yang dilengkapi gambar lucah mereka serta maklumat diri untuk melanggan khidmat mereka.

Katanya kebebasan melayari laman web itu tanpa sekatan dikhuatiri akan  menyebabkan kegiatan tidak bermoral semakin berleluasa.

Menurut Fariz, kategori iklan seks dalam laman web berkenaan perlu disekat bagi mengelak anggota masyarakat terutamanya golongan muda terjebak dalam aktiviti tidak sihat itu.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama berkata,‎ pihak polis akan menyiasat laman web berkenaan dan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membanteras laman web lucah di negara ini.

"Kami akan bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan operator laman web ini," katanya.
Sementara itu, SKMM dalam kenyataan kepada Bernama berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak pentadbir laman sesawang itu untuk memastikan tiada pengiklanan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang negara disiarkan di laman berkenaan.

"Langkah ini diambil bagi memastikan tidak ada individu yang terjerat dengan aktiviti yang tidak bermoral itu," menurut kenyataan SKMM.

Menurut kenyataan itu, SKMM akan meneliti terlebih dahulu inti pati kandungan laman web antarabangsa itu yang didakwa mengiklankan barangan dan turut mengambil peluang menawarkan khidmat seks di negara ini. - Bernama

http://majalahbiz.blogspot.my/

Rabu, 26 Oktober 2016

Iklan palsu: Pelanggan saman KFC RM83j

KFC
- Gambar Hiasan


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita memfailkan saman AS$20 juta (RM83 juta) terhadap Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana pengiklanan palsu (false advertising).

Menurut laporan CBS Local, Anna Wurtzburger, 64, mendakwa KFC menipu 'pelanggan yang sedang lapar' dengan iklan 'KFC bucket' yang menunjukkan bekas dengan ayam yang melimpah keluar.

Anna mendakwa untuk dia hanya menerima separuh daripada jumlah ayam goreng yang diiklankan.
Berdasarkan iklan, iklan berkenaan hanya mengandungi lapan ketul ayam dan sama dengan kuantiti yang dipesan oleh Anna.

"Mereka menunjukkan bekas yang dilimpahi dengan ayam," kata Anna.

"Anda (saya) hanya mendapat separuh dan ia tidak seperti dalam iklan. Itu adalah iklan palsu!," kata Anna lagi.

KFC bagaimanapun berkata, dakwaan Anna sebagai 'tidak masuk akal' dan bercadang meminta mahkamah untuk mengugurkan saman tersebut.

Sinar Harian Online

Sabtu, 15 Oktober 2016

Kedai Pok Ta Kale Feri jadi tumpuan ramai

Kedai Pok Ta Kale Feri jadi tumpuan ramai

WALAUPUN kedudukan kedainya agak tersorok dari pandangan umum, namun kedai Pok Ta Kale Feri sering menjadi tumpuan dek kerana hidangan yang ditawarkan memenuhi cita rasa pelanggan.

Kedai milik Fauziah Mamat, 50, yang terletak di Pasir Kelang, di sini, hanya menghidangkan kue tiau, mi segera, bihun serta mi sup dan goreng berlaukkan udang, sotong, daging serta telur sebagai menu utama di kedainya.

Menurut Fauziah, kedai yang diusahakan sejak 2006 itu mengetengahkan resipi ciptaannya sendiri.

Idea berniaga ini timbul ketika suaminya, Mohd Satar Jaafar, 54, yang juga orang kurang upaya (OKU) bekerja sebagai pembuat bot di Pangkalan Feri Pasir Kelang.

"Kedai ini dibuka dengan modal sekitar RM3,000 sahaja. Dulu perniagaan ni biasa-biasa jer tapi lepas banjir (2014), pelanggan makin bertambah. Hasil jualan juga meningkat," katanya yang turut dibantu empat anaknya.

Katanya, bagi memenuhi selera pelanggan, dia sentiasa menitik beratkan kualiti lauk agar sentiasa segar bagi memastikan  keasliannya sentiasa terjaga.

"Lauk seperti udang, daging dan sotong saya beli setiap hari kerana lauk yang baru mampu menjamin rasa yang dapat memenuhi selera pelanggan, saya mahu pelanggan puas hati.
"Daging yang saya gunakan juga adalah daging tempatan. Alhamdulillah, saya kini mampu menjual sekitar 100 mangkuk makanan berkuah sama ada mihun, mi, kuetiau ataupun mi segera," katanya.

Lebih menarik lagi, katanya, pelanggan dapat melihat panorama indah di sekitar Pengkalan Feri Pasir Kelang sambil menikmati hidangan disediakan.

"Kedai ini beroperasi jam 2 petang pada setiap hari Jumaat dan jam 12 tengah hari pada hari biasa," katanya.

Tambah Fauziah lagi, melihat perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan, dia berhasrat untuk membuka cawangan.

Kredit : Sinar Harian Online

Jumaat, 14 Oktober 2016

Zionis, Syiah bersatu untuk hancurkan Islam

zionis-dan-syiah-bersatu-hantam-islam1

Ramai yang menyangka Syiah dan Zionis adalah puak yang saling bertentangan dengan melihat betapa terkehadapannya Iran menentang perancangan Israel.

Namun, sebuah buku yang ditulis penulis dari Indonesia, Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi menemui fakta sebaliknya.

Menulis dalam buku terbarunya Zionis, Syiah bersatu hentam Islam, Pizaro mendedahkan bagaiman Syiah dan Zionis berkerjasama erat merancang pembantaian umat Islam Palestin.

Menurut beliau, Israel bukanlah pelakon tunggal yang membunuh umat Islam Palestin, sebaliknya Syiah Lubnan dan Syria turut menjadi sekutu mereka.

“Dulu orang masih mengira bahawa Iran adalah negara terkehadapan melawan Zionisme Yahudi.
“Di buku ini anda akan dapati fakta yang sebaliknya. Keduanya yang di luar nampak keras bermusuhan, namun di bawah meja keduanya erat berjabat tangan,” ujarnya sebagai mempromosi buku terbaru itu.

Katanya, antara tahun 1962 sehingga kejatuhan Shah Pahlevi pada tahun 1979, perisik Israel menjalin hubungan erat dengan banyak petugas Iran.

Setelah Pahlevi tumbang, rejim Khomeini menghabiskan dana hingga AS$500 juta untuk membeli peralatan perang dari Israel.

Muhammad Pizaro- novelis-indonesia
Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi

Bahkan kedua-dua negara ini bersekutu menyerang reaktor nuklear Iraq pada tahun 1981.

Brigade Sadr pula, katanya, adalah kumpulan Syiah yang melindungi tentera George Bush dari Kuwait menuju Baghdad melewati gurun pasir An-Nashiriyah.

“Maka tidak aneh jika Ali As-Sistani (ulama Syiah Iraq) yang biasanya lantang mengisytihar perang ke atas Israel tapi melarang jihad melawan hegemoni Amerika Syarikat di Iraq.

“Itulah segelintir skandal sejarah yang dilakukan oleh sumber tertinggi Syiah di negeri 1,001 malam,” katanya.

Buku ‘Zionis dan Syiah Bersatu Hantam Islam’ mengandungi 16 bab yang mendedahkan wajah sebenar hubungan intim Syiah dan Zionis bermula di Syria, Lubnan, Iraq, Iran, Palestin, Afghanistan, Malaysia hingga Indonesia.

“Selama ini kita menyangka bahawa Syiah dan Zionis adalah dua kelompok yang saling bertikai.
“Namun buku ini memberikan perspektif baru dalam melihat fakta yang sebenarnya, bahwa pada satu titik mereka dapat bersama melawan umat Islam. Umat Islam harus membacanya,” kata bekas Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Adhyaksa Dault.

“Untuk mengkritik Syiah, tidak cukup hanya pada sisi teologis. Kita juga harus mengungkap data dan fakta berkait hubungan mereka dengan Zionis Yahudi.

“Dengan menghadirkan buku ini dalam bahasa Melayu, semoga informasi ini tidak hanya beredar di Malaysia saja tapi juga di seluruh dataran Melayu yakni Thailand, Brunei, dan juga Filipina,” kata Mustapha Mansor, sukarelawan Mavi Marmara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Selasa, 11 Oktober 2016

Dibedah kerana alat mainan seks tersangkut

Dibedah kerana alat mainan seks tersangkut
Emma ketika di hospital

MERSEYSIDE - BRITAIN. Walaupun malu, seorang wanita terpaksa menelefon ambulans selepas alat mainan seks yang digunakannya tersangkut di dalam badannya, Sabtu lepas.

Menurut laporan Dailymail, sebelum menelefon ambulans, Emma Phillips, 24, dan pasangannya Lee Miller, 29, cuba mengeluarkan sendiri alatan tersebut.

"Miller menggunakan penyepit dari dapur tetapi tetap gagal," kata Emma.

Selepas sejam 'bersusah payah' dan masih gagal, Emma tahu sudah tiba masanya untuk menelefon ambulans.

"Para doktor sangat bagus, mereka bertindak dengan pantas dan menenangkan saya.

"Pada mulanya ia dianggap sebagai lawak tetapi selepas mendapat tahu kemungkinan dibedah, ianya sangat serius," jelas Emma.

Selepas menjalani pembedahan, peranti tersebut berjaya dikeluarkan dan dibenarkan pulang ke rumah hari yang sama.

Ibu Emma memberitahu, beliau tidak memarahi anaknya atau berasa malu dengan kejadian tersebut kerana ia melibatkan 'kecemasan'.

"Perkara tersebut seperti suatu taboo, tetapi kami tahu anak kami perlukan pertolongan," kata ibu Emma.

Emma kemudian memuat naik ucapan terima kasih di Facebook kepada kru ambulans, doktor dan kakitangan hospital Wrexham yang telah membantu beliau.

Kredit : Sinar Harian Online
   

Selasa, 27 September 2016

Kempen Semakan daftar pemilih PILIHANRAYA MALAYSIA

Image result for SPR

Pilihanraya pru14 sudah dekat kami cadagkan kepada rakyat malaysia bersedia dari sekarang. yang belum memdaftar sila daftar sekarang dimana2 agen SPR. pejabat pos pun boleh. yang sudah daftar sila semak dari masa ke semasa di mana anda akan membunag undi nanti. boleh check di link ini : http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Pada pru14 nanti pilihlah parti mana yang anda sukai..undilah untuk masa depan anda dan anak cucu anda.

Khamis, 15 September 2016

10 bandar paling bahaya yang anda kena tahu

10 bandar paling bahaya yang anda kena tahu


PEMBANGUNAN teknologi pada masa kini mempengaruhi banyak pihak untuk meninggalkan kawasan luar bandar dan memilih penempatan di bandar bagi jaminan hidup dan pekerjaan yang lebih baik.

Namun begitu, beberapa kawasan bandar metropolitan di dunia turut menjadi sebahagian daripada lokasi paling berbahaya di dunia disebabkan oleh populasi penduduk yang besar sehingga mengakibatkan bilangan penguat kuasa menjadi terhad.

Oleh sebab demikian, terdapat banyak bandar popular di dunia dikenal pasti sebagai lokasi paling berbahaya disebabkan oleh kadar peningkatan jenayah yang tinggi.

Berikut merupakan senarai bandar-bandar paling bahaya di dunia seperti disenaraikan oleh cheatsheet.com:

1) San Pedro Sula, Honduras

San Pedro Sula terletak di bahagian utara Honduran dan merupakan bandar yang paling ganas serta berbahaya di dunia. Bandar yang dikenali sebagai ‘pembunuh ibu kota dunia’ ini telah menjadi bandar paling ganas dipercayai berpunca daripada aktiviti perdagangan dadah serta kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berjuang demi kuasa. Selain itu, gejala rasuah turut memainkan peranan utama dalam negara ini. Ramai penduduk telah melarikan diri dari bandar ini berikutan daripada faktor kemiskinan yang membelenggu masyarakat setempat.


2) Rio de Janeiro, Brazil

Walaupun Brazil gah dengan penganjuran sukan Olimpik Rio 2016, namun bandar ini sebenarnya merupakan antara lokasi yang bermasalah. Rio dipengaruhi oleh keganasan malah turut mengundang bahaya kepada para pelancong. Untuk kekal selamat di sini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau dadah yang dijual serta sentiasa elakkan untuk berada di bawah pengaruh dadah. Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mempamerkan alatan mereka seperti telefon pintar dan tablet.

3) Cape Town, South Africa

Cape Town merupakan kota kedua terpadat di Afrika Selatan. Selain daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah terbesar di Cape Town. Pergaduhan dan pertempuran sesama kumpulan merupakan penyebab utama Cape Town menjadi bandar paling merbahaya di Afrika. Namun begitu, walaupun Cape Town mempunyai beberapa bahagian yang menakutkan, lokasi pelancongan di sini kebiasaannya terhindar daripada sebarang jenayah.

4) San Salvador, El Salvador

EL Salvador terkenal dengan jolokan merbahaya berikutan mempunyai beberapa kumpulan ganas dan ditakuti seluruh dunia seperti MS-13. Disebabkan oleh masalah kumpulan pengganas ini, ramai pihak telah melarikan diri ke utara untuk mencari perlindungan di samping menggelakkan diri daripada masalah kemiskinan di negara berkenaan.


5) Kabul, Afghanistan

Kabul , Afghanistan merupakan antara lokasi yang bukannya menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Bandar dan negara ini turut dikaitkan dengan serangan 11 September sehingga menyebabkan kuasa-kuasa seperti Taliban dan Amerika Syarikat telah menduduki kawasan luar bandar tersebut. Selain itu, dengan kewujudan ISIS, ia telah menimbulkan lagi ketegangan di Iran dan Afghanistan.

6) Baghdad, Iraq

Baghdad adalah ibu negara Iraq dan mempunyai populasi dianggarkan seramai 7,000,000 orang. Selain itu, ia merupakan bandar raya terbesar di Iraq. Seperti Kabul , Baghdad masih di ambang perang, dan ia dianggap tidak selamat untuk pelancong.

7) Caracas, Venezuela

Caracas merupakan bandar yang mempunyai banyak kumpulan terlibat dengan aktiviti keganasan. Difahamkan, seramai 24,000 orang telah dibunuh di Venezuela pada tahun 2014. Bandar ini adalah di bawah aktiviti harian kartel dadah dan samun bersenjata. Rakyat dan pengunjung perlu sentiasa berwaspada tidak kira yang kawasan yang mereka lawati. Jika anda mahu untuk melawat Caracas, pastikan anda tidak pergi ke bandar seorang diri.

8) Acapulco, Mexico

Suatu masa dahulu, Acapulco adalah merupakan lokasi tarikan pelancong yang mempunyai pemandangan pantai serta air laut yang cantik. Namun begitu, bandar berkenaan kini tidak lagi seperti dahulu apabila sering kali dilanda keganasan dan membahayakan pelancong yang datang. Tentera Mexico terpaksa dipanggil bagi membantu menenangkan keadaan sekiranya berlaku keadaan tidak diingini.

9) Guatemala City, Guatemala

Guatemala turut mempunyai banyak masalah seperti jirannya, El Salvador dan Honduras. Masalah kumpulan pengganas, pengedaran dadah dan kemiskinan merupakan punca mengapa banyak pihak melarikan diri daripada bandar ini. Walaupun ia merupakan bandar yang indah dan mempunyai sejarah tersendiri, namun jenayah dan keganasan yang sering kali berlaku di sana menyebabkan pelancong tidak berani untuk berkunjung ke sana.

10) St. Louis, USA

St. Louis adalah bandar yang paling merbahaya di Amerika. Walaupun St. Louis jauh lebih selamat daripada bandar-bandar di Amerika Tengah , ia masih berdepan dengan isu-isu yang serius. St. Louis telah berdepan dengan isu keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, rusuhan di Ferguson merupakan antara keganasan yang berlaku di sana.

Kredit : cheatsheet.com/Sinar Harian Online

Selasa, 13 September 2016

Kenapa wanita bekerjaya lambat kahwin?

Lambat kahwin
Gambar hiasan



SEBUT tentang lambat kahwin melibatkan wanita bekerjaya, pasti ramai kenalan kita yang tergolong dalam kelompok ini, kedudukan sudah kukuh, berpendapatan tetap, punya aset di sana sini tapi masih sendiri.

Isu ini menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyarankan keluarga memainkan peranan mencarikan pasangan untuk ‘anak dara emas’ ini.

Kalau 20 tahun lalu mungkin sudah dipaksa kahwin dek ibu bapa kerana bimbang anaknya digelar anak dara tua tapi seiring perkembangan zaman, ia tidak lagi dianggap luar biasa malah ramai ibu bapa sudah tidak kisah.

Rata-rata wanita lewat usia ini yang masih bujang akui kesibukan kerja menjadi salah satu faktor mereka tidak mempunyai waktu sesuai untuk bergaul dengan orang lain selain serik dengan pengalaman lampau dikecewakan.

Wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Soraya, 30, berkata, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia jarang dapat bersosial seperti rakan-rakan lain.

“Memanglah kita nak berkahwin tapi tak ada calon sesuai lagi ditambah dengan waktu kerja tak menentu dan waktu cuti pun tak sama macam orang lain. Kalau waktu cuti pula saya lebih memilih untuk berehat di rumah sebab dah penat kerja,” katanya kepada Sinar Online.

Sarah, 31, juga senada akui kekangan masa menyebabkan dia masih belum bertemu calon yang sesuai.

“Lepas balik kerja memang terus balik rumah dan rehat. Tak ada keluar-keluar lagi dah. Tapi lewat kahwin ini beri saya peluang untuk luangkan masa lebih dengan keluarga.

“Memang ada keluarga kenalkan tapi kurang sesuai dengan saya. Tak bolehlah nak tangkap muat sahaja kan? Sebab saya nak cari yang serius untuk berkahwin bukan nak bercinta, tarik tali,” katanya.

Manakala Madiha, 35, berkata, selain tanggungjawab kepada keluarga, pengalaman lampau membuatkan dia serik untuk membina hubungan baharu.

Amy pula memberitahu pada usia 34 tahun ini, dia sering didekati lelaki berstatus duda, lelaki yang lebih muda ataupun suami orang.

“Mungkin sebab sekarang saya dah selesa sendiri, tak nak tambah komitmen lagi.

“Kalau yang dekat dengan saya pun sebab nak tumpang kesenangan saja. Susah nak jumpa yang elok. Saya memang elakkan berkawan dengan suami orang,” katanya.

Bagi Siti, 36, tahun pula menolak alasan lambat kahwin kerana kerjayanya namun menyifatkan jodoh buatnya masih belum tiba.

“Yang penting kita gembira. Kalau kahwin sebab terdesak belum tentu bahagia. Tak ada siapa pun tak nak kahwin, tak nak ada keluarga.

“Sama lah dengan yang dah kahwin tapi tak ada anak lagi. Semua nak anak tapi mungkin sebab tak sampai lagi jodoh kita,” katanya.

Kredit : Sinar Harian Online

Jumaat, 9 September 2016

Islamic State (IS) Umumkan Gugurnya Juru Bicara Mereka, Syaikh Abu Muhammad Al-Adnani

Islamic State (IS) Umumkan Gugurnya Juru Bicara Mereka, Syaikh Abu Muhammad Al-Adnani


RAQQA, SURIAH (voa-islam.com) - Islamic State (IS) telah mengumumkan bahwa juru bicara dan pengawas operasi eksternal mereka, Syaikh Abu Muhammad al-Adnani, telah gugur di kota utara Suriah, Aleppo.

Pada hari Selasa (30/8/2016), outlet berita IS, A'maaq News Agency mengumumkan bahwa Syaikh Adnani dibunuh "sementara melakukan survei operasi untuk mengusir kampanye militer terhadap Aleppo."

Aleppo telah terbagi antara pasukan pemerintah di barat dan oposisi di timur selama empat tahun terakhir. Pasukan Suriah telah terlibat dalam operasi besar untuk merebut bagian yang dikuasai oleh oposisi namun telah berkali-kali mengalami kegagalan.

Syaikh Al-Adnani, 39 tahun, kepalanya dihargai 5 juta USD oleh Departemen Luar Negeri AS untuk informasi yang mengarah pada penangkapan dan pembunuhannya - jumlah terbesar kedua setelah pemimpin Islamic State Syaikh Abu Bakr al-Baghdadi.

Syaikh Al-Adnani adalah salah satu anggota pendiri IS dan dilaporkan salah satu pendukung utama dari peluncuraan serangan terhadap negara-negara Barat. Dia juga mengawasi operasi perekrutan dan pelatihan untuk serangan terhadap Eropa.

Menurut SITE Intel Group, IS telah mengancam akan melakukan balas dendam atas kematian Syaikh Adnani.

Jumaat, 2 September 2016

Polis nafi UFO berlegar di Kuala Krai

UFO
Visual kapal angkasa yang diviralkan menerusi media sosial
KOTA BHARU - Polis hari ini menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau ketika dihubungi di sini, malam tadi. Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".

Berita yang diviralkan itu menyebut: "Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.

"Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.." - Bernama

Sabtu, 27 Ogos 2016

Gempar penumpang tak pakai seluar

Gempar penumpang tak pakai seluar
Foto yang viral di laman forum Reddit, pada Ahad.

FOTO seorang penumpang wanita yang tidak memakai seluar ketika sedang berurusan di kaunter syarikat penerbangan Virgin America mengejutkan orang ramai.

Pelayar laman forum Reddit, Deftones1 yang memuat naik foto tersebut pada Ahad menimbulkan persoalan sama ada sistem penghawa dingin di lapangan tersebut rosak dan menyebabkan penumpang kepanasan.

Pelayar lain juga menyedari beberapa kipas telah diletakkan menghala ke arah penjaga kaunter Virgin America.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah lapangan terbang di California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beberapa bulan lepas, kejadian hampir serupa berlaku apabila seorang guru wanita membuka skirtnya ketika pemeriksaan dijalankan anggota keselamatan di lapangan terbang di Stanstead, London.

Wanita tersebut bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas dituduh membawa dadah.

Kredit : Sinar Harian Online

Rabu, 24 Ogos 2016

Gaji RM5,000 sekadar cukup makan

Gaji RM5,000 sekadar cukup makan
Hisyam menunjukkan senarai perbelanjaan bulanan yang ditanggung olehnya berbekalkan gaji RM5,400 sebulan.

BERPENDAPATAN lebih RM5,000 mungkin disifatkan mewah, namun tidak untuk mereka yang berkeluarga.

Hakikat itu terpaksa dihadapi seorang eksekutif sebuah syarikat pembekal barangan am di ibu negara.
Hisyam Malik, 36, yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 11 tahun bersama isterinya, mengakui gajinya sekadar cukup makan, setelah menolak perbelanjaan dan komitmen setiap bulan.

Menurutnya, isterinya sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu untuk memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar.

“Isteri hanya kerja biasa-biasa saja dan gaji tidaklah banyak mana. Kalau dia kerja pun, dapat gaji terpaksa berhabis untuk bayar pengasuh dan kos ke tempat kerja pun agak tinggi. Jadi saya minta dia berhenti untuk tumpu kepada anak-anak.

“Memang ‘sakit’ apabila semua perbelanjaan yang selama ini ditanggung dengan dua pendapatan, terpaksa saya tanggung seorang. Walaupun tidak banyak bahagian pendapatan isteri yang digunakan, ia tetap jadi kos tambahan buat saya.

“Tapi taklah saya anggap ia sebagai beban sebab ia  tanggungjawab yang saya perlu lakukan. Tapi percayalah, jika tidak sabar, bukan mudah nak hadapi,” katanya.

Hisyam berkata, anak sulungnya berusia sembilan tahun, manakala yang kedua baru genap setahun.
Katanya, kedua-dua anaknya itu, masing-masing mempunyai kos yang perlu dilaburkan.

“Kakak pergi sekolah pagi dan petang dengan bas sebab kedudukan rumah yang agak jauh dari sekolah. Yang adik, macam biasalah, belanja susu dan lampin pakai buang saja sudah berapa? Semua tu termasuk dalam belanja rumah.

“Bila tolak semua perbelanjaan, adalah baki dalam RM500 untuk simpan. Tu pun kadang-kadang tak dapat simpan sebab dah ‘tarik’ untuk minggu-minggu akhir bulan,” katanya.

Ditanya sama ada dia berhasrat untuk berhijrah ke desa, Hisyam berkata, perkara itu ada difikirkan, namun tidak mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya kerja di tempat sekarang sejak tamat diploma dan sudah selesa. Sekarang bukan senang untuk dapat kerja, kalau di luar bandar, mungkin tidak dapat gaji sebanyak itu sebab sekarang semua orang mahu ‘cut’ kos. Tidak ambil yang berpengalaman kerana akan ‘demand’ tinggi.

“Insya-ALLAH, saya yakin dapat tanggung semua. Komitmen bayaran kereta juga habis awal tahun depan. Begitu juga pinjaman peribadi. Jadi sedikit sebanyak adalah juga lebihan wang nanti,” katanya.

Kredit : Sinar Harian Online

www.kelabsimkad.com/daus

Selasa, 23 Ogos 2016

‘Beli rumah sebelum kereta!’

Azizul Azli
Antara rakan seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Azizul Azli dalam bidang hartanah. - Gambar kecil: Azizul Azli.




PEMBELIAN rumah ketika ekonomi negara tidak menentu pastinya memberi kesan kepada seseorang itu apatah lagi harga rumah dan hartanah semakin meningkat.

Malah begitu banyak keluhan yang didengari Azizul Azli mengenai perkara itu terutamanya dalam kalangan anak muda. Rungutan seperti harga rumah sangat mahal, generasi muda tidak mampu membeli dan terpaksa menyewa hingga ke tua.

Namun bagi Azizul Azli, perkara yang dirungutkan itu merupakan realiti yang berlaku hari ini atau sememangnya sikap golongan muda yang suka mengalah sebelum mencuba.
Berpegang kepada prinsip, katanya, orang muda zaman sekarang harus mengikat nafsu daripada membeli kenderaan terlebih dahulu.

Tegasnya, mereka harus membeli hartanah dahulu sebelum kenderaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azizul gigih ‘buru’ rumah lelong]

‘Jika kita mampu membeli kenderaan, kita sebenarnya mampu beli kediaman!’

Dengan situasi ekonomi semasa, adakah ia waktu yang sesuai untuk melakukan pelaburan terutamanya hartanah?

Sebelum memulakan pembelian kenderaan, kita harus bertanya dengan diri sendiri mengenai persiapan untuk masa hadapan dan keperluan utama. Jika kita sekadar melakukan pelaburan semata-mata mengikut rakan, baik lupakan sahaja niat itu.

Perlu anda ketahui bahawa pelaburan hartanah hari ini menjadi satu gerakan popular, namun jangan tersilap langkah.

Setiap kali ingin melakukan sesuatu pelaburan, kita wajib mengetahui risiko dan impak kepada diri sendiri.

Kebiasaannya alasan yang sering digunakan pelabur dalam hartanah adalah sebagai dana persaraan awal dan jaminan kepada anak cucu.

Ada juga yang ingin dijadikan sebagai warisan keluarga, dana pendidikan, aset perniagaan, trofi kejayaan, ‘mesin wang bulanan’ dan hadiah untuk yang tersayang. Perlu diingatkan, pelaburan hartanah bukan pelaburan baik sekiranya kita bukan pelabur yang bagus.

Ramai berpendapat bahawa membeli rumah akan menambah hutang sedia ada dan beri impak negatif, adakah benar perkara itu?

Berhutang untuk membeli hartanah dianggap sebagai hutang yang baik. Ini kerana di kala kita menikmati peningkatan nilai hartanah, pinjaman juga akan semakin berkurangan.

Tidak cukup itu, kita akan dihidangkan dengan pendapatan pasif daripada hasil hartanah itu. Selain hanya membeli, kita juga perlu menghiasi dalaman rumah yang dibeli agar nilai sewaan lebih tinggi.
Sekiranya mahu hartanah mendapat perhatian, lokasi menjadi peranan penting seperti berdekatan dengan kilang, universiti dan pusat bandar. Jika rumah kelihatan cantik, potensi untuk ia disewa amat tinggi.

Perlu diingatkan bahawa kawasan pedalaman juga mempunyai nilai hartanah cukup komersial apatah lagi harganya masih lagi rendah.

Pelaburan di kawasan itu tidak menjadi satu kerugian sebaliknya perlu memandang ke hadapan kerana ia mungkin akan naik. Status ‘bandar’ juga memainkan peranan penting kerana kawasan itu berkemungkinan besar akan membangun dengan pesat.

Bagaimana pengurusan kewangan betul agar diri tidak dibebani hutang jika ingin memiliki rumah lebih daripada satu?

Sebenarnya dengan membeli banyak hartanah adalah satu kelebihan kepada individu itu. Namun tanpa pengurusan betul, hartanah atau aset tersebut mungkin dilelong bank jika tidak dapat beri komitmen terhadap pembayaran bulanan.

Semestinya pemilikan rumah lebih banyak, lebih bagus kerana ia menyumbang kepada pendapatan pasif hasil sewaan bulanan.

Ia bermaksud pendapatan yang diterima tanpa usaha tetapi diperoleh secara berterusan ke poket kita. Malah kita tidak perlu bekerja untuknya, sebaliknya ia akan bekerja untuk kita. Satu konsep yang mudah difahami namun memerlukan pengurusan betul.

Bagi saya, setiap rumah yang dibeli ditetapkan harga bawah RM50,000 sama ada rumah lelong atau rumah terpakai. Sebagai contoh, pembayaran bulanan bagi jumlah itu dengan bank selama 30 tahun bernilai RM250.

Jika kita menyewakan rumah tersebut dengan nilai RM600, ada lebihan sewa sebanyak RM350 dan ia boleh dimasukkan ke tabung pendidikan anak-anak atau kecemasan. Asas kewangan ini boleh diaplikasikan secara berterusan terhadap bakal rumah yang dibeli.

Saya sendiri menyimpan impian untuk memiliki 20 buah rumah namun masih belum mencapainya. Saya sedar bahawa rumah tidak boleh dibawa ke kubur namun kita boleh mewarisinya kepada anak cucu atau mewakafkan rumah untuk kegunaan amal.

Ramai menzahirkan punca utama gagal membeli hartanah berpunca daripada gaji kecil, mungkin anda ada solusinya?

Kebanyakan masyarakat kita menganggap bahawa kehidupan seorang pensyarah pastinya mewah dan menggunakan barangan berjenama sahaja.

Definisi mewah pada pandangan saya cukup berbeza. Berdasarkan pengalaman sendiri, ada sahabat saya yang bekerja kilang dengan pendapatan RM1,800 sebulan manakala pendapatan pensyarah RM5,000 sebulan dianggap begitu mewah.

Seiring dengan perkembangan teknologi, kehidupan juga perlu ada kecanggihan begitu juga dengan gaji.

Perbelanjaan tanpa ilmu pengurusan kewangan pastinya menjadikan kita semakin ‘kaya’ di mata masyarakat namun ‘miskin’ simpanan masa depan.

Seharusnya, gaji yang diperoleh disimpan dahulu bukannya berbelanja dahulu baru simpan. Perkara ini harus diubah, jika tidak kita akan gagal selamanya untuk memiliki rumah idaman sendiri.

Sekiranya ingin menyewakan kediaman yang dibeli, apakah harus dilakukan agar ia tidak dibiarkan kosong?

Sebelum membeli rumah lelong, harus diingatkan bahawa terdapat ciri-ciri pemilihan untuk membeli rumah tersebut. Perkara pertama saya lihat adalah dari segi faktor harga murah iaitu bawah RM50,000.

Lokasi pula berdekatan dengan kemudahan asas dan fasiliti seperti sekolah, universiti dan sebagainya. Jika terdapat rumah baharu atau pemilik tidak pernah menduduki rumah itu selepas dibeli selama bertahun, rumah tersebut masih lagi elok dan tidak perlu banyak penambah baikan.

Lokasi juga perlu berhampiran pasar raya memudahkan pembelian barangan keperluan dapur dan banyak peluang pekerjaan wujud. Padat dengan pekerja, pastinya kawasan itu menjadi tumpuan pekerja tempatan dan asing.

Pengurusan dan blok baharu, ia tidak seperti blok kusam dan buruk akibat pihak pengurusan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membaik pulih kawasan perumahan.

Blok perumahan tunggal menjadikan ia tarikan utama untuk mereka yang ingin menyewa rumah. Dan akhir sekali, kenaikan nilai hartanah walaupun kadar peningkatan perlahan namun harga masih di bawah harga pasaran.

Kredit : Sinar Harian Online

www.kelabsimkad.com/daus

Sabtu, 20 Ogos 2016

Miliki 39 isteri, lelaki ini hidup harmoni serumah

 Miliki 39 isteri, lelaki ini hidup harmoni serumah

Ziona Chana bersama keluarganya.


BAKTWANG - INDIA . Seorang lelaki di India, mengejutkan ramai pihak apabila memiliki 39 orang isteri, iaitu sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat biasa.

Lelaki yang dikenali sebagai Ziona Chana itu, membina sebuah rumah besar yang memiliki 100 bilik untuk isterinya, 94 anak dan 33 cucu.

Memetik laporan Elitereaders, para isterinya akan ditempatkan diruang khas, sementara anak-anaknya yang sudah berkeluarga akan tinggal di bilik yang terpisah, sesuai dengan perubahan status mereka yang sudah memiliki keluarga sendiri.

"Saya memiliki begitu banyak orang yang peduli dan ingin menjaga saya. Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang beruntung," kata Ziona.

"Pasti kamu akan tertanya-tanya bagaimana kami mempertahankan keluarga dengan jumlah besar tersebut, kan?

"Sebenarnya kami memiliki sumber daya sendiri dan kadang-kadang menerima sumbangan daripada pelbagai pihak," katanya lagi.

Keluarga ini memerlukan 30 ekor ayam dan sekitar 99 kilogram beras untuk dijamu kepada semua orang yang ada di rumah tersebut.

Kehidupan seharian keluarga ini tidak berbeza dengan keluarga-keluarga lain, di mana para isteri biasanya akan saling tolong-menolong untuk memasak.

Sementara anak-anaknya bertanggungjawab membersihkan rumah dan mencuci pakaian, manakala anak-anak yang sihat tubuh badannya akan ditugaskan untuk bertani dan mengurus ternakan.

Kredit : Sinar Harian Online

Isnin, 8 Ogos 2016

Guru wanita jalin hubungan seks dengan murid 'hampir setiap hari'

Guru wanita jalin hubungan seks dengan murid 'hampir setiap hari'
Vera, 24, mendakwa hubungannya dengan pelajar 13 tahun itu bukan sahaja direstui tetapi dirai ibu bapa pelajar tersebut. - Foto The Washington Post



ALEXANDRIA M. Vera, seorang guru wanita mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah Stovall di Houston, Texas ditahan pihak berkuasa pada Rabu atas tuduhan jenayah penderaan seksual berterusan ke atas salah seorang anak muridnya yang berusia bawah 14 tahun.

Pihak polis mengambil masa dua bulan menyiasat kes berkenaan dan penangkapan Vera, 24, dibuat hanya selepas lapan bulan dia menjalinkan hubungan seks dengan murid gred lapan itu.

Menurut laporan, Vera pada April memberitahu bahawa hubungannya dengan lelaki yang berusia 13 tahun itu bermula melalui mesej di Instagram – dan telah berkembang menjadi cinta.

Vera ditahan di penjara sementara di Montgomery County dengan ikat jamin USD$100,000 (RM410,000), lapor Associated Press.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah Harris memberi gambaran terperinci dari segi hubungan cinta mereka yang dikatakan bukan sahaja direstui tetapi dirai ibu bapa murid terbabit.

Pengetua sekolah itu, Elsa Wright, hanya menerima maklumat tentang Vera pada April lalu, dan aduan telah dibuat kepada jabatan polis sekolah berkenaan sebelum siasatan dimulakan.

Dokumen mahkamah juga menunjukkan Vera tidak menafikan hubungannya, malah mengakui perkara berkenaan di hadapan pengetuanya dan seorang anggota polis.

Vera turut mengakui mengadakan hubungan seks 'hampir setiap hari' dengan anak muridnya itu sehingga menyebabkan dia hamil.

Dia kemudian bertemu ibu bapa murid terbabit, dan mereka dilaporkan menerima berita (hamil) dan hubungan itu dengan hati terbuka.

Namun, pada Februari kandungan tersebut digugurkan kerana Vera mula disoal siasat oleh Badan Perlindungan Kanak-kanak.

Dalam soal siasat berasingan oleh polis, murid berkenaan turut mengakui menjalankan hubungan seks dengan gurunya itu.

Polis berkata, mereka menemui banyak mesej antara lelaki tersebut dan gurunya, sekaligus mengesahkan apa yang telah diceritakan Vera.

Pejabat Guam Bela Harris County memberitahu ABC News 13 bahawa ibu bapa murid berkenaan boleh didakwa atas kesalahan gagal melaporkan penderaan kanak-kanak jika sah mereka mengetahui mengenai hubungan tersebut. 
Ibu murid terbabit kini sedang disiasat oleh Badan Perlindungan Kanak-kanak.

astro awani

Isnin, 1 Ogos 2016

Abam Bocey digoda lelaki gila seks

 Abam Bocey
- Foto ihsan Instagram Abam




PELAWAK popular Abam Bocey mendedahkan dirinya pernah diganggu oleh lelaki gila seks di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Abam, 27, lelaki berkenaan menghantar gambar dalam keadaan bogel dan cuba menggodanya malah memanggilnya seksi.

"Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook dan lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi.

"Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi," katanya dipetik BHOnline.

Tambah Abam, walaupun ini kali pertama berlaku, tetapi ia membimbangkannya.
“Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih bersikap berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan di laman Facebook,” ujarnya
Abam  merupakan ahli kumpulan Bocey yang turut disertai Fad dan Achey dan pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29.

Kredit : Sinar Harian Online

Sabtu, 30 Julai 2016

Melancap atau Onani tidak bahaya sekiranya..


Penulis sempat mengikuti satu seminar kesihatan, dalam seminar itu penulis tertarik dengan soalan yang ditanya oleh peserta seminar dan juga jawapan yang diberikan

Soalan yang ditanya oleh salah seorang daripada peserta itu adalah mengenai kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan dan tahap kekerapan dilakukan yang boleh diklasifikasikan sebagai berbahaya atau kesan buruk serta kesan jangka panjang terhadap kesihatan Sebagai makluman, jawapan yang diberikan adalah dari segi bidang perubatan, kaunseling dan psikologi. 

Jangan terkejut jika onani masih dianggap sebagai perkara yang wajar atau normal, namun ia perlu dilihat dari pelbagai aspek dan potensinya Menurut kajian yang dibuat, antara 70-90 peratus orang melakukan onani. Namun secara perubatan, tiada panduan khusus tentang kekerapan melakukan onani untuk diklasifikasikan normal atau tidak ataupun berbahaya tetapi dari segi yang berbeza iaitu agama terutama membabitkan seorang Muslim (Islam), melakukan perbuatan melancap adalah berdosa 

Kesan Beronani 

Melancap atau onani tidak bahaya sebenarnya sekiranya bertujuan untuk mengatasi masalah seksual yang tinggi bagi mengelakkan siperlaku membuat perkara yang lebih teruk dan bertindak diluar kawalan seperti merogol ataupun mengambil pendekatan dengan melanggan pelacur 

Dalam bidang perubatan, kesan positif atau negatif akibat melakukan onani adalah sama dengan kesan aktiviti hubungan seksual biasa Walau bagaimanapun, onani dianggap lebih selamat daripada risiko penularan penyakit seksual kerana siperlaku mendapat kepuasan seksual bersendirian, contohnya tidak mengadakan hubungan seks bebas dengan ramai pasangan atau melanggan pelacur yang berisiko tinggi menyebarkan penyakit seksual 

Onani hanya akan dianggap sebagai gangguan kesihatan (tidak normal) apabila ia menjadi penghalang dalam hubungan seksual dengan pasangan (jika onani mengakibatkan seseorang kehilangan nafsu seks terhadap pasangan seksualnya) Onani yang sengaja dilakukan di hadapan umum atau apabila onani menyebabkan tekanan psikologi yang berlebihan kepada diri seseorang Pun begitu, jika melakukan onani secara berlebihan ia turut mengundang kepada masalah kesihatan antara yang ditakuti oleh golongan lelaki adalah “mati pucuk” atau melemahkan tenaga batin / syahwat seorang lelaki 

Kesan Pada Diri / Gangguan Jiwa Dan Langkah Mengatasi 

Jika terjebak dalam aktiviti beronani, jangan letakkan diri dengan rasa penuh penyesalan, senang cerita bak kata pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih” selalunya orang yang beronani ini akan mencari bahan bacaan yang menceritakan kesan negatif onani Dari pembacaan itulah yang akan mencetuskan perasaan bersalah setelah melakukan onani. 

Hal ini secara tidak langsung boleh menyebabkan gangguan perasaan yang berlarutan Namun, secara psikologi, keinginan seksual yang berlebihan dapat diatasi dengan menyalurkan keinginan itu terhadap perkara-perkara kreatif dan berkaitan dengan bidang kesenian seperti menyanyi atau bermain alat muzik, merakam gambar atau melukis, serta menulis dan bersukan Secara positifnya, janganlah beronani lagi lakukan senaman untuk menenangkan diri ia berpotensi dapat membantu mengatasi masalah keinginan seksual yang berlebihan

Kredit : mysumber.com

Khamis, 28 Julai 2016

Pengasas BURGER Ramly hanya pemotong daging di sebuah pasaraya kini menjadi Jutawan

Burger Ramly

BURGER Ramly merupakan produk Bumiputera yang popular di negara ini, dimiliki dan diasaskan pada 1979 oleh pasangan suami isteri, Ramly Mokni dan Shala Siah Abdul Manap. Pada asalnya, Ramly Mokni hanyalah seorang pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota awal 70-an, yang mana ketika itu kebanyakan makanan sejuk beku tidak dapat dipastikan status halalnya. 

Menyedari masalah itu, Ramly mengambil peluang menghasilkan makanan sejuk beku halal bagi memenuhi permintaan umat Islam di negara ini. Walaupun berhadapan cabaran dan diperlekehkan segelintir pihak ketika awal penglibatan, Ramli tidak pernah berputus asa dan terus bersemangat mengembangkan perniagaannya. 

Berbekalkan simpanan sendiri dan pinjaman oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad, membolehkannya mengorak langkah memajukan perniagaan sehingga berada di tahap hari ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan dengan hanya mengeluarkan daging burger sebanyak 300 keping sehari, kini Burger Ramly mampu mengeluarkan 30 tan daging sehari selepas 20 tahun. 

Hari ini, Ramly yang lebih dikenali Haji Ramly berjaya mengembangkan perniagaannya ke tahap komersial. Syarikat kini berkembang sebagai sebuah syarikat besar iaitu Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd, Ramly Supermart Sdn Bhd dan Ramly Mokni Bakeri Sdn Bhd. 

Syarikat juga diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecemerlangan dan prestasi baik. Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn Bhd mengambil satu keputusan besar dengan membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi membesarkan kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang itu dilengkapi penggunaan teknologi lebih baik, dijangka meningkatkan hasil pengeluaran tiga kali ganda dengan kualiti yang sama standardnya. 

Selain daging burger, jenama lain bernaung di bawah Ramly adalah burger ayam dan daging, rangkaian produk nugget, jejari, sosej dan banyak lagi. Produk Burger Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada perniagaannya. Syarikat itu juga telah menubuhkan makmal Mikrobiologi Ramly bagi memastikan kualiti produk sentiasa di tahap terbaik dalam usaha memenuhi cita rasa pelanggan, sekali gus berfungsi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk Ramly. 

sinar harian 

Formula Mudah untuk Menjadi Jutawan Online. 

ANDA ADA RM55.00... ANGGAP JE LA RM55.00 NI PERGI BAWA ANAK-ANAK MAKAN KFC...KALAU SATU KELUARGA.. BAHKAN LEBIH DARI RM55.OO... 

MARI KITA KIRA.. JIKA ANDA BELI 1LOT PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN HANYA RM55.00 SEKALI SEUMUR HIDUP... ANDA AKAN DIBAYAR BONUS RM400.00 PENDAPATAN PASIF. DENGAN RM400 ITU ANDA ULANGI LAGI BELI LOT DENGAN KAMI... DENGAN RM400 INI ANDA DAPAT BELI LAGI 7 LOT. 

DAN DENGAN 7 LOT INI ANDA AKAN DI BAYAR BONUS PASIF SEBANYAK RM2800.00... DENGAN RM2800 ANDA BELI LAGI 50 LOT... DENGAN 50 LOT ANDA DAPAT RM20,000.00 DENGAN RM20,000 ANDA BOLEH BELI LAGI 363 LOT... DENGAN 363 LOT ANDA DAPAT BONUS RM145,200.00 DENGAN RM145,200 ANDA BOLEH BELI LAGI 2640 LOT.. DENGAN 2640 LOT ANDA DAPAT BONUS RM1,056,000.00 TENGOK!!!! KINI ANDA SUDAH BERGELAR JUTAWAN...BIZ-55...ONLINE.... 

MAKLUMAT DAN DAFTAR VIP DENGAN KAMI : http://biz55.lot.my

Selasa, 26 Julai 2016

Kisah Cina Kelantan dan budu

budu


CINA Kelantan umpama orang Cina yang bukan Cina, Siam pun bukan, jauh sekali Melayu. Mereka yang juga dikenali sebagai Cina Peranakan Kelantan ini sangat unik dan lain daripada yang lain. Orang luar yang berkunjung ke Kelantan pasti sukar mengenal pasti siapa Melayu, Cina atau Siam.

Cina Peranakan Kelantan tidak seperti kaum Cina di negeri-negeri lain kerana percakapan harian mereka yang dalam bahasa Hokkien bercampur dengan loghat Kelantan dan Siam dan mereka amat fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan. Kebanyakan mereka berkulit sawo matang, tidak menampakkan  seperti kaum Cina yang lain.

Mungkin salah satu faktor adalah kerana mereka gemar memakan budu. Ulam-ulaman dan budu menjadi makanan harian mereka dan turut dihidangkan ketika makan besar Tahun Baharu Cina. Pendek kata, mereka lebih mengenali budu berbanding yee sang. Oleh sebab itu juga mereka lebih menggunakan tangan ketika menjamu selera kerana ia lebih sesuai dan mudah untuk menikmati petai atau jering bersama budu.

Budu merupakan makanan tradisional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam di dalam tempayan sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dan dijual di dalam botol di kedai-kedai runcit. Kini, budu juga boleh didapati di dalam pek plastik agar senang dibawa, sama ada di dalam kapal terbang untuk ke luar negara atau dipos. Ada yang menggunakan nama sos bilis bagi tujuan pemasaran.

Budu boleh dinikmati begitu sahaja atau dicampurkan dengan cili api, mempelam, hirisan bawang dan air perahan limau nipis. Ada juga yang mencampurkan isi durian atau tempoyak untuk kelainan. Bagaimanapun, bukan semua orang Kelantan suka makan budu. Ini biasanya disebabkan baunya yang agak kuat dan tidak menyelerakan bagi sesetengah orang.

Laporan Bernama yang disiarkan di laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, menyenaraikan khasiat budu yang mungkin tidak diketahui umum. Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa budu mengandungi glutathione yang merupakan bahan antioksida yang meningkatkan imuniti badan untuk melawan penyakit.

Menurut pengamal perubatan, Dr Syed Abu Bakar, budu didapati berpotensi melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan, di samping menyekat penyakit degeneratif seperti aterosklerosis. Kajian juga menunjukkan ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif dan menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Ia hasil pemakanan seharian dan reaksi tubuh terhadap pemakanan. Antioksidan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya, dalam apa jua jenis ikan terdapat tiga jenis isoflavon berunsur antioksidan, iaitu daidzein, glisitein dan genistein. Di samping dua jenis unsur ini, budu juga mengandungi antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, membuktikan unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat dalam budu dapat mencegah kanser serta melambatkan proses penuaan. Bukan itu sahaja, budu juga dapat mempertingkatkan IQ kerana ia merangsang sel-sel otak dan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi (kembung perut) bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Terdapat beberapa lagi kebaikan budu yang digemari oleh masyarakat Cina Kelantan ini walaupun pengambilannya secara berlebihan tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, gout, kencing manis, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

Kegemaran masyarakat Cina Kelantan terhadap budu di samping makanan tradisi Melayu yang lain seperti nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, tapai ubi, dan ketupat, adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada proses asimilasi mereka dengan kaum Melayu di Kelantan.

Dengan budaya masyarakat Kelantan yang tidak membezakan sesama sendiri meski berlainan kaum dan agama serta lebih senang dikenali sebagai oghe Kelate (orang Kelantan), Cina Kelantan digelar oghe Cino kito.

*Penulis ialah Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

Kredit : Sinar Harian Online

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular