Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 29 Julai 2017

'Kereta Ferrari itu milik saya'

'Kereta Ferrari itu milik saya'
Gambar seorang pemuda dikatakan pemilik kereta Ferrari yang mencuci tandas masjid.
    GAMBAR seorang pemilik kereta Ferrari dikatakan bersikap zuhud dengan mencuci tandas masjid di Subang Jaya, setiap pagi selepas solat duha, yang tersebar sejak petang kelmarin, mengundang pelbagai reaksi netizen.

    Gambar tersebut memaparkan seorang lelaki sedang tunduk mencuci dinding tempat wuduk tanpa wajahnya dapat dilihat dengan jelas.

    Gambar disebar oleh seorang pengguna akaun laman sosial itu menyatakan, pemuda berkenaan berpakaian ringkas dan dikatakan akan menukar baju kemeja untuk ke tempat kerja selepas selesai kerja mencuci di masjid berkenaan.

    Pemuda itu dikatakan akan memakai kasut dan berjalan ke kereta merah berlambang kuda hitam, berbumbung separas pinggang.

    Rata-rata netizen mengakui kagum dengan kerja kebajikan pemuda yang dikatakan boleh menghilangkan sifat takbur, riak dan sombong itu.

    Malah tidak kurang juga netizen wanita yang ingin bertemu jodoh dengan lelaki itu.
    Selepas sehari gambar itu tular, Norman KRU dipetik MStar berkata, kereta Ferrari itu miliknya berdasarkan nombor pendaftaran.

    Norman atau nama sebenarnya, Norman Abdul Halim berkata,  individu dalam gambar yang tular bukan dirinya.

    Jelasnya, gambar keretanya tersebar adalah perkara biasa, namun yang luar biasa  jika  dia mencuci masjid di Subang Jaya kerana jauh dari rumahnya di Cyberjaya.

    Mengenai nombor pendaftaran keretanya tersebar, Norman mengakui agak sukar menyembunyikannya.

    Susulan itu, netizen yang melakukan ‘siasatan’ dan mengetahui status kereta itu mengecam pentadbir laman grup media sosial tersebut.

    Sinar Harian dimaklumkan jawatankuasa masjid di SS15 bahawa gambar yang tular bukan masjid tersebut.
     
    Sinar Harian Online

    Khamis, 27 Julai 2017

    Walaupun dikutuk, video Dr Vida 2 juta kali ditonton

    Walaupun dikutuk, video Dr Vida 2 juta kali ditonton

      SEJAK lagu I Am Me dilancarkan seminggu lalu, ia terus mendapat perhatian ramai.
      Terkini, lagu nyanyian Datuk Seri Vida itu sudah ditonton lebih dua juta pelayar.

      Datuk Seri Vida menerusi Instagramnya berterima kasih dan menghargai sokongan terhadap lagu nyanyiannya itu.

      “Terima kasih atas sokongan sayang-sayang.

      “Siapa yang dok kutuk-kutuk fasal lagu ni, saya kirim salam Miewwww... Aummm..,” katanya.

      Lagu tersebut kini terus trending biarpun sudah 11 hari dilancarkan.
      Lagu I Am Me adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim dan lirik ditulis sendiri Datuk Seri Vida.

      Manakala video klipnya mendapat sentuhan Yusry Abdul Halim.
      Tidak hanya itu, lagu I Am Me turut menjadi perhatian ramai apabila diparodikan dengan pelbagai gaya dan cara.  

      Sinar Harian Online

      Selasa, 25 Julai 2017

      Ada duit semua boleh jadi

      Datuk Seri Vida
      Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman.
        KETIKA ini hangat diperkatakan mengenai pengasas produk kecantikan dan kesihatan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46.
        Bukan kerana produknya, bukan kerana kisah peribadinya yang setelah kembali solo tetapi tentang kemunculannya dengan single pertama.
        Ya, lagu I Am Me dendangan Vida nampaknya berjaya menarik perhatian ramai.

        Lagunya, liriknya, iramanya yang mudah dan catchy itu membuatkan ia menjadi tular.
        Dinyanyikan pula Vida dengan gayanya yang tersendiri membuatkan tidak mustahil jika lagu ini bakal popular di serata dunia tidak lama lagi.
        Seperti lagu Pen Pineapple Apple Pen, mungkin konsepnya adalah seperti lagu ini. Ringkas dan mencuit hati.   

        Lebih menariknya selepas itu dikhabarkan pula rakan-rakan pengasas kecantikan lain yang seangkatan dengannya seperti Datuk Aliff Syukri dan Sajat juga mahu merakamkan lagu.
        Namun setakat ini belum lagi kedengaran lagu Aliff Syukri dan Sajat. Mungkin sedang mencari lagu yang hebat dan memasang strategi terbaik.

        Maklumlah ahli perniagaan pastinya mereka terlebih dahulu berbincang dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan.

        Selain Vida, Aliff dan Sajat, ada ramai lagi pengasas yang glamor dan rajin menaja program-program TV. Mungkinkah mereka juga akan mengikuti langkah Vida ini merakamkan lagu.
        Itulah persoalan yang bermain di fikiran Gempal ketika ini. Adakah ia akan menjadi trend terkini?
        Gempal tidak ada masalah jika selepas ini ramai lagi jutawan yang mahu menjadi penyanyi. Menarik juga sebenarnya kan?

        Benarlah kata-kata orang, ada duit semua boleh jadi. Namun sebenarnya keberanian itu lebih utama. Ada duit tapi tak berani seperti Vida pun tak guna juga. Respek Vida. 

        Cuma jika benarlah ini trend terkini, nak kata salah pun tidak, nak kata bagus untuk industri pun belum boleh dibuat pengukuran selagi belum ada percubaan.

        Namun daripada tular untuk publisiti memang sudah terbukti strategi yang tip top, dari segi untuk memeriahkan industri juga sudah pasti kerana sudah jelas nampak kepelbagaian. Pun begitu, cuma jika diukur dari segi kualiti, itu yang Gempal renungkan sambil termenung dan menggaru kepala yang tidak gatal.   

        Tidak salah jika untuk semua jutawan atau sesiapa sahaja untuk merakamkan single dan seterusnya boleh declare diri masing-masing adalah penyanyi, tetapi kualiti harus diutamakan. Jika tidak di tahap yang tertinggi pun sekurang-kurangnya bukanlah di tahap yang orang biasa pun boleh pertikaikan.

        Gempal faham, selera manusia berbeza. Kadang kala kita rasakan lagu itu boleh hit kerana melodinya, liriknya, cukup terkesan di lubuk hati, namun ia tidak berapa menjadi. Ada juga lagu-lagu yang kita rasakan sekadar bolehlah dan dianggap cukup mudah tapi lagu itu yang menjadi siulan serta mungkin juga juara carta-carta lagu popular.  

        Jadi kesimpulannya, kita sendiri yang mencorakkan industri hiburan negara kita. Kerana industri hiburan adalah suatu perniagaan maka jika kualiti tahap kelas pertama yang anda inginkan, maka kualiti sekurang-kurangnya kualiti kelas kedua yang anda akan dapat.  
        Jika kita tidak kisah tentang kualiti dan mahukan hiburan semata-mata, maka itulah yang akan kita peroleh untuk industri hiburan negara kita. Justeru, jangan tanya jika kenapa lagu di seberang sana lebih popular, menusuk jiwa, dan sebagainya.  

        Segala-galanya adalah kita. Tepuk tanya tanya selera.

        Sinar Harian Online

        Jumaat, 21 Julai 2017

        4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

        Buat Duit Dengan Blog

        Cara Buat Duit Dengan Blog

        1. Jana Pendapatan Melalui Affiliate

        Apa itu Affiliate? Ia adalah salah satu perniagaan internet yang boleh memberikan anda pendapatan hasil daripada promosi yang anda lakukan terhadap sesuatu produk.

        Ia juga merupakan salah satu sumber pendapatan jutawan internet yang ada sekarang.

        Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com, Clickbank.com dan lain-lain yang sememangnya terkenal di kalangan kita.

        Namun,untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana ia dapat membantu anda untuk mempromosikan sesuatu produk nanti.

        2.Jana Pendapatan Dengan Produk Sendiri

        Apa kata kali ini,anda buat duit dengan blog dengan menggunakan produk sendiri. Contoh produk anda sendiri adalah seperti E-book.

        Teknik E-book tidak memerlukan kos yang besar untuk bermula dan kadangkala anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun modal untuk anda bermula.

        Anda boleh mempromosikan produk anda di blog, forum dan Facebook. Anda akan mendapat kepuasan sekiranya E-book anda sentiasa mendapat permintaan dan membantu ramai orang.

        Paling menyeronokkan anda dapat menjana pendapatan yang banyak.

        3. Jana Pendapatan Melalui Penulisan Blog

        Sekiranya anda memang mempunyai kemahiran menulis ataupun gemar menulis, maka kongsikan bakat penulisan anda di blog. Potensi blog amat besar dan mampu bertahan pada masa hadapan.

        Oleh itu,cungkilkan bakat menulis anda kerana apabila blog anda telah mendapat ramai pelawat, anda bolehlah buat duit dengan blog anda sama ada dengan menjual slot iklan, atau melalui Google Adsense dan sebagainya.

        Namun, anda diingatkan agar memberikan komitmen masa dan tenaga jika mahu buat duit melalui penulisan blog.

        4. Jana pendapatan melalui membina blog dan ‘monitize’

        Monetize adalah teknik di mana bloggers hanya perlu membina blog dan memasangkan kod iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tempatan dan luar negara.

        Kemudian iklan-iklan tersebut akan terpapar di blog berdasarkan bidaan tertinggi dari pengiklan-pengiklan.

        Terdapat pelbagai pengiklanan yang terkenal seperti Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan sebagainya. Tetapi pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda.

        Punca Gagal Buat Duit Dengan Blog

        1. Mudah Berputus Asa

        Terdapat sesetengah orang yang baru bermula menceburi bidang ‘blogging’ ini,tetapi telah mengundur diri lebih awal kononnya dengan alasan tiada kemahiran untuk menulis atau membina blog yang baik.

        Sebenarnya untuk berjaya,anda perlulah melalui pelbagai halangan dan dugaan untuk diatasi. Jika anda tidak tahu melakukan sesuatu perkara, anda bolehlah mendapatkan bantuan daripada yang pakar dalam bidang tersebut. Jangan malu untuk mencuba dan bertanya.

        2. Mahu Cara Yang Cepat Dan Mudah Untuk Berjaya

        Sebenarnya untuk buat duit dengan blog ini,anda perlu sabar menunggu hasilnya kerana bukan mudah untuk menjana pendapatan melalui blog ini.

        Kadang-kadang anda memerlukan masa berbulan-bulan untuk menjana pendapatan. Oleh itu,jangan cepat berfikir mudah dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh.

        3. Tiada Perancangan

        Ramai orang yang mahu buat duit dengan blog tanpa mempunyai pelan yang betul dan sistematik. Mereka mempunyai banyak idea yang hendak dilaksanakan, tetapi tiada sistem yang akan mereka ikuti.

        Apabila melakukan banyak pekerjaan pada satu masa yang sama,maka potensi kerja-kerja itu akan terbengkalai begitu sahaja adalah tinggi.

        Oleh itu,pastikan anda mempunyai matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

        4. Kesilapan Memilih Produk Affiliate

        Salah satu sebab anda tidak berjaya buat duit dengan blog adalah kerana anda memilih produk affiliate yang betul untuk blog anda.

        Contohnya jika blog anda adalah sebuah blog bercerita tentang gadjet,maka pilihnya produk yang berkaitan dengan gadjet. Jangan salah pilih produk affiliate yang tidak ada kaitan dengan produk anda.

        Kesimpulan

        Menjana pendapatan melalui blog sememangnya sangat menyeronokkan,tetapi komitmen dan komited perlulah seiring sekiranya ingin berjaya.
        Kredit : http://www.sentiasapanas.com

        Rabu, 19 Julai 2017

        Teruja beli Saga Aeroback RM280

        Teruja beli Saga Aeroback RM280
        Ia bersama Proton Saga Aeroback yang dibelinya.
          SEORANG blogger automatif dari Britain telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback dengan harga 50 pound atau RM280, baru-baru ini.
          Menurut laporan Malaysian Digest, Ian Seabrook mengatakan kereta tersebut sudah mempunyai banyak bahagian yang tidak berfungsi.
          Kata Ian, beliau tidak sabar menjalankan operasi membaik pulih (restoration) kepada kereta berkenaan.

          "Kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik. Saya suka akan bentuknya," katanya melalui saluran Youtube beliau, 'Hub Nut'.

          Menurut Ian lagi, kereta tersebut adalah kereta Malaysia kedua yang dibelinya.
          Pada 2016, Ian telah membeli Perodua Kancil dan telah memuat naik video 'review' mengenai kenderaan tersebut di saluran Youtubenya.

          Sinar Harian

          \

          Selasa, 11 Julai 2017

          Selamat hari lahir Tun Mahathir!

          Selamat hari lahir Tun Mahathir!
          Gambar yang dikongsikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempena ulang tahun kelahiran bapanya.
            BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini dihujani dengan ucapan selamat dan tahniah sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-92 tahun.
            Anakandanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam catatannya di Facebook meminta agar Mahathir "diberi kesihatan yang baik untuk terus berjuang demi rakyat dan negara."

            Ucapan selamat hari lahir turut disampaikan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman mikro Twitter miliknya.
            "Saya harap supaya saya akan menjadi sekuat Tun apabila berumur 92 tahun kelak, eh, maksud saya 29 tahun," katanya.

            Selain itu, kolumnis, A Kadir Jasin turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Mahathir dan mendoakan perjuangan beliau.
            "Hari ini, 10 Julai 2017 adalah hari lahir Tun Dr Mahathir yang ke-92. Moga-moga ALLAH terus memberkatimu dan mengizinkan perjuanganmu.
            "Doa kita agar Tun terus diberikan masa dan daya untuk berbakti kepada negara dan menjadi ilham kepada kita. InsyaALLAH," katanya pula.

            Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Bersatu lahir pada 10 Julai 1925 dan pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 selama 22 tahun.  
            Sempena hari yang cukup bermakna kepada bekas Perdana Menteri ini, orang ramai turut memberikan ucapan mereka menerusi laman Facebook mendoakan kesihatan Mahathir.
            Pengguna Facebook, Abdul Shukor Mohd Said mendoakan agar kesihatan Mahathir terjaga dan dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia.

            "Ya ALLAH SWT, peliharalah kesihatan ayahanda Tun M baik-baik semoga dapat kembalikan kegemilangan Malaysia," tulisnya.

            Perkara tersebut disokong oleh pengguna Facebook, Sujiati Yati.
            "Sayang ayah Tun M semoga sihat dan sentiasa dirahmati ALLAH SWT," tulisnya pula.

            Sinar Online

            Sabtu, 8 Julai 2017

            Spider-Man: Homecoming berbaloi ditonton

            Spider-Man: Homecoming berbaloi ditonton

              TERUS terang, selepas kemunculan Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War tahun lalu, penulis rasa begitu teruja untuk menantikan filem terbaru Spider-Man.
              Bagi mereka yang menonton filem Captain America sehingga habis, mereka juga pasti merasakan keterujaan sama.

              Apatah lagi mengetahui dari awal Spider-Man dan Tony Stark @ Iron Man akan bergabung, lagilah timbul keterujaan untuk menantikan filem ini.
              Dan penantian itu berbaloi selepas menyaksikan tayangan filem Spider-man: Homecoming baru-baru ini.

              Filem arahan Jon Watts dan dijayakan oleh pelakon muda, Tom Holland bersama Marisa Tomei, Zenday, Robert Downey Jr. dan Michael Keaton ini merupakan filem versi baru Spider-Man.
              Apa yang pasti, filem ini akan membuatkan kita seolah-olah menonton filem aksi Spider-Man buat pertama kali di layar perak.

              Biarpun inti patinya masih sama seperti kisah awal Spider Man sebelum ini iaitu kisah budak dengan super power, terperangkap antara fasa remajanya dan tanggungjawab sebagai friendly neighbourhood hero, tetapi olahan yang dimainkan oleh penulis skrip dan Watts sendiri menjadikan filem ini lebih segar.

              Tiada lagi cerita bagaimana Parker menjadi Spider-Man, tiada lagi crush bernama MJ, tiada lagi cerita Parker menjahit sendiri sutnya dan tiada lagi kisah Parker yang berusaha jadi hero atau kisah kesedihan Aunty Mary.
              Tetapi mereka ada banyak babak yang lebih ikonik untuk diingati dan teknologi sut labah-labah yang awesome dan lebih up to date sehinggakan Peter Parker @ Spider-Man sendiri keliru.
              Lucunya sut itu sendiri mempunyai 'teman wanita' yang setia menemani Parker setiap kali dia mengenakan sut tersebut.
              Bukan setakat jalan cerita dan sut yang menarik, lakonan Holland juga wajar diberi pujian kerana dia berjaya membawakan watak Peter Parker / Spider-Man tanpa dibayangi Tobey Maguire.
              Bahkan ada sahaja aksinya yang mencuit hati, lebih-lebih lagi apabila dia bergandingan dengan Downey Jr.

              Manakala watak Villian, Vulture lakonan Keaton pula juga terbaik, pendek kata sukar untuk mencari kekurangan filem ini kerana semuanya seperti tersusun dengan baik.
              Cuma janganlah harapkan babak pertarungan seperti filem Avengers. Belum sampai ke tahap itu lagi tapi bagi penulis, Spider-Man: Homecoming adalah filem terbaik Spider-Man yang pernah dihasilkan.

              Apa yang pasti ia filem yang berbaloi untuk ditonton dan pastikan anda terus duduk dan tunggu sehingga sampai end credit!

              Sinar Harian Online

              Jumaat, 7 Julai 2017

              Tip kemudi bahtera perkahwinan

              Tip kemudi bahtera perkahwinan


                APABILA tiba musim cuti sekolah dan perayaan, ramailah yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin kerana percaya ramai punya kelapangan berkunjung bagi memeriahkan hari bersejarah pasangan mempelai. Memang hasrat ini amat baik kerana Islam juga menggalakkan kita meraikan pasangan-pasangan berkahwin, malah menjadi syiar Islam mengumumkan sesuatu perkahwinan itu.

                Dalam sesuatu majlis perkahwinan, perlulah kita membezakan antara adat dan ibadat. Daripada kaca mata Islam upacara akad nikah sebenarnya lebih penting daripada kenduri itu sendiri kerana saat menjadi suami isteri adalah tatkala lafaz ijab dan kabul sempurna. Di situlah bermulanya layar bahtera perkahwinan suami isteri tersebut dan keluarga ini perlu diacukan mengikut acuan yang telah ditetapkan hukum syarak. Berapa ramaikah pasangan pengantin baharu dan ahli keluarga yang menghantar pengantin itu memberi tumpuan kepada khutbah nikah disampaikan jurunikah? Sebenarnya inti pati khutbah nikah itu amat bermakna bagi dijadikan teladan dan sempadan dalam setiap perkahwinan.

                Walaupun kenduri majlis perkahwinan itu dituntut dalam Islam namun apalah guna jika wang dihabiskan untuk majlis di tempat-tempat mewah sedangkan hendak memulakan kehidupan seharian kelak, raja sehari ini terpaksa meminjam dan meminta-minta daripada orang lain. Ia sebenarnya membawa implikasi besar kerana tanggungjawab menyara keluarga pada ketika itu adalah di bahu si suami sepenuhnya.

                Di samping itu, penulis mengambil kesempatan di ruangan ini untuk menasihati pasangan pengantin baharu memperdalami ilmu agama, tanggungjawab dan peranan masing-masing. Kerukunan rumah tangga hendaklah sentiasa disemai dan dibajai agar ia mekar dan mencapai matlamat rumah tangga yang sebenar iaitu ‘mawaddah wa rahmah’ (kasih dan sayang). Memanglah tidak dinafikan sesebuah rumah tangga itu pasti akan diuji. Anggaplah ujian itu sebagai pemangkin menambah kasih sayang antara suami isteri.

                Adalah amat penting juga diingatkan kepada pengantin-pengantin baharu bahawa perceraian bukanlah suatu permainan. Sepertimana pernikahan, perceraian membawa implikasi amat besar kepada pasangan dan keluarga. Malah perceraian adalah perkara halal yang amat dibenci ALLAH SWT, apatah lagi sekiranya dilafazkan berkali-kali yang mungkin membawa kepada perceraian tidak boleh dirujuk lagi.

                Perkara yang sering dilupakan pasangan pengantin baharu ialah belajar ilmu agama walaupun sepatutnya tatkala bergelar suami atau isteri persoalan ini tidak perlu diungkit lagi. Namun bagi peringatan kita yang sering lupa, suami wajib mengajar sekurang-kurangnya ilmu fardu ain kepada isterinya. Jika suami itu tidak mampu mengajar isterinya maka hendaklah si suami mencari pengajar-pengajar agama bagi mengajar isteri. Juga amat baik sekiranya si suami juga meluangkan masa sama-sama mendalami ilmu agama itu kerana sekiranya terdapat sebarang masalah dalam keluarga suami isteri ini boleh kembali kepada agama bagi mencari formula penyelesaiannya. Ini dapat mengurangkan risiko perceraian.

                Bagi orang Islam di Malaysia, terdapat undang-undang khusus berhubung perkahwinan dan perceraian dinamakan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang digubal bagi memelihara hak-hak sebagaimana dianjurkan agama Islam. Amatlah penting bagi suami isteri mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai suami atau isteri menurut undang-undang yang berkuat kuasa. Undang-undang ini mengawal peraturan dan tatacara sebelum perkahwinan, semasa dalam tempoh perkahwinan dan juga selepas perkahwinan dibubarkan.

                Ketahuilah hak masing-masing agar apabila sesuatu buruk berlaku kelak, mudah bagi kita merujuk jalan penyelesaiannya ataupun sekurang-kurangnya sudah bersedia menghadapinya. Sudah tentu kursus-kursus perkahwinan yang diadakan beberapa hari terlalu singkat untuk mendedahkan perkara sebenarnya kepada pasangan pengantin. Kursus-kursus ini sebenarnya hanya memberi lontaran idea dan gambaran kasar alam perkahwinan kelak secara teori. Ia tidak mencukupi bagi mengeratkan simpulan ikatan pernikahan antara kedua pasangan.

                Apa pun keadaannya, terpulanglah kepada kedua pasangan bagaimana mencorakkan rumah tangga mereka ini. Tanyalah diri masing-masing, rancanglah perbelanjaan dan pendidikan bagi diri dan keluarga. Sentiasalah berbincang antara satu sama lain. Hormatilah pasangan masing-masing. Semakin hari tanggungjawab dipikul itu semakin berat dan sekiranya kita tidak mendekatkan diri kepada ALLAH, sudah pasti ALLAH tidak akan membantu kita meringankan beban tersebut.

                Sinar Harian Online

                Khamis, 6 Julai 2017

                Jual tudung guna mesin layan diri

                Jual tudung guna mesin layan diri
                Roszie menunjukkan mesin layan diri tudung jenama Querenda.
                  INITIATE Global Resources Sdn Bhd (Initiate Global), pengeluar fesyen wanita jenama Querenda memperluaskan rangkaian perniagaan dengan memperkenalkan konsep jualan baharu menggunakan mesin layan diri (vending machine) dikenali Querenda Hijab On The Go bagi menjual tudung keluarannya.

                  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roszie Amir berkata, idea itu tercetus selepas melakukan kajian permintaan pasaran ekoran masalah kekurangan kakitangan sering dihadapi pengusaha tudung.
                  “Mesin layan diri Querenda Hijab On The Go pertama dikeluar awal tahun ini dan kami tempatkan di pusat  beli-belah The Mines, Seri Kembangan, Selangor sebagai projek rintis kami.

                  “Kami pilih lokasi itu kerana strategik, berdekatan pejabat dan universiti untuk ujian pasaran. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan sehingga ia tular di media sosial,” katanya.
                  Roszie berkata, mesin layan diri yang menggunakan teknologi Jepun itu dilengkapi TV LCD yang memaparkan tutorial menggayakan tudung jenama Querenda.

                  “Satu mesin ini mampu memuatkan 150 helai tudung pelbagai koleksi dan warna. Biasanya kami hanya letak dua koleksi tudung sahaja dan pelbagai pilihan warna, yang sesuai dengan sasaran pelanggan di suatu lokasi tersebut. Tudung Querenda didatangkan dalam kotak khas yang sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah.
                  “Pembeli mempunyai pilihan kaedah pembayaran, sama ada secara tunai, debit, kredit dan Touch ‘n Go,” katanya.

                  Beliau berkata, mesin Querenda Hijab On The Go memudahkan peniaga kerana tidak perlu menunggu di tempat tersebut untuk menjual.

                  “Mereka hanya perlu tambah stok tudung Querenda sahaja bagi memastikan ia mencukupi .
                  “Konsep perniagaan ini hampir sama dengan perniagaan atas talian. Pelanggan tidak tahu warna sebenar tudung disebabkan teknik gambar dan pencahayaan digunakan. Cuma bezanya, mereka tidak perlu lalui proses yang lama untuk dapatkan tudung ini,” katanya.
                  Menurutnya, Initiate Global Resources menyasarkan sebanyak 20 vendor akan menggunakan mesin layan diri itu, pada tahun ini.

                  “Bagi mereka yang berminat berniaga, kami tawarkan pakej pra francaisi pada harga RM36,000, termasuk produk dan boleh menggunakan jenama Querenda.
                  “Jika ada peniaga tudung berminat menggunakan mesin layan diri, kami boleh bekalkan kepada mereka,” katanya.

                  Selepas raya, Roszie berkata, Querenda bakal tampil dengan koleksi tudung bawal printed dan selendang eksklusif.

                  Pada masa ini, Querenda mengeluarkan selendang panjang (long shawl), instant shawl dan semi shawl, selain pakaian kerja sofistikated.

                  Sinar Harian

                  Rabu, 5 Julai 2017

                  Televisyen RM2.5 Juta

                  Televisyen RM2.5 Juta

                  SEPERTI telefon bimbit, saiz skrin televisyen juga semakin besar. Malah rata-ratanya hadir dengan saiz 40 inci ke atas.

                  Terdapat juga televisyen dengan skrin paling besar, C Seed 262. Televisyen LED ini mempunyai skrin sebesar 262 inci yang menjadikannya televisyen 4K terbesar di dunia setakat ini.

                  C Seed ialah syarikat yang berpangkalan di Swizerland dan menghasilkan televisyen untuk golongan elit. Apabila tidak digunakan, C Seed 262 mempunyai penutup kanvas bermotor yang mengubahnya untuk kelihatan seperti bingkai lukisan klasik. Terdapat 10 pembesar suara dan juga pemain media 4K terbina.

                  Televisyen ini dijual pada harga RM2.34 Juta dan kos pemasangan mencecah sehingga RM215,000).

                  Sinar Harian

                  Selasa, 4 Julai 2017

                  Juruteknik beli rumah setiap 6 bulan

                  Juruteknik beli rumah setiap 6 bulan
                  Mohd Hafiz Sak Rani
                    MOHD Hafiz Sak Rani bukanlah seorang yang memiliki kewangan yang baik pada awalnya.
                    Dia pernah berdepan dengan masalah kewangan yang teruk sehingga pernah disenaraihitamkan pada 2009 akibat penggunaan melebihi had bagi kad kredit dan pinjaman peribadi.

                    Dia mengakui lalai ketika usia mudanya dengan keseronokan tanpa memikirkan kesan buruk pada masa akan datang.

                    "Semuanya bermula apabila saya ditawarkan oleh juru jual kad kredit di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, ketika itu saya masih bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang elektronik dengan gaji RM1,900 sebulan.

                    "Tanpa berfikir panjang, akhirnya saya menerima tawaran itu sehingga saya memiliki tiga kad kredit dan satu pinjaman peribadi," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
                    Menurutnya, keseronokan memiliki kad kredit menyebabkan saya berbelanja dengan boros bagi membeli telefon mudah alih yang terkini, membeli-belah dan juga melancong, tanpa memikirkan hutang yang perlu ditanggung kelak.

                    Rentetan itu, Mohd Hafiz akhirnya menanggung hutang sebanyak RM21,000 bagi kad kredit dan pinjaman peribadi sehingga dia tidak mampu membayar semula.
                    Mohd Hafiz yang ketika itu baru sahaja menerima tawaran kerja sebagai juruteknik di Telekom Malaysia (TM) pada 2010 berkata, dia tidak mampu membayar kesemua hutang itu kerana gaji yang ditawarkan rendah.

                    "Gaji tidak cukup untuk tampung hutang-hutang itu, pada masa sama terpaksa mengumpul duit untuk berkahwin.
                    "Barulah ketika itu saya menyesal tentang kesilapan saya," kata anak kelahiran Sungai Besar, Selangor.

                    Dalam situasi itu, Mohd Hafiz secara kebetulan terbaca satu blog tentang hartanah iaitu bloq abang ensem.

                    Dia tertarik tentang pelaburan hartanah dan sejak itu mula mengumpul pengetahuan dengan menghadiri kelas hartanah dan menerusi pembacaan.

                    Bagaimanapun, untuk memulakan pelaburan itu, Mohd Hafiz menyedari dia perlu menyelesaikan hutang-hutangnya terlebih dahulu.

                    Berkat kegigihannya, dia berjaya menyelesaikan kesemua hutangnya dalam tempoh tiga tahun dan memulakan pembelian rumah pertamanya, iaitu rumah baharu pada 2014 di Kundang, Sungai Buloh.

                    Selang enam bulan, Mohd Hafiz berjaya membeli sebuah rumah baharu sama ada rumah subsale mahupun rumah lelong.

                    Sehingga kini, Mohd Hafiz memiliki enam rumah, yang mana satu daripada yang masih di dalam pembinaan, sebuah rumah lagi diduduki bersama keluarga dan empat disewakan," katanya.

                    "Walaupun telah habis membayar kesemua hutang itu, tetapi saya akui sedikit fobia dengan kad kredit.

                    "Sebut sahaja kad kredit rasa takut, sebab itu sehingga kini saya tidak memiliki satu pun kad kredit," katanya.

                    Sinar Harian Online

                    Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

                    Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

                    Catatan Paling Popular