Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Isnin, 7 Mac 2016

Pengemis pulangkan wang yang 'terjatuh'

Pengemis pulangkan wang yang 'terjatuh'

SATU Video hasil arahan Pengarah muda, Jason Lim benar-benar menyentuh hati nurani rakyat Malaysia, siapa sangka sikap pengemis lebih mulia daripada sikap sesetengah manusia apa tidaknya video Jason Lim berjaya memaparkan betapa telusnya hati sang pengemis.

Video tersebut ,  yang berjudul “Greed - The Greedy Race” (Tamak – Bangsa Yang Paling Tamak) yang dihasilkan Lim bagi menguji sejauh mana masyarakat Malaysia bersifat jujur dan amanah tatkala melihat 'insiden wang terjatuh daripada poket seseorang'.

Video yang berdurasi selama empat minit itu bermula dengan 'aksi' seorang lelaki yang dilihat berjalan di kaki lima sekitar ibu kota, sebelum menjatuhkan wang kertas bernilai RM50, RM10 secara sengaja(berlakon) di depan mana-mana individu yang melalui kawasan tersebut bagi menguji reaksi mereka sama ada mengambil wang itu atau memulangkan semula pada pemiliknya.

Apa yang menyedihkan, pada babak awal memperlihatkan beberapa individu secara selamba dan tanpa rasa  malu telah  mengambil wang yang “dijatuhkan” oleh pemuda tersebut tanpa mereka sedari bahawa tindakan memalukan mereka itu sedang dirakam.

Namun, pada pertengahan rakaman, dan di akhir rakaman ada babak yang menyentuh hati, ketika lelaki itu menjatuhkan not wangnya secara kebetulan seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) melalui tempat itu, lantas wanita itu memulangkan wang itu, reaksi wanita itu ketika itu benar-benar meruntun hati.

Sementara itu, di akhir rakaman pula kelihatan seorang pengemis 'bersusah payah' memulangkan kembali wang yang terjatuh di hadapannya.

Momen itu, berjaya membuat ramai pelayar media sosial terharu menurut Zue Shaari babak akhir itu membuat dia menangis.

"Adegan yang menyentuh hati ialah reaksi pengemis itu, saya menangis," tulisnya.
Sehingga kini video yang dimuat naik di laman Facebook Jason Lim Productions telah mendapat tontonan lebih 1 juta kali dan dikongsi lebih 40,000 pengguna Facebook.

Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Melayu Akan Membela Al-Aqsa

  Ceramah ini di sampaikan oleh Ustaz Muhamad Al Amin tahun 2019… KLIK SINI 

Catatan Paling Popular