Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Memaparkan catatan dengan label Ulama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulama. Papar semua catatan

Selasa, 26 Januari 2016

TG Nik Aziz akan 'asingkan diri' ke Jerantut kalau ada masalah

 Image result for tok guru nik aziz
SHAH ALAM - Hampir setahun masa berlalu, begitu cepat rasanya ALLAH menjemput pemimpin yang disayangi ramai, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemergiannya dikatakan meninggal kesan mendalam terhadap setiap insan yang mengenali bekas Mursyidul Am Pas itu, termasuklah anak saudaranya yang juga penceramah terkenal, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Ibu Ahmad Dusuki merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz.
Berkongsi kenangan bersama Sinar Harian, Ahmad Dusuki berkata, apa yang paling beliau ingat sehingga hari ini ialah kata-kata nasihat daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

"Ketika ini saya paling rindu ialah kata-kata nasihat beliau, yang tidak berhenti dalam menasihati keluarga ke arah perjalanan menuju ke akhirat, kerana beliau (tok guru) seorang yang optimis terhadap akhirat, maksudnya beliau dalam apa jua keadaan akan sentiasa bercakap tentang akhirat, kehidupan ini beliau gambarkan dengan suasana akhirat.

"...sebab yang ini saya betul-betul terasa kehilangan rasa terlampau rindu kepada nasihat dan ingatan-ingatan dan teguran beliau," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Shah Alam di di sini hari ini.

Berbicara lanjut, Ahmad Dasuki berkata, sehinggakan Nik Abdul Aziz hingga ke penghujung nyawanya beliau tetap bercakap tentang dakwah Islam dan perkembangan Islam di dunia ini.
"Pada akhir hayat beliau, tok guru masih bertanya tentang perkembangan agama Islam dan penerimaan Islam terhadap masyarakat bukan Islam, beliau begitu obses hendak lihat Islam berkembang, hendak dunia terima Islam," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Dasuki berkata, Nik Abdul Aziz seorang yang tegas dalam hidup dan bukan seorang yang hidup dalam semberono.

"Kalau beliau marah, marah yang berasas, contohnya ketika waktu solat, beliau sedang berjemaah tiba-tiba ada orang yang tidak berjemaah buat 'wirering' kawasan masjid misalnya, lepas selesai solat pasti tok guru akan marah orang tersebut, sebab baginya dia minta mereka fokuskan waktu itu dengan ALLAH, jangan terlibat urusan lain, ini yang buat beliau marah...sebab dia betul-betul jaga solat berjemaah," ujarnya.

Sementara itu, katanya Nik Abdul Aziz juga seorang yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan pantang ada kenduri kendara keluarga, beliau akan pergi walau sesibuk manapun.
"Dia akan pergi ziarah, kerana ingin bersama keluarga," katanya.

Berbicara lagi, Ustaz Ahmad Dasuki berkata ada satu rahsia yang mana mungkin ramai yang tidak tahu tentang perihal ini.

"Beliau akan pergi 'bersembunyi' di perkampungan Batu Balai di Jerantut, Pahang jika berhadapan dengan masalah terutamanya ketika ingin 'merehatkan diri' buat seketika daripada buruan media dan masalah politik yang melanda.

"Waktu paling saya ingat ialah ketika tok guru ada krisis dahulu, beliau ke situ, untuk asingkan diri buat seketika," katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015 lalu, di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

dipetik dari Sinar Harian Online

Ahad, 27 Disember 2015

Pengalaman bekas wartawan buru Ustaz Abu Bakar Ba'asyir

Pengalaman bekas wartawan buru Abu Bakar Ba'asyir

SEWAKTU saya bertugas dengan sebuah media dulu, saya pernah diarahkan untuk membuat liputan gempa bumi yang meragut nyawa lebih 3,000 orang penduduk di Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY), Indonesia.

Ini merupakan tugasan ketiga saya ke sana selepas dihantar membuat liputan tsunami di Aceh dan gempa bumi Pulau Nias, Sumatera Utara.

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai satu tugasan yang bagi saya dan rakan jurugambar, Mohd Noor Amin cukup mencabar.

Semuanya bermula sewaktu kami berdua sedang `belasah' kopi Jawa dan pisang goreng berkeju di sebuah warung buruk di pinggir kota Yogyakarta.

Sambil menikmati hidangan ala-kadar itu, saya tiba-tiba ternampak berita kecil yang termuat di dalam akhbar paling berpengaruh di Indonesia, Kompas.

Bunyinya, "Abu Bakar baasyir dibebaskan dari Penjara Cipinang esok."

Peluang bermula

Ahad, 15 November 2015

Syaikh Al Arifi: Mujahidin yang Bertempur di Suriah saat ini Adalah Para Keturunan Sahabat Nabi

 Image result for Syaikh Muhammad Al Arifi,

KIBLAT.NET, Kairo – Syaikh dan da’I asal Saudi menegaskan bahwa bumi Syam (khususnya Suriah) adalah bumi tempat manusia berkumpul di hari kebangkitan pada hari Kiamat. Di Bumi itu, ummat Islam akan memerangi musuh-musuh mereka. Syam adalah bumi yang dipilih Allah untuk menguatkan ummatnya.
Demikian disampaikan Syaikh Muhammad Al Arifi, dalam khutbah Jum’at di masjid Amr bin Al Ash di daerah Mesir Kuno, Jum’at 14/6/2013.

“Sebanyak 900 sahabat Rasulullah saw adalah penduduk Syam. Dan saat ini, mereka yang bertempur di Suriah (mujahidin) adalah keturunan para sahabat nabi Muhammad saw”  tegas syaikh Al Arifi.

Beliau menjelaskan, rezim Suriah adalah rezim penindas brutal terhadap rakyat Suriah selama 40 tahun. “Rezim Bashar Al Asad adalah rezim Thagut” tegasnya lagi.

Syaikh yang juga berdarah Suriah tersebut mengatakan, “Allah mengancam pelaku kedzoliman dengan hukuman yang besar. Lihatlah sabda Rasulullah saw dalam hadist Qudsi, ‘Wahai hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kedzoliman atas diri-Ku, dan Aku menjadikannya haram diantara kalian, maka janganlah kalian saling mendzolimi. Wahai hambaku, kalian itu adalah pelaku kedzoliman kecuali yang aku beri petunjuk. Maka mintalah petunjuk kepadaku niscaya akan aku berikan kalian petunjut’ (HR. Muslim)” paparnya.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Kenali Imam Besar (4 Mazhab Islam) | Imam Malik

As-Salam.
Bertemu sekali lagi dalam Siri Kenali Imam Besar (4 Mazhab Islam). Kali ini blog Bangku Kosong menampilkan Imam Malik bin Anas.

Makam Imam Malik. Foto: Wikipedia
Imam Malik bin Anas
 
Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum. Sejarah keluarganya juga ada hubung-kait dengan ilmu Islam dengan datuknya sendiri seorang perawi dan penghafal hadis yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadis kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadis. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadis daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar, ‘A'isyah binti Abu Bakar, Umm Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum

Selain Nafi, Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Ja'afar al-Siddiq, cucu kepada al-Hasan, cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah al-Dinar, Yahya bin Sa'ad dan Hisham bin Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Suasana kehidupan Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka sempat belajar, mendengar hadis dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
 

Jumaat, 13 Februari 2015

Tuan Guru Nik Aziz kembali ke rahmatullah

Nik Aziz

KOTA BAHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam tadi 12/2/15.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.

Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abduh memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.

Sementara itu, orang ramai yang turut berada di pekarangan kediaman Allahyarham mengalirkan air mata sebaik dimaklumkan perkara itu.

Pemergian Allahyarham pada malam Jumaat dalam suasana cukup tenang selepas hampir sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM.

Sementara itu, Nik Abduh mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi seluruh kaum keluarga pada jam 9.40 malam selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.

Menurutnya, solat jenazah akan dilaksanakan pada 10 pagi ini di Masjid Pulau Melaka.

"Saya berharap rakyat Malaysia akan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat," katanya kepada media.

Sinar Harian

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular