Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 31 Mac 2016

Langgar peraturan: 6 syarikat telekomunikasi dikompaun

 Jailani Johari

KUALA LUMPUR - Enam syarikat telekomunikasi termasuk tiga syarikat utama telah dikenakan kompaun oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kesalahan berkaitan kualiti perkhidmatan jalur lebar bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, kesalahan itu melibatkan kegagalan syarikat telekomunikasi mematuhi Standard Mandatori seperti perkhidmatan jalur lebar tidak pantas.

"Tahun lepas kita keluarkan 15 kompaun," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Katanya semua syarikat telekomunikasi seharusnya mematuhi kualiti perkhidmatan yang ditetapkan, sekaligus memberikan perkhidmatan jalur lebar yang baik dan memuaskan kepada rakyat
Jailani menjelaskan sejumlah tujuh Standard Mandatori bagi kualiti perkhidmatan telah didaftarkan antara 2003 hingga 2016 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 termasuk Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar Berwayar dan Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar Tanpa Wayar.

Katanya, ketidakpatuhan kepada Standard Mandatori bagi kualiti perkhidmatan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 105(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Sementara itu, Jailani berkata setakat tahun ini kadar penebusan jalur lebar bagi isi rumah seluruh negara telah mencapai 72.5 peratus berbanding 50 peratus pada 2010.

Antara inisiatif KKMM di bawah Pelan Jalur Lebar Negara ialah membina 657 Pusat Internet 1Malaysia, membina 2,977 WiFi Komuniti, membina 1,000 menara telekomunikasi, menaik taraf 1,711 lokasi bawah projek Liputan Jalur Lebar Mudah Alih dan menyediakan 3,216 port jalur lebar luar bandar, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan juga menghadapi banyak cabaran dalam melaksanakan inisiatif itu seperti mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dalam hal tapak untuk membina menara telekomunikasi.

"Selain itu, turut berdepan masalah kecurian kabel yang agak serius dan pemain industri kerugian puluhan juta ringgit akibat masalah ini," katanya. - Bernama

Rabu, 30 Mac 2016

iPhone SE lebih memori

iPhone SE

BERITA baik bagi yang ingin mendapatkan iPhone SE, peranti ini dibekalkan dengan memori 2GB RAM LPDDR4, sama seperti yang terdapat pada iPhone 6s.

Menariknya, cip pemprosesan Apple A9 pada iPhone SE tidak didownclock sekaligus membawakan markah yang sedikit tinggi berbanding iPhone 6s. Ini berikutan penggunaan paparan dengan resolusi sedikit rendah pada iPhone SE.

iPhone SE yang diumumkan telah dijana dengan cip pemprosesan Apple A9 + M9 dengan “Hey Siri” secara aktif, memori 2GB RAM LPDDR4, kamera 12MP dengan rakaman 4K, Touch ID, dan NFC untuk pembayaran Apple Pay.

Ia bakal memasuki pasaran Malaysia sekitar April-Mei ini dengan harga bermula ~RM1699 untuk versi 16GB dan ~RM2199 untuk versi 64GB.

Sinar Harian Online

Ahad, 27 Mac 2016

400,000 rakyat Malaysia masih menganggur

400,000 rakyat Malaysia masih menganggur

SERDANG – Kira-kira 400,000 rakyat di negara ini masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang  pekerjaan.

Jumlah itu direkodkan berdasarkan mereka yang mendaftar di  laman portal Jobs Malaysia.
Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Jeffrey Joakim berkata, bagaimanapun pihaknya akan mengusahakan bagi menempatkan sebahagian daripada mereka yang tidak bekerja di mana-mana industri yang menawarkan kerja kosong.

“Kadar pengangguran di negara ini adalah sebanyak 3.2 peratus, jumlahnya masih stabil dengan pertambahan peluang pekerjaan yang belum di sini," katanya.

Mohd Jeffrey berkata, cabaran wujud sama ada  warga tempatan sanggup atau tidak menerima tawaran pekerjaan yang ditawar majikan.

Beliau dalam pada itu menggesa pihak majikan memberi tawaran gaji lebih baik supaya dapat menarik minat kepada mereka yang masih mencari  kerja.

Gaji minimum ditetapkan undang-undang RM900 sebulan namun katanya, majikan seboleh-bolehnya digesa menawarkan gaji lebih tinggi daripada jumlah itu.
“Kalau majikan dapat berkorban sedikit dari segi tawaran gaji, saya rasa lebih ramai warga tempatan yang minat mohon pekerjaan ditawarkan.

“Bagilah gaji lebih sikit, tawarkan juga terma-terma perkhidmatan yang menarik, ini semua perlu ada pengorbanan daripada majikan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya 2016 yang dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung, hari ini.

Program anjuran Jabatan Tenaga Kerja Selangor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Umum dan Masyarakat Penyayang serta Maeps Management Sdn Bhd dirasmikan Pengerusi Maeps, Datuk Dr Mohamad Satim Diman.

Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 52 majikan dan 10 agensi yang turut terlibat dalam program diadakan di Maeps Serdang itu.

Sinar Harian Online

Jumaat, 25 Mac 2016

Page King Jason kena tutup dengan Facebook

king jason man toba

Sebentar tadi laman Facebook King Jason telah dipadam oleh Facebook lapor Suara Rakyat dan page baru beliau ialah King Jason Come Back

Laman Facebook King Jason yang terkenal sebagai pejuang pro-Pakatan Harapan dan segala macam pro-rakyat dimiliki oleh bekas blogger yang pernah ditahan polis bersama Papagomo kerana menyiarkan maklumat PRU13.

Selepas tidak aktif blogging beliau mewujudkan laman Facebook King Jason yang kali terakhir kami semak memiliki hampir 400 ribu followers dengan lebih 100 ribu ‘talking about this’ [TAT].

Manakala capaian pembacanya adalah lebih 3 juta seminggu.

Sebentar tadi juga kami dimaklumkan beliau kini membuka page baru tindakan sama seperti dilakukan Amran Fans apabila page beliau disekat lebih 3 kali oleh Facebook.

Berikut link ke page baru King Jason: King Jason Come Back

Kami percaya King Jason sama seperti Amran Fans yang disekat pada tahap 400k likers akan mendadak bertambah kepada 900K dan diharap bahan yang disiarkan pula lebih tepat, lawak dan sinikal juga kritis seperti biasa.

Pesanan kami ‘why so serious’ report sana sini bukan boleh kenyang pun politik apatah lagi bawa mati. 😛
king jason facebook

Kredit : http://malaysianreview.com

Bank Rakyat umum dividen 13 peratus

Bank Rakyat

BANK Rakyat, bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, mengumumkan dividen tunai sebanyak 13 peratus, berjumlah RM385 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015 berbanding 15 peratus pada 2014.

Bank tersebut mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.01 bilion berbanding RM2.19 bilion dicatatkan pada 2014.

Semasa mengumumkan keputusan kewangan bank itu, Pengerusi Bank Rakyat Jeneral Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Zainal berkata dividen tersebut diumumkan berdasarkan pengukuhan perolehan sebanyak RM6.43 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas berbanding RM6.06 bilion yang diraih pada 2014.

Dividen tersebut akan dibayar kepada ahlinya mulai esok.

"Dividen yang diumumkan bagi 2015 lebih rendah berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya, tetapi 13 peratus dianggap tinggi dengan keadaan ekonomi semasa.

"Namun, kami akan berusaha untuk meningkatkan pulangan dividen antara 13-16 peratus pada masa depan," kata Abdul Aziz kepada pemberita di sini hari ini.

Bank tersebut menyumbang dua peratus atau RM39.2 juta daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan satu peratus atau RM19.6 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

"Kami berharap jumlah sumbangan bagi 2015, yang berjumlah RM58.80 juta, akan membantu sektor koperasi di negara ini," katanya.

Abdul Aziz berkata baki pembiayaan kasar Bank Rakyat, tahun ke tahun, mencatatkan peningkatan sebanyak 3.8 peratus atau RM2.36 bilion kepada RM64.46 bilion walaupun langkah ketat oleh pihak berkuasa untuk menangani petumbuhan hutang isi rumah.

"Pembiayaan kasar pengguna turut meningkat sebanyak RM2.87 bilion kepada RM59.58 bilion berbanding RM56.71 bilion pada 2014," kata Abdul Aziz.

Jumlah deposit naik 3.6 peratus atau RM2.46 bilion kepada RM70.98 bilion berbanding RM68.52 bilion dicatatkan pada 2014.

Jumlah aset meningkat 3.5 peratus, tahun ke tahun, kepada RM92.40 bilion berbanding RM89.31 bilion dicatatkan pada 2014 sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Abdul Aziz menyifatkan prestasi bank itu sebagai cemerlang berdasarkan tahun yang mencabar berikutan kesan daripada perkembangan dalaman dan luaran.

"Bagaimanapun, kami terus mengekalkan kedudukan kami sebagai bank koperasi Islam terbesar di negara ini dan menerajui institusi kewangan Islam dari segi keuntungan," katanya. - Bernama

Khamis, 24 Mac 2016

Mas B-22 benam Filipina 4-1

  Mas B-22 benam Filipina 4-1

SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) Filipina nyata bukan saingan Skuad B-22 Kebangsaan apabila dibenam empat gol berbalas satu dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Bermain selaku tuan rumah, anak buah Frank Bernhardt nyata tidak mensia-siakan kesempatan diperoleh apabila dilihat melancarkan asakan bertali arus sejak tiupan wisel permulaan.

Nur Syamie Iszuan Amin yang bermain di bahagian sayap kanan cukup lincah dan rajin membuat larian mengelirukan ke dalam kotak penalti untuk melakukan umpanan berbahaya kepada rakan sepasukan.

Malaysia B-22 akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-18 menerusi rembatan leret Muhammad Arif Farhan Md Isa yang menewaskan penjaga gol lawan di bahagian near post sebelah kanan.

Berselang 11 minit kemudian, S Kumaahran meletakkan Malaysia B-22 lebih selesa di depan apabila mudah menolak masuk bola hantaran lintang Nur Syamie Iszuan Amin dari sebelah kanan.
Pasukan B-22 negara memiliki deretan peluang sepanjang perlawanan, namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang untuk mereka mencetak lebih banyak gol terhadap lawan.

N Thanabalan yang masuk menggantikan Nur Syamie Iszuan Amin, menambah jaringan untuk tuan rumah menerusi tandukan berpunca daripada sepakan percuma Mohammad Farhan Roslan pada minit ke-64.

Malaysia B-22 menambah derita pasukan pelawat apabila mencetak gol keempat, hasil sepakan penalti Mohammad Farhan Roslan yang cukup tenang melakukan tolakan ke sebelah kanan gawang untuk memperdaya penjaga gol.

Walaupun menguasai permainan, Filipina B-22 tetap berjaya memperoleh gol saguhati juga daripada sepakan penalti yang disempurnakan oleh John Christopher Kanayama tatkala masa sebenar berbaki lebih kurang 18 minit untuk ditamatkan.

Sinar Harian Online

Selasa, 22 Mac 2016

Hampir 1.2 juta permohonan BR1M tahun ini ditolak

 BR1M
KUALA LUMPUR - Hampir 1.2 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 (BR1M 2016) ditolak tahun ini atas beberapa faktor utama, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu faktor pemohon individu mempunyai pendapatan melebihi RM2,000 mencatatkan peratusan tertinggi permohonan ditolak iaitu 24 peratus diikuti 21 peratus pemohon isi rumah berpendapatan melebihi RM4,000.

"Faktor lain ialah 15 peratus pemohon disenarai sebagai penerima Baucar Buku 2016, sebanyak 10 peratus pemohon atau pasangan telah wujud sebagai pemohon atau pasangan permohonan lain (dublikasi), maklumat pasangan berbeza dengan data Jabatan Pendaftaran Negara dan memerlukan pengesahan (10 peratus).

"Selain itu, 20 peratus pula disebabkan lain-lain faktor," kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan berkata demikian, menjawab pertanyaan V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) yang meminta kementerian itu menyatakan apakah faktor lain selain pendapatan isi rumah yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan mendapat bantuan BR1M.

Beliau juga ingin tahu jumlah permohonan yang ditolak tahun ini serta pecahan berdasarkan faktor penolakan permohonan.

Menurut Kementerian Kewangan, pemohon yang gagal, diberi peluang membuat rayuan di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mengemukakan segala dokumen berkaitan mulai 15 Mac hingga 15 April ini.

"Perkara ini telah dinyatakan di dalam surat yang dihantar kepada pemohon yang gagal dan juga dimaklumkan menerusi sistem e-BR1M di laman sesawang LHDN," menurut kementerian itu. -

Bernama
 

Ahad, 20 Mac 2016

Nasi dagang Kak Jah paling sedap...

Nasi dagang Kak Jah antara yang paling sedap.

Anda ke Kuala Terengganu dan ingin mencari nasi dagang yang sedap? Anda boleh pergi ke Bukit Besar, Kuala Terengganu dan cari Nasi Dagang Kak Jah. Kedai makan yang asalnya hanya sebuah gerai nasi dagang ini sangat popular kini kerana keenakan nasi dagangnya.

Makan Nasi Dagang Kak Jah sehingga tidak kenal siapa di kiri dan kanan.Makan Nasi Dagang Kak Jah sehingga tidak kenal siapa di kiri dan kanan.Tetapi awas, jika anda lewat, bahagian anda sudah tidak ada lagi.

Ketika penulis sekeluarga berkunjung ke sini Sabtu lepas (ketika cuti Tahun Baru Cina), kami pulang dengan air lior meleleh sahaja kerana nasi sudah habis. Padahal ketika itu baru jam 9.30 pagi.
Orang ramai yang masih beratur kelihatan marah-marah kerana setelah sekian lama beratur, mereka terpaksa pulang begitu sahaja kerana nasi dagang sudah habis.

Keesokan harinya (Ahad), kami pergi lagi jam 7.30 pagi, orang ramai sudah beratur di situ walaupun kedai ini belum buka lagi. Jam 8.10 pagi, barulah nasi dagang mula dijual dan dapatlan kami merasainya.

Memang enak. Sebagai anak Terengganu, kami sudah makan nasi dagang di mana-mana, namun terbukti di sini adalah yang terbaik...seeeedappp sangat.
Papan tanda Nasi Dagang Kak Jah di Bukit Besar.Papan tanda Nasi Dagang Kak Jah di Bukit Besar.
Nasinya yang lembut dan berasnya yang panjang, ikan tongkolnya yang segar dan yang istimewanya cili apinya bukan di campur sekali dalam kuah gulai nasi dagang ini. Cilinya adalah yang dijeruk dan dihidangkan sekali di atas meja makannya.
Namun untuk yang membawa pulang nasi dagang ini, cilinya yang telah dicampur dalam kuah gulainya.

Selain nasi dagang, Kak Jah juga menjual nasi kunyit (pulut kuning) yang tidak kurang juga enaknya.

Harganya agak berpatutan iaitu RM3.00 satu hidangan nasi dagang atau nasi kunyit.

Untuk ke sini senang sahaja. Ambil jalan depan Maidin Mall, Kuala Terengganu tu terus ke jalan menuju Kuantan. Bila jumpa simpang lampu isyarat ketiga selepas Maidin Mall, belok ke kanan ke Bukit Besar di sebelah kanan anda. Masuk kira-kira setengah kilometer jumpalah kedai Nasi Dagang Kak Jah.
Selamat menjamu selera.
Kak Jah sibuk melayan tetamu yang beratur sebelum jualan bermula.Kak Jah sibuk melayan tetamu yang beratur sebelum jualan bermula.
Anda perlu beratur di Kedai Nasi Dagang Kak Jah seawal 7.30 pagi sebelum kedai mula dibuka lagi.Anda perlu beratur di Kedai Nasi Dagang Kak Jah seawal 7.30 pagi sebelum kedai mula dibuka lagi.
 
MalaysiaDateLine

Jumaat, 18 Mac 2016

KOMPOSER terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, dilaporkan meninggal dunia

  Adnan Abu Hassan

KOMPOSER terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang jam 2.17 pagi tadi.

Arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang sekitar jam 2 pagi semalam akibat serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Sebelum ini, Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas, Sham Amir Hussain berkata, doktor mengesahkan keadaan komposer itu sedang tenat malah turut meminta ahli keluarga berada di sisinya untuk memberikan semangat.

"Sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

‎“Doktor juga ada meminta ahli keluarganya berada di sisi untuk memberikannya semangat," katanya.

Adnan merupakan komposer yang bertanggungjawab menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim melalui karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih

Sinar Harian Online

Khamis, 17 Mac 2016

Bakar papan iklan Anwar: Pemuda Amanah lapor polis

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
AMPANG - Pemuda Amanah Ampang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, berhubung ancaman membakar papan iklan Selamatkan Anwar, tadi.

Ketuanya, Ahmad Nizam Samsudin berkata, ancaman membakar papan iklan itu telah diuar-uarkan baru-baru ini melalui media sosial.

Rancangan ancaman ini diketahui melalui satu poster bertajuk Jom Bakar Papan Iklan Selamatkan Anwar hari ini, Jam 3 petang bertempat di bawah Billboard berhadapan sebuah restoran di Taman Ahmad Razali, Ampang, di sini.

Beliau berkata, pihaknya bimbang tindakan tersebut boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mengancam keselamatan orang ramai.

"Kita menuntut pihak polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

"Kita juga mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut sebagai satu usaha tidak bertamadun dan sebagai satu pengkhianatan kepada perjuangan rakyat," katanya.

Sinar Harian Online

Sabtu, 12 Mac 2016

Terengganu benam pendahulu liga

 Terengganu benam pendahulu liga

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu berjaya mengekalkan rentak kemenangan apabila menundukkan pendahulu liga, Selangor 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Lebih manis apabila dua pemain import skuad Penyu, Issey Nakajima  dan Juan Jose Morales berjaya menamatkan kemarau gol apabila masing-masing membuktikan kemampuan sebenar mereka dalam memastikan Terengganu meraih kemenangan bergaya di hadapan penyokong sendiri.

Pada pertemuan itu menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan penuh bersemangat dalam usaha memburu jaringan dan kem pelawat nyaris berada di depan menerusi percubaan penyerang import The Red Giants, Mauro Olivi seawal minit ke-empat.

Seminit berselang giliran kem tuan rumah pula menguji gawang pelawat menerusi rembatan kemas Muhd Shahrin Sapien ke pingtu gol Selangor  tetapi gagal disudahkan sempurnakan dengan kemas Gustavo Lopez.
Kem Selangor yang kembali memperkemaskan rentak permainan berjaya mengucar kacirkan kubu pertahanan skuad Penyu dan peluang membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi sepakan percuma tetapi dipersia-siakan, Mohd Hafiz Kamal.

Begitupun dipertengahan babak pertama permainan, kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan aksi hambar apabila masing-masing buntu dalam mencari gol.

Terengganu  yang menggandakan asakan ke kubu pertahanan The Red Giant hampir menemui jaringan menerusi pemain muda, Mohd Amirul Syahmi Asa’ari selepas bijak memanfaatkan  hantaran Gustavo Lopez pada minit ke-25, namun tandukannya berjaya ditepis keluar, Mohd Khairul Azhan Khalid.

Percubaan itu nyata menyuntik semangat kem tuan rumah apabila terus melakukan asakan bertali arus ke gawang Selangor tetapi penjaga gawang Selangor,  Mohd Khairul Azhan bertindak cemerlang menafikan rembatan deras Mohd Ashaari Shamsuddin tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Usaha skuad Penyu dalam menamatkan kebuntuan gol akhirnya tertunai apabila Issey Nakajima menceriakan penyokong tuan rumah dengan jaringan pembukaan pada masa tambahan sekaligus membawa Terengganu di depan.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan 1-1 apabila rembatan jarak jauh R Gopinathan berjaya menewaskan penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharibinee Allawee pada minit ke-46.

Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, kem kendalian Mike Mulvey bangkit mengatur gerakan untuk kembali di depan namun beberapa percubaan jentera serangan Terengganu berjaya dikekang benteng pertahanan Selangor yang diketuai kapten pasukan, Mohd Shahrom Kalam dan gandingannya Mohd Razman Roslan.

Perlawanan menjadi semakin sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan pelawat nyaris mengukuhkan kedudukan menerusi gerakan solo R Gopinathan, namun percubaannya pada minit ke-72 sekadar menggegarkan tiang gol tuan rumah.

Begitupun, sorakan penyokong Terengganu kembali bergema apabila pemain gantian, Juan Jose Morales berjaya membawa kem tuan rumah di depan menerusi jaringan sulongnya pada minit ke-79 untuk gol kedua skuad Penyu.

Lapan minit berselang, pasukan tuan rumah terus mengukuhkan kedudukan apabila Iseey Nakajima bijak menanduk masuk hantaran Joseph Kalang Tie untuk memastikan Terengganu meraih kemenangan multak di gelanggang sendiri sehingga tamat perlawanan.

Sinar Harian Online

Khamis, 10 Mac 2016

Promosi tambang AirAsia kini kembali

Air Asia

AIRASIA dan AirAsia X menawarkan tiga juta tempat duduk promosi percuma yang menghubungkan pengguna ke lebih 100 destinasi di 22 negara.

Tempat duduk promosi ini bermula daripada tambang asas RM0, serta cukai dan fi.

Promosi itu ditawarkan dari 7 Mac hingga 13 Mac, 2016 menerusi laman web syarikat penerbangan itu di - airasia.com bagi perjalanan dari 1 Oktober 2016 hingga 22 Mei 2017, kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.

Tempahan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia menerusi  iPhone dan perkhidmatan Android, selain laman web mobile.airasia.com.

"Orang ramai boleh memanfaatkan promosi Fly-Thru ini untuk ke destinasi menarik AirAsia X seperti Auckland, Sapporo, Tokyo, Gold Coast, Sydney dan banyak lagi," kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siegtraund Teh. – Bernama


Rabu, 9 Mac 2016

Jenayah 'cinta siber' semakin membimbangkan


Kes jenayah 'cinta siber' membabitkan golongan wanita sebagai mangsa di negara ini, semakin membimbangkan berikutan peningkatan kes itu setiap tahun.

Pegawai penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata pada tahun lepas sahaja, sebanyak 1,646 kes jenayah siber dilaporkan membabitkan kerugian lebih RM56 juta.

"Pada 2014, sebanyak 1,015 kes sama dilaporkan berlaku dengan nilai kerugian RM52 juta," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Wanita Sedunia 2016 di ibunegara semalam.

Mohd Syafiq berkata modus operandi jenayah itu ialah menyasarkan wanita berumur antara 35 dan 45 tahun, khususnya golongan ibu tunggal yang kaya.

"Majoriti suspek warga Afrika... suspek akan memulakan perkenalan dengan menabur janji manis menerusi laman sosial seperti facebook, e-mel dan skype.

"Setelah berkenalan dan serasi dengan mangsa, suspek bertindak menipu mangsa," katanya.
Di majlis berkenaan, seramai 200 wanita turut diberi pendedahan mengenai keselamatan dan demonstrasi mempertahankan diri.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din.

Sementara itu, Mohd Zani berkata polis sedang memperketatkan pemeriksaan kemasukan warga asing ke negara ini, bagi merekodkan identiti mereka supaya mudah dikesan apabila terbabit dengan jenayah.

- Bernama

Selasa, 8 Mac 2016

HEBATNYA PENANGAN TSUNAMI POLKA FAREEDA

Tsunami polka Fareeda

SEAWAL jam 7 pagi lagi, peminat setia jenama tudung tersohor Fareeda berada di pekarangan Butik Fareeda di Bandar Baru Bangi bagi mengambil nombor giliran pembelian keesokannya.
Begitulah HEBATNYA PENANGAN TSUNAMI POLKA FAREEDA yang menjadi fenomena, Ahad, baru-baru ini.

Lebih dari 2000 pelanggan berkampung di pekarangan Butik Fareeda semata-mata untuk tidak melepaskan peluang memiliki koleksi terhad ‘Princess of Persia’ dalam corak Polkadot.
Bukan sahaja corak dan keluarannya yang terhad serta ‘evergreen’ yang menjadi taruhan, Fareeda juga menampilkan penataan batuan ‘diamonds’ tampalan berkilauan yang berkualiti tinggi untuk menambahkan lagi keanggunan si pemakai.

Oleh kerana jumlah peminat tegar Fareeda BEGITU LUAR BIASA, pengedaran tiket (nombor giliran) yang ditetapkan jam 5 petang telah diawalkan sejam sebelum waktu sebenar.
Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim, 27, berkata, jumlah pelanggan beratur perkara tidak dijangka.

“Kami terpaksa mengedarkan tiket (nombor giliran) tersebut lebih dari 2,000 keping, melepasi jumlah jangkaan kami.
“Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan dan saya sangat bersyukur tidak berlaku sebarang pergaduhan atau masalah lain,” katanya.

Salah satu faktor utama yang mendorong terjadinya Tsunami Polka Fareeda adalah tawaran harga promosi RM120 dengan pembelian terhad dua tudung untuk satu tiket sahaja.
“Harga promosi hanya dijual pada hari tersebut sahaja dan ia kembali kepada harga normal RM150.
“Koleksi kali ini ditawarkan dengan 30 jenis corak polkadot dan warna yang berbeza. Tarikan utama tudung “Princess of Persia” Polkadot itu adalah setiap corak dan rekaan adalah terhad dan tidak diulang keluarannya," katanya.

Golongan lelaki turut beratur

Menceritakan pengalaman lalu, pelanggan akan bermalam di hadapan kedai bagi mendapatkan angka giliran.
Namun selepas itu, pihak pengurusan Fareeda tidak membenarkan mereka berbuat demikian atas faktor keselamatan dan keselesaan peminat Fareeda.
“Disebabkan kekangan masa untuk mereka beratur, keadaan lebih gawat berlaku akibat berebut tempat untuk mendapat nombor giliran yang terawal.

“Bukan sahaja wanita beratur, malahlelaki turut berbuat demikian,” katanya.
Mawar berkata, sebelum ini hanya golongan Hawa sahaja beratur mengambil nombor giliran sebelum ini, tetapi lelaki juga mula menunjukkan minat untuk penambahan pendapatan dengan menjadi seller Fareeda.

Trend ini semakin meningkat memandangkan pulangan lumayan yang menanti mereka.
“Saya akui dengan adanya pelanggan lelaki, keadaan menjadi sedikit tegang akan tetapi pihak kami telah mengambil langkah keselamatan dan berjaga-jaga dengan mengetatkan kawalan,” katanya.

Ubah sistem pembelian

Sememangnya Fareeda mengambil inisiatif dengan menetapkan masa yang dibenarkan bagi pelanggan mula beratur untuk mengelakkan kesesakan dan rempuhan setiap kali keluaran terbaru. Namun pertambahan jumlah pelanggan adalah begitu drastik.
Malah setiap kali keluaran baharu, jualan meningkat 30 peratus.

Menurut Mawar, sistem nombor giliran dilihat lebih teratur berbanding pelanggan terus beratur di pekarangan Butik Fareeda. Setiap nombor giliran ada masa tertentu untuk masuk ke butik untuk membuat pembelian. Jadi pelanggan boleh datang 20 minit sebelum nombor giliran mereka dipanggil.

“Tempoh masa tertentu ditetapkan dengan hanya satu kumpulan pelanggan sahaja dibenarkan berada di dalam butik untuk memilih tudung yang dihajati.

“Jika tiada sistem ini, butik mungkin diserbu dan situasi menjadi lebih parah akibat perebutan tudung.
"Jika sebelum ini, kami telah melaksanakan sistem beratur dan membeli pada hari yang sama. Namun setelah menilai pro dan kontra, pihak pengurusan menukar tarikh pembelian diadakan keesokan harinya untuk memastikan pelanggan selesa dan boleh datang ke butik pada waktu yang ditetapkan mengikut nombor giliran mereka," katanya.

Sinar Harian Online

Isnin, 7 Mac 2016

Pengemis pulangkan wang yang 'terjatuh'

Pengemis pulangkan wang yang 'terjatuh'

SATU Video hasil arahan Pengarah muda, Jason Lim benar-benar menyentuh hati nurani rakyat Malaysia, siapa sangka sikap pengemis lebih mulia daripada sikap sesetengah manusia apa tidaknya video Jason Lim berjaya memaparkan betapa telusnya hati sang pengemis.

Video tersebut ,  yang berjudul “Greed - The Greedy Race” (Tamak – Bangsa Yang Paling Tamak) yang dihasilkan Lim bagi menguji sejauh mana masyarakat Malaysia bersifat jujur dan amanah tatkala melihat 'insiden wang terjatuh daripada poket seseorang'.

Video yang berdurasi selama empat minit itu bermula dengan 'aksi' seorang lelaki yang dilihat berjalan di kaki lima sekitar ibu kota, sebelum menjatuhkan wang kertas bernilai RM50, RM10 secara sengaja(berlakon) di depan mana-mana individu yang melalui kawasan tersebut bagi menguji reaksi mereka sama ada mengambil wang itu atau memulangkan semula pada pemiliknya.

Apa yang menyedihkan, pada babak awal memperlihatkan beberapa individu secara selamba dan tanpa rasa  malu telah  mengambil wang yang “dijatuhkan” oleh pemuda tersebut tanpa mereka sedari bahawa tindakan memalukan mereka itu sedang dirakam.

Namun, pada pertengahan rakaman, dan di akhir rakaman ada babak yang menyentuh hati, ketika lelaki itu menjatuhkan not wangnya secara kebetulan seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) melalui tempat itu, lantas wanita itu memulangkan wang itu, reaksi wanita itu ketika itu benar-benar meruntun hati.

Sementara itu, di akhir rakaman pula kelihatan seorang pengemis 'bersusah payah' memulangkan kembali wang yang terjatuh di hadapannya.

Momen itu, berjaya membuat ramai pelayar media sosial terharu menurut Zue Shaari babak akhir itu membuat dia menangis.

"Adegan yang menyentuh hati ialah reaksi pengemis itu, saya menangis," tulisnya.
Sehingga kini video yang dimuat naik di laman Facebook Jason Lim Productions telah mendapat tontonan lebih 1 juta kali dan dikongsi lebih 40,000 pengguna Facebook.

Sinar Harian Online

Jumaat, 4 Mac 2016

KEDAI JUAL SIMKAD TONE EXCEL DI NILAI 3 NEGERI SEMBILAN



Image result for buat duit dengan handphone 

SIM KAD TONE EXCEL DI AREA NILAI 3
 
HUBUNGI : TONE AMRI NOR 013-3363397 
 
BELI ONLINE : KLIK SINI 

ATAU SINI

Rabu, 2 Mac 2016

7 Alasan Mengapa Barat Takut pada Dr Zakir Naik

Dr Zakir Naik - 4shared

1. Dr Zakir Naik Nyatakan Teror 9/11 “Pekerjaan Orang Dalam”

Ini adalah alasan formal yang disampaikan oleh pemerintah AS sebagaimana diberitakan Washington Post. Pemerintah AS mengecam Dr Zakir Naik sewaktu mendapatkan penghargaan dari pemerintah Arab Saudi pada Maret 2015.

“Pandangan Dr Zakir Naik tentang teror 9/11 sungguh tercela,” kata juru bicara Departemen Luar Negeri Jen Psaki.

2. Dr Zakir Naik Membeberkan Terorisme Amerika

Hal yang juga dikecam Washington dan mencuat di media terkait Dr Zakir Naik, kristolog dunia itu dikecam karena menyatakan Amerika adala teroris terbesar.
Pada tahun 2015, Departemen Luar Negeri AS mengkritik Raja Arab Saudi Salman karena memberikan hadiah internasional Raja Faisal berupa emas 24 karat dan uang 200 ribu dollar Amerika. Pasalnya, Zakir Naik pernah menyebut Amerika sebagai teroris terbesar.
Selain itu, dalam beberapa ceramahnya, Dr Zakir Naik juga mengungkapkan aksi terorisme yang dilakukan oleh Amerika Serikat sejak menginvasi Irak.

3. Dr Zakir Naik Menyebut George W Bush dan pemimpin Amerika sebagai Teroris

Dr Zakir Naik juga pernah menyebutkan bahwa George W Bush adalah teroris. Pernyataan-pernyataan Dr Zakir Naik itu pantas untuk ditakuti Amerika Serikat mengingat popularitas dan pengaruh Dr Zakir Naik terus meningkat. Selain jutaan orang telah mendengar ceramahnya secara langsung, ratusan juta orang telah menonton video-video ceramahnya.
Namun, selain 3 alasan yang juga diberitakan media Barat itu, ada 4 alasan berikutnya yang lebih menakutkan bagi Barat.

4. Banyak Orang Masuk Islam di Forum Dr Zakir Naik

Alasan ini tidak pernah disebutkan oleh media Barat sebagaimana 3 alasan sebelumnya. Namun, hal ini sesungguhnya lebih menakutkan bagi Barat.
Di saat gereja semakin sepi dan orang-orang Barat semakin ragu-ragu dengan teologi mereka sendiri, tiba-tiba Dr Zakir Naik datang seperti gelombang. Ceramah-ceramahnya membabat habis kesalahan dalam teologi gereja.

Dengan penjelasan yang argumentatif dan mudah dipahami, Dr Zakir Naik mematahkan trinitas, membongkar bahwa Yesus bukan tuhan, dan sebagainya. Bahkan tidak berlebihan jika dikatakan Dr Zakir Naik lebih hebat dari gurunya, Ahmad Deedat. Pasalnya, tidak sedikit orang yang masuk Islam setelah mendapatkan penjelasan dari Dr Zakir Naik.

5. Menguatnya Dakwah Islam di Barat

Melalui ceramah-ceramahnya di sejumlah negara Eropa, Dr Zakir Naik seperti langsung menusuk ke jantung pertahanan Barat. Hampir setiap ceramahnya dihadiri ribuan orang sehingga jumlah audiens Dr Zakir Naik telah mencapai jutaan orang yang sebagiannya hidup di Barat.

Mereka yang tadinya hanya mengetahui Islam dari media, kini mulai mengetahui prinsip-prinsip Islam dari Al Quran dan As Sunnah yang dijelaskan oleh Dr Zakir Naik. Meluasnya dakwah Islam ini, meskipun tidak semuanya masuk Islam, sudah cukup mengkhawatirkan Barat. Sebab merunut The Clash of Civilization-nya Samuel Huntington, Barat tengah menempatkan Islam sebagai musuh. Jika ternyata warganya sendiri memahami Islam dengan baik, hal itu sangat membahayakan bagi hegemoni politik mereka.

6. Dr Zakir Naik juga Ditakuti Gereja

Cukup beralasan jika pemerintah Barat takut pada Dr Zakir Naik karena gereja-gereja pun tidak sanggup membendung gelombang dakwah Islam yang dibawakannya. Salah satu alasan mengapa acara debat terbuka yang dilakukan Dr Zakir Naik tidak sebanyak debat terbuka yang digelar Ahmad Deedat ternyata tidak banyak gereja yang berani menghadapi Dr Zakir Naik.
Bahkan dikabarkan Dr Zakir Naik telah mengirimkan surat tantangan debat kepada Vatikan, namun hingga hari ini tantangan itu tidak dijawab.

7. Pengaruh Dr Zakir Naik semakin Meluas

Bersamaan dengan derasnya gelombang dakwah Islam, pengaruh Dr Zakir Naik semakin meluas. Di India, Dr Zakir Naik masuk 100 tokoh paling berpengaruh serta dinobatkan sebagai 3 besar guru spiritual di India yang mayoritasnya bukan muslim.

Saat ini, menurut informasi setelah beredarnya kabar Dr Zakir Naik akan ke Indonesia, ada sekitar 4.000 undangan di meja Dr Zakir Naik dari seluruh dunia. Undangan sebanyak itulah yang menjadi salah satu penjelasan mengapa hingga saat ini belum ada konfirmasi apakah Dr Zakir Naik bisa hadir di Indonesia pada April nanti. [Muchlisin BK/Tarbiyah.net]

Kredit : http://www.news.mydebat.com

Selasa, 1 Mac 2016

Portal The Rakyat Post ditutup



Kelembapan ekonomi dan kemerosotan pendapatan dikatakan menjadi faktor utama penutupan media dalam talian.
Terbaru, portal berita The Rakyat Post mengumumkan akan menghentikan operasi mereka bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Dalam kenyataan di laman Facebook portal berita itu, pihak pengurusan mengumumkan penutupan operasi mereka selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangannya hari ini.

"Sejak beberapa bulan akan datang, kami akan menjalani penyusunan semula dan akan menyelesaikan isu-isu pembiayaan kami.

"Sekali lagi dari semua di bahagian editorial The Rakyat Post, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana bersama kami," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, terdapat sumber yang memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa laman web berita itu menghadapi masalah kewangan pada awal bulan ini.
Difahamkan kali terakhir pekerja mereka dibayar gaji pada 7 Januari- bagi gaji bulan Disember.
Berikutan itu kakitangan mereka telah diminta untuk bercuti bermula 11 Februari sementara meja Mandarin portal itu mula bercuti pada 15 Februari.

The Rakyat Post mula beroperasi pada Oktober 2013 dan menjadi popular dengan laporan berita viral serta menjadi salah satu portal berita yang berkembang dengan cepat.

malaysiakini

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular