Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 31 Mac 2016

Langgar peraturan: 6 syarikat telekomunikasi dikompaun

 Jailani Johari

KUALA LUMPUR - Enam syarikat telekomunikasi termasuk tiga syarikat utama telah dikenakan kompaun oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kesalahan berkaitan kualiti perkhidmatan jalur lebar bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, kesalahan itu melibatkan kegagalan syarikat telekomunikasi mematuhi Standard Mandatori seperti perkhidmatan jalur lebar tidak pantas.

"Tahun lepas kita keluarkan 15 kompaun," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Katanya semua syarikat telekomunikasi seharusnya mematuhi kualiti perkhidmatan yang ditetapkan, sekaligus memberikan perkhidmatan jalur lebar yang baik dan memuaskan kepada rakyat
Jailani menjelaskan sejumlah tujuh Standard Mandatori bagi kualiti perkhidmatan telah didaftarkan antara 2003 hingga 2016 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 termasuk Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar Berwayar dan Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar Tanpa Wayar.

Katanya, ketidakpatuhan kepada Standard Mandatori bagi kualiti perkhidmatan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 105(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Sementara itu, Jailani berkata setakat tahun ini kadar penebusan jalur lebar bagi isi rumah seluruh negara telah mencapai 72.5 peratus berbanding 50 peratus pada 2010.

Antara inisiatif KKMM di bawah Pelan Jalur Lebar Negara ialah membina 657 Pusat Internet 1Malaysia, membina 2,977 WiFi Komuniti, membina 1,000 menara telekomunikasi, menaik taraf 1,711 lokasi bawah projek Liputan Jalur Lebar Mudah Alih dan menyediakan 3,216 port jalur lebar luar bandar, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan juga menghadapi banyak cabaran dalam melaksanakan inisiatif itu seperti mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dalam hal tapak untuk membina menara telekomunikasi.

"Selain itu, turut berdepan masalah kecurian kabel yang agak serius dan pemain industri kerugian puluhan juta ringgit akibat masalah ini," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular