Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 30 Ogos 2018

Makam dipercayai milik Sultan Mudzafar Shah I ditemui

Makam sultan

SUNGAI PETANI - Nama Maharaja Phra Ong Mahawangsa cukup sinonim dengan sejarah negeri Kedah sementelah ia juga raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Sultan Mudzafar Shah I.

Selepas lebih 900 tahun, pencarian sulur galur baginda yang namanya turut dicatat sebagai Seri Paduka Derbar Raja semakin terbongkar dengan penemuan beberapa makam purba yang terletak di Kota Bukit Meriam di daerah Kuala Muda di sini.

Baginda mempunyai dua putera iaitu Raja Phra Ong Mahawangsa dan Raja Buluh Betong. Sebelum baginda mangkat, baginda menabalkan Raja Phra Ong Mahawangsa sebagai Raja Kedah ke-7 dan mengarahkan puteranya itu menetap di Kota Bukit Meriam.  Menelusuri rentetan sejarah dengan merujuk dua kitab utama sejarah Kedah iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah, secara asasnya, Kota Bukit Meriam mula dibina pada zaman pemerintahan Raja Phra Ong Maha Putisat iaitu Raja Kedah ke-6 yang ketika itu bersemayam di Kota Aur iaitu daerah Seberang Perai sekarang.  

Seperti yang tercatat dalam At-Tarikh Salasilah, Phra Ong Mahawangsa, Raja Kedah ke-9 (atau Raja Kedah ke-7 mengikut Hikayat Merong Mahawangsa) ini kemudian memeluk agama Islam dan bergelar Sultan Mudzafar Shah I dan mangkat di Kota Bukit Meriam pada 1179 masihi.  

Makam tua berbatu nisan purba

Ketua Penyelidik bagi Projek Kajian Kesan Peninggalan Sejarah Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas, Universiti Utara Malaysia (UUM), Syamsyul Anuar Ismail berkata, tinjauan pada lewat Jun lalu menemukan penyelidik dengan kewujudan Langgar atau Makam Diraja Kota Bukit Meriam seperti yang disebutkan dalam At-Tarikh Salasilah.

Daripada maklumat awal, terdapat sebuah makam tua dengan sepasang nisan purba di atas lot tanah milik seorang imam tua, Mohamad Nor di Kampung Bukit Berangan, Kuala Muda.
Atas pelbagai sebab, pasangan batu nisan dipindahkan ke tanah perkuburan Masjid Sintok Bugis, Kuala Muda, terletak lebih kurang dua kilometer dari tapak asal pada September 2017 dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah.

“Di tanah lot persendirian ini, kita menemui sebuah makam yang mempunyai batu nisan purba dan apa yang menariknya, batu nisan ini diperbuat daripada batu kawi yang kini masih dalam kajian.
“Setakat ini, belum pernah ditemui batu nisan jenis batu kawi ini di mana-mana negeri Kedah, mahupun di seluruh Semenanjung ini,” katanya kepada Bernama.

Menjelaskan batu nisan purba itu, beliau berkata ia mempunyai ukuran besar dan luar biasa iaitu 93.98 sentimeter di bahagian kepala, 35.56 sentimeter (lebar bahu), 27.94 sentimeter (pinggang) 33.02 sentimeter (tapak) dan 8.89 sentimeter tebal menunjukkan ianya milik kalangan raja-raja. Lebih menarik, belum pernah ditemui pasangan batu besar bersaiz besar sebegitu di tempat lain di dalam Mukim Bukit Meriam.

“Kedua-duanya hampir sama besar dengan berbentuk pepeh namun memiliki ukiran yang berlainan. Secara amnya, kedua nisan ini mempunyai kepala, badan, pinggang dan kaki dan diperbuat daripada batu lembut iaitu batu kawi yang berwarna kemerah-merahan,” katanya.  
Tambah beliau, tidak wujud tulisan jawi atau bahasa lain manakala corak sulur kacang dengan sentuhan halus dan berseni menunjukkan ukiran tersebut dibuat oleh orang Melayu yang mahir bertukang.

“Ianya langsung tak sama dengan batu nisan Acheh yang ditemui sebelum ini.  Dalam masa yang sama, keadaan ini sangat sesuai dengan masanya iaitu sekitar tahun 1179 Masihi iaitu waktu kemangkatan Sultan Mudzafar Shah I,” katanya.

Langgar Diraja Bukit Meriam

Bukan itu saja, berdekatan makam lama ini juga terdapat satu lagi makam purba yang disebut masyarakat setempat sebagai ‘Keramat Tok Wahid’.
“Terdapat juga sederet makam lama yang sudah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan di sisi lot tersebut.

“Menguatkan penemuan ini juga adalah lot tanah ini hanya berjarak 200 meter dari kaki Bukit Meriam di mana wujudnya bekas dinding purba yang dipercayai sebahagian daripada runtuhan Kota Bukit Meriam atau barangkali terbinanya sebuah istana utama dalam kota tersebut,” kata Syamsyul Anuar.

Malah, menurut At-Tarikh Salasilah,  terdapat tiga orang sultan yang pernah memerintah Kota Bukit Meriam iaitu Sultan Mudzafar Shah I, Sultan Muadzam Shah dan Sultan Muhammad Shah. Ketiga-tiga mereka dikatakan dimakamkan di Langgar Kota Meriam.  
“Memang diakui agak sukar menentukan nama atau tarikh makam ini memandangkan tiada apa apa yang tertulis pada nisan yang ditemui, namun kewujudan Keramat Tok Wahid di kawasan perkuburan asal boleh dijadikan penanda aras kepada penyelidikan yang lebih mendalam.  

“Dalam bahasa Arab, perkataan wahid itu bererti pertama dan ini boleh dikaitkan kepada Sultan Mudzafar Shah I sebagai Sultan Kedah yang pertama.
Ini juga, menurut penasihat projek dan juga Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK),  Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusuf, boleh menolak penemuan makam di Kampung Pengkalan Bujang sebagai makam Sultan Mudzafar Shah I kerana faktor masa dan lokasi pusat pemerintahan baginda.  

“Kajian menunjukkan bahawa tamadun masyarakat Melayu di kawasan Merbuk dan Sungai Batu itu jauh lebih awal iaitu seawal abad ke-5 Sebelum Masihi berbanding dengan masyarakat Bukit Meriam dan Sungai Emas.

“Bagaimanapun, perubahan geografi termasuk munculnya tanah baru selepas surut paras air laut antara abad ke-4 hingga ke-14 menyatukan kawasan di sekitar Bukit Meriam termasuk Bukit Penjara dan Bukit Puteri sehingga mewujudkan Mukim Bukit Meriam dan Sungai Mas,”katanya.  

Pelbagai teori wujud seiring penemuan artifak

Beliau menambah, pertembungan masa atau terdapat dua waktu berbeza pemerintahan sultan terawal Kedah di mana terdapatnya pengaruh Hindu pada ukiran nisan memungkinkan pelbagai teori lain wujud seiring penemuan artifak purba dari masa ke semasa.  

“Kajian awal menunjukkan batu nisan ini berumur lebih ‘tua’ dari apa yang ditemui sebelum ini dan perlu rasanya penemuan dan bukti di Kampung Pangkalan Bujang dikaji semula.  
“Saya percaya, mungkin bukti terbaharu ini boleh dirujuk kepada penemuan makam Phra Ong Mahawangsa atau lebih dikenali sebagai Seri Paduka Maharaja Derbar Raja dan jika ia keterlaluan, sekurang-kurangnya di sini adalah kawasan sebenar Langgar (makam) Diraja Kota Bukit Meriam.

“Malahan, saya sendiri lebih suka merujuk kepada At-Tarikh Salasilah berbanding catatan Hikayat Merong Mahawangsa yang lebih condong kepada mitos,” katanya.  

Kawasan sejarah perlu dilindungi

Dalam pada itu, Syamsyul Anuar berharap agar kawasan bersejarah tersebut dapat dilindungi daripada penjarah artifak.  
Beliau turut percaya masih banyak artifak termasuk makam purba di kawasan Kota Bukit Meriam dan setiap cebisan penemuan tersebut mampu menjadi jawapan terhadap sejarah negeri Kedah.  

“Macam nisan daripada batu kawi ini,  ia sangat lembut. Jadi kita bimbang jika ia terhakis akibat cuaca dan dalam masa yang sama, dicuri.
“Kita berharap Jabatan Warisan dapat melindungi kawasan ini dengan sebarang kaedah terbaik untuk memastikan artifak yang belum ditemui,  terpelihara
“Kita juga perlu kajian lebih mendalam untuk membuktikan batu nisan tersebut adalah makam Sultan Mudzafar Shah I,” katanya.- Bernama

Jumaat, 10 Ogos 2018

Penangan aura gewe Pasir Mas

Penangan aura gewe Pasir Mas

PASIR MAS - Sebut sahaja Pasir Mas perkara pertama yang bermain dibenak pemikiran orang ramai ialah mengenai kecantikan raut wajah yang dimiliki oleh wanita, serta gadis di daerah ini.

Memiliki raut wajah cantik tanpa perlu disolek, ditambah pula dengan kulit gebu, hidung mancung, kening hitam seolah-olah memakai alat solek menjadikan wanita Pasir Mas sentiasa berada dalam radar golongan lelaki untuk dijadikan sebagai isteri.

Kejelitaan wanita Pasir Mas turut dikaitkan dengan beberapa faktor antaranya perkahwinan campur, mempunyai hubungkait dengan Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang serta cara pemakanan dan sebagainya.Ditambah pula dengan gaya lembah lembut dan budi pekerti baik melengkapkan lagi pakej kecantikan wanita Pasir Mas dan menjadikannya tampak lebih eksklusif berbanding dengan wanita-wanita Kelantan di jajahan lain.

Difahamkan, perkahwinan campur itu berlaku disebabkan sungai Kelantan yang terdapat di Pasir Mas merupakan laluan perdagangan popular pada zaman dahulu kala.
Antara kawasan di Pasir Mas yang didakwa tersohor mempunyai ramai wanita lawa ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Lemal, Tok Uban, Pengkalan Batu, Bunut Susu, Slow Machang dan Kubang Bemban.

Ada yang mahu mengurat

Di sebalik kecantikan itu, terselit rasa 'kurang selesa' dalam kalangan wanita Pasir Mas apabila sering menjadi tumpuan di khalayak ramai.
Lebih mengejutkan, walaupun sudah bergelar sebagai isteri dan mempunyai cahaya mata masih ada yang mahu mencuba nasib dengan mengurat mereka.

Ia diakui sendiri oleh Nur Syahida Nor Alam, 32, yang pernah berdepan dengan situasi tersebut apabila berjalan seorang diri tanpa anak-anak dan suami.
"Sebagai isteri saya perlu bijak menjaga diri dan berdepan situasi itu bagi mengelak implikasi yang lebih besar," katanya yang mempunyai tiga cahaya mata.
Menurutnya, dia bagaimanapun lega apabila keluarga dan suami memahami situasi tersebut.

"Tipulah jika saya katakan tidak rimas dengan situasi itu. Namun apa yang penting kita kena sentiasa waspada dan bijak untuk berdepan dengan keadaan," katanya.

Bawa anak, dikatakan adik

Menurut Siti Nur Fairuz Azwanie Mohd Nawi, 26, dia sering disalah anggap membawa adik sedangkan itu adalah anak kandungnya disebabkan oleh fizikalnya yang kurus dan kecil.
Katanya, situasi itu berlaku setiap kali dia keluar bersama tiga anaknya berusia empat tahun hingga empat bulan untuk bersiar-siar atau mencari barangan keperluan tanpa kehadiran suami.

"Jika ada yang bertanya, cepat-cepat saya memberitahu mereka ini adalah anak saya.
"Ini bagi mengelakkan timbulnya salah anggap dalam kalangan masyarakat," katanya yang mempunyai darah kacukan Thailand.

Dilabel sedara Neelofa

Syafiqa Roslan, 31, dari Kubang Bemban berkata, dia mewarisi kecantikan daripada datuk dan neneknya yang berasal dari Pakistan.
Katanya, nenek moyangnya merupakan salah seorang pedagang yang datang berurus niaga di Pasir Mas.
"Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada penyambung generasi keluarga," katanya.

Nurul Ruziera Alia Nasrudin, 19, berkata, kecantikan paras rupa yang dimiliki membuatkan ramai salah anggap dan mendakwanya adalah kaum kerabat artis terkenal negara Neelofa.
Bagaimanapun, pelajar pra-universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim Dua itu bingkas menafikan dakwaan tersebut.

"Saya bukalah berasal daripada keluarga artis popular itu, berkemungkinan besar disebabkan faktor kecantikan membuatkan ramai yang salah anggap," katanya.
Menurutnya, selain itu dia turut menjadi tumpuan di sekolah sehingga menghadirkan rasa kurang selesa.

Penjagaan diri pelengkap pakej

Bagi Wan Solehah Wan Kamal Ruzaman, 31, walaupun dilahirkan memiliki raut wajah yang cantik aspek penjagaan diri tetap menjadi keutamaan.
Katanya, bagi melengkapkan lagi pakej itu dia menghasilkan sendiri jamu dalam usaha menjaga kecantikan.
"Jamu ini saya hasilkan sendiri menggunakan sumber semula jadi yang mempunyai hubungkait dengan wanita," katanya.

Menurutnya, amalan mengambil jamu itu dimulakan sejak berusia 16 tahun lagi bagi menambahkan seri kecantikan sebagai wanita.

Katanya, dia turut berkongsi jamu yang menjadi amalannya itu dengan wanita di sekitar jajahan ini.Kecantikan wanita dari pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu sering diperkatakan, sama ada ia satu persepsi semata-mata atau realiti, ia sukar diputuskan secara rasmi kerana cantik itu subjektif bagi kebanyakan orang.
Andaian ini bertapak kerana kebanyakan wanita yang berasal dari dua negeri ini cantik dengan perawakan kacukan, hidung mancung, mata bundar dan kulit putih bersih. Gelaran ‘cek mek molek, comey lotey’ dikatakan mampu mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya.

Ikuti kupasan dan paparan menarik disediakan Sinar Harian Edisi Pantai Timur mengenai isu ini. Kejelitaan wanita Pasir Mas dikaitkan dengan beberapa faktor seperti perkahwinan campur, keturunan Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang serta cara pemakanan.

Kredit : Sinar Harian Online

Isnin, 6 Ogos 2018

4 cara mudah untuk buat zakar suami anda rasa lebih besar

Cara besarkan zakar lelaki

Walaupun saiz zakar pasangan tidak penting kerana teknik permainan di ranjang yang menentukan kepuasan seseorang isteri, tapi, 30% lelaki kurang keyakinan diri dan mahu tahu cara besarkan zakar atau kemaluan mereka.
Sebab itu ramai yang sanggup makan ubat membesarkan zakar untuk zakar lebih keras dan panjang.
cara besarkan zakar
Kajian mendedahkan lelaki memang boleh buat cara besarkan zakar melalui proses “traction“, namun mereka perlu memakai penarik penis selama 4 hingga 6 jam untuk lebih berkesan. 
Tapi ada jalan yang lebih mudah sebenarnya. Ia memerlukan bantuan si isteri, iaitu anda! Jadi jom tengok apa anda boleh buat untuk bantu rasa zakar suami lebih besar daripada biasa. 

4 cara besarkan zakar lelaki dengan mudah

Menurut pakar terapi seks Dr. Ian Kerner, isteri boleh melakukan 4 cara ini untuk membantu kemaluan pasangan rasa lebih besar tanpa senaman dan ubat-ubatan yang tak tentu berkesan itu.
4 cara tersebut adalah:

Cara besarkan zakar #1 Lebih bijak menggoda pasangan

cara besarkan zakar
Kredit: Bored Panda
Salah satu benda yang menentukan saiz zakar suami anda adalah jumlah darah yang mengalir ke zakarnya. 
Maksud Dr. Ian, semakin suami anda tergoda, semakin keras zakar mereka akan jadi.
Maka, semakin besar anda akan rasa apabila zakar itu menujah vagina. Jadi, tugas anda adalah dengan mengambil masa untuk menggoda pasangan atau mencuba posisi seks kegemaran suami ini. 
Pasti anda tak menyesal!

Cara besarkan zakar #2 Anda buat senaman kegel

cara besarkan zakar
Kredit: Berkeley Wellness
Untuk merasai saiz zakar suami yang lebih besar, anda juga perlu melakukan beberapa senaman untuk vagina anda. Ini untuk merangsang rasa “sempit” dan “ketat” ketika berhubungan intim.
Antara senaman mudah yang anda boleh buat di mana-mana saja adalah senaman kegel. Senaman ini memerlukan anda mengemut otot pelvik (seakan menahan kencing) agar aksi di ranjang semakin panas. 
Selain senaman kegel, anda dan suami juga boleh mengamalkan 6 senaman mudah iniuntuk memanaskan aksi di ranjang. Yang bestnya, ia boleh dibuat di mana-mana saja!

Cara besarkan zakar #3 Galakkan suami jangan beronani

cara besarkan zakar
Kredit: VideoBlocks
Apabila seorang lelaki tidak beronani (melancap) selama beberapa hari, lebih banyak pengaliran darah akan ke penisnya apabila dia terangsang kelak. Ini bermaksud zakar suami anda akan lebih besar dari biasa!
Memang agak susah nak susun ayat berlapik untuk cakap pada suami yang mereka tak boleh beronani, lebih-lebih lagi kalau kita penat dan tak larat nak melayan mereka apabila mereka “minta”.
Tapi anda boleh elak daripada melukakan hatinya dengan memberi komen yang berunsur main-main.
Contohnya anda boleh cakap – “mmmm, dick abang rasa penuh harini. Mesti abang sudah kurang tengok laptop tu, kan?”

Cara besarkan zakar #4 Bawa permainan ke ranjang

cara besarkan zakar
Kredit: The Purple Store
Dr. Ian juga mencadangkan anda membawa sebarang permainan seks seperti vibrator ke ranjang untuk menyelesaikan masalah saiz zakar suami tanpa memalukan pasangan. 
Vibrator akan membantu anda rasa lebih penuh ketika zakar dimasukkan ke dalam vagina. 
Walau apapun cara yang anda atau pasangan pilih, sebaiknya kalian bersifat lebih terbuka untuk berbincang di antara satu sama lain. Lagipun kalian kan sudah berkahwin. Nak malu apa?
Kami harap perkongsian ini bermanfaat untuk pasangan suami isteri di luar sana. Ingat, pengalaman seksual yang sihat menjanjikan kebahagian rumah tangga yang lebih utuh. 
Sama-sama kita belajar untuk menjaga keharmonian rumah tangga kita, ya!
kredit : https://my.theasianparent.com/besarkan-kemaluan-lelaki-teknik/

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular