Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Isnin, 24 Disember 2018

Malaysia negara paling banyak cuti umum di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Malaysia, yang mempunyai 50 hari cuti umum tahun depan, mendahului senarai cuti umum terbanyak dalam kalangan 10 negara di Asia Tenggara.
Hasil tinjauan Mashable Asia Tenggara mendapati Malaysia menduduki tempat pertama cuti paling banyak manakala Vietnam berada di kedudukan ke-10 dengan cuti paling sedikit iaitu 11 hari.
Bagaimanapun, secara teknikal, Malaysia hanya mengisytiharkan 20 hari cuti umum pada peringkat nasional manakala selebihnya adalah cuti umum peringkat negeri, yang berbeza mengikut budi bicara kerajaan negeri masing-masing.
Secara umumnya, kesemua 10 negara terbabit mengisytiharkan cuti umum sempena tahun baru dan sambutan keagamaan utama mengikut kumpulan etnik terbesar negara masing-masing, umpamanya Tahun baru (1 Januari), Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Wesak atau Krismas.
Tidak kurang juga negara yang mengumumkan cuti pada perayaan atau sambutan unik, umpamanya Kemboja meraikan Tahun Baru antara 14 hingga 17 April selain mengisytiharkan cuti nasional pada perayaan Hari Anak dan Hari Hak Asasi Manusia pada tahun.
Myanmar pula mengkhususkan cuti lima hari bagi sambutan bulan purnama iaitu hari Tabaung, Kasong, Waso, Thadingyut, dan Tazaungmone.
Di Laos pula cuti nasional terpanjang adalah sempena Tahun Baru Laos, disambut pada hari yang sama seperti kebanyakan negara Asia Tenggara dan Asia Selatan seperti Sri Lanka, India, Myanmar, Kemboja, dan Thailand.
Festival dikenali sebagai Pimai, yang kadang-kadang digelar sebagai Songkran, adalah cuti umum terpanjang yang akan dinikmati Laos pada 2019, antara 14 hingga 16 April.
Vietnam, sebagai negara Asia Tenggara yang akan menikmati hari cuti paling sedikit tahun depan iaitu 11 hari, dengan hampir separuh daripadanya (lima hari) dihabiskan untuk sambutan Tet Nguyen Dan atau Tahun Baru Vietnam.
BH

Rabu, 12 Disember 2018

Siti Nurhaliza, Neelofa terima dua anugerah

Siti Nurhaliza, Neelofa terima dua anugerah

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pengacara popular, Noor Neelofa menerima dua anugerah pada majlis Nona Superwoman Award 2018, malam tadi.
Menerusi acara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Siti Nurhaliza menerima anugerah Nona Legend Award dan Nona Influencer Award, manakala Neelofa menerima anugerah Nona Insta Famous Award & Nona Hijab Award.

Bagaimanapun Neelofa tidak hadir kerana terikat dengan program MeleTop dan sempat mengucapkan terima kasih secara langsung menerusi program berkenaan kepada majalah Nona, Kumpulan Media Karangkraf dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd di atas pengiktirafan yang diberikan.

Hadir dengan tema ‘Inspirasi Wanita Bermula di Sini’, Nona Superwoman Award 2018 mengiktiraf wanita melalui 36 kategori anugerah yang sinonim dengan majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun.Kempen Nona Superwoman yang dibawakan oleh Majalah Nona, terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd meraikan wanita-wanita yang banyak memberi inspirasi serta mempunyai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Para penerima anugerah ini bukan saja terdiri daripada golongan selebriti, malah ia merangkumi golongan usahawan, pakar motivasi, ahli sukan, ahli korporat serta ramai lagi.
Antara anugerah lain yabg diberikan adalah anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018, yang diterima oleh Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah Aziz.

Selain itu adalah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Fashionista Award (Rozita Che Wan), Nona Motivator Award (Prof Dr Muhaya), Nona Charity Award (Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah), Nona Royal Award (YM Tunku Kaiyisah), Nona Active Award (Datuk Nicol David), Nona VIP Award (Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina) dan Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof).

Mengulas mengenai penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini, Kiffy Razak selaku Editor Pengurusan Majalah Nona amat teruja dengan penerimaan dan sambutan daripada penerima-penerima anugerah yang ingin berkongsi kejayaan mereka seterusnya menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain.
“Sebelum kami hadir dengan Nona Superwoman Award 2018, kami pernah mengajurkan acara seumpama ini seperti Nona 3 Dekad, 60 Wanita Inspirasi Nona dan Temasya Nona Wedding Trend.

"Namun, pengajuran acara sebelum ini adalah pada skala yang kecil. Tahun ini, kami tampil dengan lebih gah dan lebih berprestij. Para penerima juga terdiri daripada wanita yang terbukti banyak memberikan inspirasi dan kekuatan kepada wanita di luar sana untuk terus maju kehadapan dalam dunia yang semakin mencabar ini," katanya.

Pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini juga, Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Ella dan Syamel turut membuat persembahan istimewa bagi meraikan wanita-wanita contoh ini.
Turut hadir bagi meraikan penerima-penerima anugerah ini ialah dua orang menteri wanita kerajaan Malaysia, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun.

Selain meraikan para penerima anugerah ini, majalah Nona juga turut menghargai para pengikut setia mereka melalui penganjuran peraduan #mySuperwoman di Instagram dengan berkongsi kisah Superwoman dalam hidup mereka.
Pengikut setia majalah Nona berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik beserta wang tunai melalui peraduan ini.

Maklumat lanjut, boleh terus ke Instagram majalah Nona di https://www.instagram.com/majalahnona .

Penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini turut mendapat sokongan daripada jenama perbankan , Affin Bank Berhad selaku penaja utama. Selain itu, malam anugerah ini juga turut dikilaukan oleh Swarovski dan diserikan oleh Max Factor X selaku penaja bersama.
Malam Nona Superwoman Award 2018 ini juga turut dibawakan secara langsung melalui Facebook LIVE Majalah Nona, Mingguan Wanita dan Media Hiburan.

Bagi mengikuti kisah inspirasi para penerima anugerah dan menonton video meraka, kunjungi laman web www.nona.my/nonasuperwoman, Facebook [MajalahNona] dan Instagram [MajalahNona].

Sinar Harian Online

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular