Salam sejahtera rakan2 semua.
Di pagi Selasa ini, cukup empat tahun setengah usia saya didalam ToneExcel ini. Apa yang saya capai selama ini?
1. Dengan rezeki melalui ToneExcel ini, tahun pertama, saya mampu
memberhentikan diri saya daripada bekerja dengan mana2 koperat. Tidak
perlu lagi waktu kerja 9-5 petang, tidak perlu lagi bekerja 5 hari
seminggu. Saya sudah tidak bekerja pejabat lagi.
2. Dengan rezeki
melalui ToneExcel ini, tahun ketiga, saya dapat menyelesaikan kesemua
hutang yang ada sebelum ini, hutang2 lapuk dahulu, tiada hutang bank,
tiada hutang rumah, tiada hutang kereta, tiada hutang kredit card, tiada
hutang PTPTN, tiada hutang loan peribadi, tiada hutang sesama manusia.
Azam untuk hidup tanpa hutang, hutang kosong.
3. Dengan rezeki
melalui ToneExcel ini, tahun ketiga, saya dapat membantu ahli keluarga,
saudara mara, jiran-jiran, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan orang
tua. Membantu dari segi membekalkan barangan makanan dan juga membantu
sepenuhnya untuk kos2 perubatan untuk mereka yang tidak mampu
mendapatkan perkhidmatan perubatan yang terbaik.
4. Dengan rezeki
melalui ToneExcel ini, tahun ke-tiga, tidak lupa untuk saya
menghadiahkan diri saya sendiri sebuah BMW 5 series, 2nd Hand -Cash,
untuk saya memenuhi impian yang telah ditanam sejak zaman tok kaduk
dulu. Isteri saya, saya hadiahkan sebuah BMW 3 series, 2nd Hand -Cash,
sebuah Alza 2nd Hand -Cash, dan gaji setiap bulan sebanyak RM20,000
sebagai upah dia berhenti kerja dan sanggup menemankan saya kemana saya
pergi.
5. Dengan rezeki melalui ToneExcel ini, tahun ke-empat,
saya mula menyimpan property yang tak lapuk dihujan dan tak lekang dek
panas, yang kesemuanya dibeli secara tunai, iaitu tanah dan rumah.
Kerana ia boleh dikongsi untuk ahli keluarga dan orang lain, semasa saya
hidup dan selepas kematian saya. Ia juga boleh dijadikan modal untuk
perniagaan pada bila2 masa. Dengan rezeki melalui ToneExcel ini, saya
telah membeli 3 buah rumah (satu bernilai RM300,000, kedua bernilai
RM450,000 dan ketiga bernilai RM1.3 juta di Denai Alam, Subang) dan 4
bidang tanah (Salah satunya di Lenggeng, Negeri Sembilan seluas 4 ekar).
Tunai, jangan ikat kehidupan kita dengan hutang. Kalau orang kata, mana
boleh kalau kalau tak sangkut hutang, paling tidak pun hutang rumah dan
hutang kereta. Tu, saya dah buktikan boleh. Maknanya, ia boleh dicapai,
dan Allah swt berikan saya jalan dalam ToneExcel ini.
Teringat pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berjaya dalam satu perniagaan dahulu, kemudian pelbagaikan.
6. Dan yang terakhir, setiap tahun, setiap 21hb saya masih mendapat
pencen/komisyen sehingga ratusan ribu ringgit dari ToneExcel sehingga ke
hari ini.