SEPERTI telefon bimbit, saiz skrin televisyen juga semakin besar. Malah rata-ratanya hadir dengan saiz 40 inci ke atas.

Terdapat juga televisyen dengan skrin paling besar, C Seed 262. Televisyen LED ini mempunyai skrin sebesar 262 inci yang menjadikannya televisyen 4K terbesar di dunia setakat ini.

C Seed ialah syarikat yang berpangkalan di Swizerland dan menghasilkan televisyen untuk golongan elit. Apabila tidak digunakan, C Seed 262 mempunyai penutup kanvas bermotor yang mengubahnya untuk kelihatan seperti bingkai lukisan klasik. Terdapat 10 pembesar suara dan juga pemain media 4K terbina.

Televisyen ini dijual pada harga RM2.34 Juta dan kos pemasangan mencecah sehingga RM215,000).

Sinar Harian