Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 22 Jun 2017

Beli rumah guna duit hantaran

Beli rumah guna duit hantaran
Anis bersama suaminya.

BERPENGALAMAN melihat sendiri kegigihan ibunya yang membesarkan mereka tiga beradik dengan menggunakan duit sewa rumah memberi semangat kepada Penasihat dan Pelabur Hartanah, Anis Hafiza Ali untuk memiliki hartanah pada usia muda sekali gus menceburkan diri dalam bidang hartanah.

Menurut Anis Hafiza, 24, peristiwa itu menyebabkan dia nekad memiliki rumah sendiri kerana pelaburan pada hartanah boleh menjana pendapatan lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun.
"Saya melihat ibu, Azilah Abdullah selepas bercerai, membina beberapa rumah sewa di kampung. Hasil bayaran sewa itu, ibu membesarkan kami tiga beradik, nilai sewaan semakin bertambah.

"Jika membeli kereta, nilainya akan susut dalam tempoh beberapa tahun berbanding membeli rumah, nilainya akan meningkat dalam tempoh sama. Lokasi strategik juga mampu menyumbang peningkatan nilai hartanah," katanya.
Tambahnya, situasi tersebut menunjukkan pemilikan hartanah penting dan dia mula mengukuhkan kewangannya dengan mengumpul wang daripada sumber pendapatannya sedikit demi sedikit manakala perbelanjaan saya digunakan dengan sebaiknya.

"Saya menggunakan sebahagian wang hantaran sebagai wang pendahuluan membeli rumah kediaman pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam pada 2010. Alhamdulillah, saya berjaya membeli rumah dan ia adalah hadiah perkahwinan saya," katanya.
Katanya, setiap wanita harus memiliki kediaman sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada suami untuk menyediakannya selepas berkahwin.

"Alhamdulillah, kini, saya mempunyai beberapa rumah yang disewakan dan sublet yang mampu menjana pendapatan. Ia bukannya perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi dengan adanya sikap ingin belajar dan terus belajar, kita akan menguasai ilmu hartanah.
"Pada mulanya, suami, Muhammad Fairuz Zain Salleh, menyokong setiap apa sahaja yang saya lakukan berkaitan hartanah kerana dia bekerja dalam bidang lain. Kini, kami bersama-sama dalam bidang ini dan berganding bahu menguruskannya," katanya.


Anis dan suami menyediakan perabot sama ada di rumah sewa dan sublet untuk memberi kemudahan kepada penyewa.

Selain penasihat, Anis Hafiza juga memberikan taklimat, sesi perkongsian pengalaman berkaitan hartanah dengan orang ramai dan membantu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan hartanah.

Rumah harta tiada susut nilai

Harga hartanah yang meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini menyaksikan rakyat terutama golongan muda mendapati mereka tidak mampu untuk membeli rumah.
Rumah berharga RM500,000 mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan golongan muda untuk membeli rumah pertama, bagaimanapun mereka tidak mampu berikutan kenaikan gaji lebih perlahan.

Malahan, jumlah pendapatan isi rumah yang masih rendah dan keadaan ekonomi semasa tidak menentu punca utama rakyat tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Selain itu, faktor lain iaitu ketika ini permintaan rumah tinggi namun kekangan daripada pihak pemaju yang menawarkan harga rumah di luar mampu milik di pasaran menyebabkan rakyat tidak memiliki rumah.

Gaji rendah sudah pasti tidak mampu membeli rumah ditawarkan dengan harga tinggi walaupun banyak pembangunan perumahan dilaksanakan.
Bagaimanapun, kebelakangan ini, ramai yang membuktikan bahawa gaji rendah bukanlah alasan tidak memiliki rumah kerana mereka melihat kepada potensi prospek hartanah yang menjanjikan tiada susut nilai dalam jangka masa panjang.
Penasihat dan Pelabur Hartanah, Anis Hafiza Ali membuktikan gaji yang kecil mampu memiliki hartanah, malahan melalui segmen itu, ia boleh menjana pendapatan.

Bagaimana dengan gaji kecil, rakyat perlu rebut peluang memiliki hartanah terutama rumah?

Rumah sangat penting, ia pelaburan masa depan. Pembelian harta untuk didiami adalah usaha yang memerlukan banyak wang, masa, penyelidikan dan strategi pelaburan baik. Rumah harta bernilai kerana ia boleh jana pendapatan daripada dibebani dengan faktor lain yang menyumbang kepada susut nilai yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Selalunya, pilihan membeli rumah tercetus apabila sudah berumah tangga, tiada tempat tinggal atau sudah lama menyewa serta kematian pasangan. Kesedaran pembelian rumah perlu dipupuk sejak muda kerana kebiasaannya, golongan ini mahu hidup bergaya. Di peringat permulaan, pembelian rumah bersaiz kecil terlebih dahulu berharga lingkungan RM150,000, melibatkan diri dalam pajakan rumah (sublet), menjadi ejen hartanah dan menjual bahan berkaitan hartanah.

Apakah faktor yang menjadi penyumbang kepada kekangan untuk memiliki rumah?

Kebanyakan mereka yang berhasrat membeli rumah tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk bayaran pendahuluan dan mereka menangguhkan hasrat membeli rumah kerana tidak mampu membeli jenis rumah yang menjadi pilihan. Mereka juga kekurangan wang tunai untuk membeli rumah, mahu membeli bersama-sama anggota keluarga dan berhasrat membeli rumah bersaiz besar dan mempunyai tanah. Di peringkat permulaan, simpanan tunai boleh dilakukan dengan mengurangkan perbelanjaan untuk aktiviti santai dan membeli rumah pangsapuri terlebih dahulu. Dijangkakan dalam tempoh beberapa tahun, harga rumah tersebut akan meningkat.

Melalui pengalaman sendiri, dengan bergaji kecil, bagaimanakah dapat memiliki beberapa rumah dan terlibat dalam bidang hartanah?

Saya mahu memiliki rumah sendiri sebagai harta untuk masa depan. Saya menggunakan simpanan sendiri dan mengambil wang hantaran untuk dijadikan wang pendahuluan membeli rumah ketika berusia 24 tahun. Ia keputusan tepat kerana ia membawa saya dalam bidang ini yang dilihat mempunyai prospek tinggi. Dalam masa sama, saya berjinak-jinak dalam bidang hartanah dengan mengikuti kelas dan pelbagai kursus berkaitan hartanah untuk mendalami ilmu hartanah. Selepas berkahwin saya mendapat sokongan suami, Muhammad Fairuz Zain Salleh untuk bersama-sama dalam bidang hartanah kerana suami mempunyai kepakaran dalam bidang hiasan dalaman manakala saya terlibat dalam pemasaran.

Apakah langkah perlu dilakukan untuk merealisasikan hasrat memiliki rumah?

Langkah pertama adalah melakukan perancangan lebih awal dan tidak memandang ringan bayaran pendahuluan iaitu bajet perlu melebihi harga rumah. Mereka perlu dapatkan maklumat kewangan dan mempertimbangkan perbelanjaan seharian dengan berhemah. Sehingga kini saya masih mengamalkan sikap berjimat-cermat iaitu mengasingkan wang sewaan dan sublet untuk simpanan dan perbelanjaan, gaji saya tidak berusik. Selain itu, mereka tidak perlu malu untuk mendapatkan nasihat kewangan daripada profesional untuk membantu dalam membuat pilihan tepat.

Bagaimana boleh menjana pendapatan melalui hartanah dan tip membeli rumah?

Saya membeli pangsapuri pada 2010 untuk diduduki dan diikuti beberapa rumah pangsapuri yang disewakan di sekitar Lembah Klang. Pada tahun lalu, saya bersama suami berjinak-jinak dengan sublet dan menyediakan perabot yang bersesuaian, kami mampu menjana pendapatan tambahan. Setiap hartanah yang dibeli perlu memenuhi aspek pelaburan dan kriteria yang memenuhi permintaan pelanggan. Setiap hartanah yang dibeli harus memenuhi beberapa kriteria dari aspek pelaburan, apa yang penting ialah ia mempunyai aliran tunai yang positif meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Selain itu, lokasi bersesuaian dan berdekatan kemudahan pembangunan infrastruktur dan fasiliti lengkap, memacu nilai pelaburan. Pembeli perlu memeriksa dengan pihak perunding hartanah sebelum membeli hartanah.

Sinar Harian

Selasa, 20 Jun 2017

Pulut kuning, rendang Zarina laris

Pulut kuning, rendang Zarina laris
Pulut kuning dan rendang Zarina Zainuddin pikat selera ramai ketika berbuka dan bersahur.


    BUKAN hanya pada hari biasa, perniagaan pulut kuning dan rendang pelakon Zarina Zainuddin semakin rancak pada bulan Ramadan.

    Menurut Zarina, hampir setiap minggu tempahan pulut kuning diterima terutama daripada ejennya, selain dijual di bazar-bazar besar yang dianjurkan syarikat di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Kuantan, Pahang.

    "Pulut kuning dan rendang ini tahan lama bila disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh dipanaskan semula apabila kita hendak makan.
    "Jadi ramai yang jadikan pulut kuning dan rendang ayam, daging atau kerang kami sebagai juadah untuk berbuka dan bersahur," katanya sejak memulakan perniagaan itu tiga tahun lalu.

    Walaupun bukanlah berniaga setiap hari, namun Zarina berkata, setiap kali dia menjual pulut kuning dan rendangnya pada suatu-suatu acara tertentu, produknya habis dijual dalam tempoh dua jam.

    "Dari segi kuantiti, ia bergantung kepada permintaan sesuatu lokasi itu. Paling sedikit saya sediakan 50 pek dan paling banyak sehingga 200 pek, mengikut permintaan atau acara-acara tertentu.
    "Rata-rata pelanggan membeli kerana memang mereka hendak makan pulut dan rendang, bukan kerana saya artis. Sebagai peniaga, kami masak dengan penuh kasih sayang dan mengikut cita rasa pelanggan," katanya yang menjual pulut kuning dengan rendang pada harga antara RM12 hingga RM15 sebekas.

    Selain itu, Zarina turut menjual tudung menerusi jenama Quenella dan Khimar by Zarina Zainuddin serta kosmetik jenama Addura.

    Sepanjang Ramadan, Zarina juga tidak ketinggalan menjual kuih raya buatan sendiri, iaitu 'almond London', 'almond crispy', mentega kacang dan tat nenas.

    "Semuanya saya buat sendiri dengan dibantu keluarga yang menguruskan perniagaan. Namun, kami tidaklah menjual dalam kuantiti yang banyak sebab semuanya buat sendiri," katanya.

    Sinar Harian

    Isnin, 19 Jun 2017

    Jangan takut dalami al-Quran: Chun Wai

    Wong Chun Wai
    Chun Wai berhasrat mencari seorang guru untuk membimbingnya membaca al-Quran. - Foto: Sharifuddin Abd Rahim

    PETALING JAYA - Masyarakat bukan Islam di Malaysia harus lebih terbuka dan tidak perlu takut mempelajari tentang Islam dan al-Quran.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Publications (M) Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai  berkata, tidak salah untuk masyakat bukan Islam berbuat demikian kerana ia membawa kebaikan.

    “Kita duduk di Malaysia  yang realitinya adalah negara majoriti Islam. Jadi tidak salah untuk kita memahami Islam dan kitab sucinya al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
    Menurutnya, al-Quran dan Islam bukan asing bagi dirinya dan minat mendalaman dua perkara itu tercetus sejak remaja lagi.

    "Saya belajar Sejarah Islam dan Kesusasteraan Melayu masa di Tingkatan 6.  Malah, masa di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), saya juga belajar Tamadun Islam.  Menarik lagi, adik perempuan ibu saya juga peluk Islam," katanya.
    Chun Wai, seorang penganut Kristian berkata, al-Quran adalah satu-satunya kitab yang berbeza daripada kitab yang lain.

    Katanya, al-Quran satu-satunya kitab yang memulakan setiap surah dengan menyebut ALLAH Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

    “Belajar tentang al-Quran bagus, apa nak takut baca al-Quran? Bukannya bila belajar kita kena masuk Melayu’,” katanya.
    Menurutnya, al-Quran berupaya menenangkan jiwa dan beliau masih dalam peringkat belajar kitab itu.

    "Sikap dan minda terbuka amat penting dalam masyarakat majmuk. Tidak salah untuk kita berusaha untuk memahami dan menghormati agama lain.
    “Saya masih belajar dan jika ada peluang saya berhasrat mencari seorang guru untuk membimbing baca al-Quran, kerana masih banyak yang tidak difahami,” katanya.
    Menyentuh kempen #QuranHour, beliau berpendapat, kempen tersebut sangat bagus kerana fokusnya adalah untuk mengajak semua masyarakat mendekatkan diri dengan al-Quran.

    “Bagi masyarakat bukan Islam pula, inilah peluang untuk mereka mempelajari tentang al-Quran.

    “Jadi tidak salah untuk orang bukan Islam jika ada yang berminat untuk turut serta dalam kempen ini,” katanya.
    Chun Wai juga melahirkan sokongan penuh terhadap #QuranHour, kempen berinteraksi selama satu jam bersama al-Quran.

    #QuranHour akan bermula dengan penganjuran Malaysia #QuranHour esok atau bersamaan 24 Ramadan.

    Malaysia #QuranHour akan berlangsung Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

    Sinar Harian

    Jumaat, 16 Jun 2017

    LHDN pantau peniaga MLM

    LHDN pantau peniaga MLM

    LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan terus memantau orang perseorangan yang cuba mengelak membayar cukai pendapatan melalui penglibatan dalam syarikat Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat atau Multi-level marketing (MLM).

    "Mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dalam perniagaan MLM, mereka tetap perlu membuat pentafsiran cukai pendapatan. LHDN tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan terhadap mereka yang cuba mengelak bayar cukai," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Abdul Manap Dim seperti yang dilaporkan dalam Sin Chew Daily.

    Menurut beliau, mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan mana-mana individu yang bergaji dan mempunyai pendapatan sampingan perlu mengisytiharkan  jumlah pendapatan sampingan yang diperoleh mereka itu kepada LHDN.

    "LHDN akan menyiasat dari mana punca pendapatan mereka. Selain itu, sekiranya pendapatan mereka berdasarkan komisen, mereka juga perlu mengisytiharkan kepada LHDN disebabkan syarikat mereka turut mengisytiharkan kepada LHDN," jelasnya.

    Sinar Harian
      

    Rabu, 14 Jun 2017

    Serunding Kampung Laut laris di Kuala Lumpur

    Serunding Kampung Laut
    Serunding Kampung Laut, Tumpat, bukan hanya popular di Kelantan tetapi mendapat permintaan yang tinggi di luar negeri itu terutama di Lembah Klang.
    Oleh itu, tidak menghairankan serunding asli ayam dan daging itu mendapat sambutan yang hangat setiap kali bulan Ramadan dan juga menjelang Syawal.
    Bagi memenuhi permintaan yang tinggi itu, Nurul Syamimi Mohd Sharifuddin, 22, sanggup datang dari Kelantan untuk menjual sendiri serunding yang diusahakan keluarganya dengan membuka gerai jualan di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur.
    Gerai yang dikendalikan Nurul Syamimi, Natrah Kerepek House, yang beroperasi sejak 2007, sentiasa menyaksikan jualannya meningkat setiap tahun dengan keuntungan boleh mencecah RM2,000 sehari.
    Beliau berkata keistimewaan serunding berkenaan yang merupakan warisan turun temurun keluarganya itu terletak pada ramuan rempah ratus selain rasa manis dan pedas yang enak sehingga menambat selera pelanggan.
    "Alhamdulillah, serunding asli ini masih lagi mendapat jualan yang tinggi berbanding produk lain seperti kuih raya, kerepek dan dodol durian yang turut dijual di sini. Serunding yang dijual ini mampu bertahan lama dan boleh dimakan dengan ketupat, lemang dan nasi pada Hari Raya selain bubur lambuk,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
    Harga serunding asli dijual bermula daripada RM10 bagi 100 gram, RM20 (200 gram) dan RM50 (500 gram). Pelanggan akan menikmati harga istimewa jika mereka membeli serunding asli sebanyak 1kg.
    “Bagi kuih raya pula, antara yang mendapat sambutan adalah tat nanas, batang buruk dan popia simpul,” katanya sambil memberitahu beliau memperoleh bekalan kuih raya dari Ipoh, Perak.
    Sementara itu, seorang pelanggan, Sarah Hafizuddin, 35, mengakui menjadikan serunding berkenaan juadah wajib semasa sambutan Aidilfitri untuk dihidangkan kepada para tetamu.
    “Saya sekeluarga memang meminati serunding yang dijual di sini dan bagi tahun ini pula, saya turut membeli beberapa peket untuk keluarga mentua saya di Kedah,” katanya.
    Pesara kerajaan, Mustafa Abdul Halim, 60, sanggup datang dari Tapah, Perak bagi membeli serunding itu selepas mendengar tentang keenakan makanan itu daripada rakan-rakannya.
    “Ini merupakan kali pertama saya membeli dan saya tidak sabar merasai kehebatan serunding ini seperti apa yang diceritakan rakan-rakan,” katanya.
    BERNAMA

    Selasa, 13 Jun 2017

    Puasa dan sel kanser

    Puasa dan sel kanser

    PUASA merupakan salah satu ibadah khusus yang dilakukan umat Islam. Atas keikhlasan dan kesabaran menjalani ibadah puasa, menahan lapar dan dahaga, mengawal hawa nafsu serta menjauhi segala larangan dan melakukan segala suruhan dalam agama, ALLAH SWT memberi keistimewaan kepada mereka yang berpuasa dengan memasukkan mereka ke dalam syurga melalui pintu khusus yang bernama Ar-Rayyan.

    Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan ‘Ar-Rayyan’, yang hanya dimasuki oleh orang yang berpuasa. Ditanya (oleh pintu tersebut): “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melalui pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa masuk, pintu itu pun ditutup dan tiada lagi yang masuk melaluinya.” (Hadis Riwayat Muslim)
    Umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun iaitu pada Ramadan. Selain itu, ia adalah sunnah Rasulullah SAW untuk berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Seperti dinyatakan dalam artikel yang lepas, kerana manfaat di sebalik berpuasa, ia sebenarnya baik untuk semua ciptaan ALLAH yang bernyawa; bukannya untuk umat Islam sahaja.

    Pada Oktober 2016, pakar biologi molekular Jepun, Yoshinori Ohsumi, telah menerima Anugerah Nobel Perubatan (Nobel Prize in Physiology or Medicine) atas penemuan beliau tentang proses pemecahan dan pembaharuan atau pemulihan sel-sel badan yang dikenali sebagai 'autophagy’. Penemuan tentang mechanisms for authophagy ini boleh dimanfaatkan untuk melawan penyakit kanser.

    Autophagy berasal daripada perkataan Greek auto (sendiri) dan phagein (memakan) yang membawa maksud “memakan diri sendiri”. Istilah autophagy diperkenalkan oleh Christian de Duve (pemenang anugerah yang sama pada 1974). Proses ini sama dengan satu lagi proses yang lebih dikenali, iaitu 'apoptosis’ yang juga dipanggil proses kematian sel yang diprogramkan (programmed cell death).

    Sel-sel dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan untuk  mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini rosak atau menjadi tua dan tidak berfungsi, ia perlu dibuang daripada badan dan digantikan dengan sel-sel baharu. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku, ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya kanser.
    Bagaimana kanser berlaku? Kanser terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati. Kebiasaannya, apabila sel-sel lama sudah mati, ia akan digantikan dengan sel-sel baharu. Tetapi, jika sel-sel lama tidak mati, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ini akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal serta tidak melakukan fungsi asal mereka. Lebih teruk lagi, sel-sel lama ini akan berkembang tanpa henti dan seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain. Perkara ini akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk terhadap sistem organ.

    Berbalik kepada proses autophagy, ia terjadi apabila perut dalam keadaan kosong atau berpuasa. Ketika berpuasa, otak akan memberikan signal kekurangan makanan dan tubuh akan mencari makanan yang tersimpan di dalam badan. Di sini terjadinya proses autophagy, di mana sel-sel akan memecahkan protein yang tua dan rosak dalam badan. Sel-sel lama dan rosak dimusnahkan dan sel-sel baharu dibina sebagai ganti.
    Kekurangan nutrisi adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat dan ini menyebabkan penurunan glukagon, manakala apabila kita tidak makan (berpuasa), insulin akan menurun dan glukagon akan meningkat. Peningkatan glukagon inilah yang merangsang proses autophagy. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa. Berpuasa juga dapat meningkatkan kadar pertumbuhan hormon dalam badan.  

    Secara analogi, jika kita ingin mengubahsuai dapur dan ingin meletakkan kabinet baharu, kita perlu membuang kabinet lama terlebih dahulu. Jika kita meletakkan kabinet baharu tanpa membuang yang lama, keadaan akan menjadi serabut dan dapur kita akan kelihatan buruk.

    Apa pun, seperti dalam banyak perkara lain, perlu ada keseimbangan. Autophagy yang berlebihan juga boleh memudaratkan. Maka, kaedah puasa yang dianjurkan dalam Islam, iaitu berpuasa dan berbuka (makan) secara berselang-seli, dan dilakukan secara konsisten, merupakan formula terbaik untuk mendapatkan hasil yang optimum daripada kitaran proses semula jadi ini.

    Kredit : Sinar Harian Online

    Khamis, 8 Jun 2017

    Bagaimana dan Mengapa Para Pejuang Terkait dengan Islamic State (IS) Mengambil Alih Kota di Filipina


    MINDANAO, FILIPINA SELATAN (voa-islam.com) - Para pejuang yang terkait dengan Islamic State (IS) telah mengambil alih beberapa lingkungan di kota Marawi, Filipina selatan, dengan serangan artileri dan udara tentara tidak dapat sepenuhnya mengusir mereka setelah tujuh hari.

    Menurut kantor berita terkait IS, A'maaq, sedikitnya 85 tentara Filipina tewas dalam bentrokan tersebut sementara sembilan belas warga sipil telah meninggal dunia.

    Militer Filipina memberikan laporan berbeda, mengklaim 61 jihadis gugur sementara 17 lainnya berasal dari tentara.

    Puluhan ribu orang telah melarikan diri dari kota berpenduduk 200.000 orang.

    Bagaimana pertempuran dimulai?

    Bertindak atas informasi intelijen, pasukan keamanan mencoba untuk menangkap Isnilon Hapilon, seorang pemimpin pejuang Muslim Filipina yang didukung oleh Islamic State sebagai orang utama mereka untuk Asia Tenggara, di mana jihadis telah berusaha untuk membangun kehadiran di luar Timur Tengah.

    Hapilon masuk dalam daftar paling dicari FBI, dengan hadiah atas kepalanya sebesar $ 5 juta (-+Rp 66 miliar).

    Setelah serangan yang gagal pada hari Selasa, para pejuang yang melindungi Hapilon terus mengamuk, merebut rumah sakit, sekolah dan katedral. Mereka menyerbu penjara dan membebaskan sejumlah narapidana.

    Presiden Rodrigo Duterte telah mengumumkan darurat militer di Mindanao, sebuah provinsi yang dilanda kemiskinan berpenduduk 22 juta jiwa yang memiliki sejarah pemberontakan bersenjata yang dalam.

    Siapakah orang-orang bersenjata itu?

    Para pejuang tersebut berasal dari kelompok kecil yang disebut Maute, dinamai dari dua laki-laki bersaudara, Omar dan Abdullah Maute.

    Hapilon sebelumnya memimpin faksi lainnya, Abu Sayyaf yang sebelumnya terkait dengan Al-Qaidah, yang dikenal karena pemboman dan pemancungan sandera serta kaitan dengan kelompok yang melakukan pemboman Bali tahun 2002 di Indonesia.

    Militer Filipina mengatakan bahwa sekarang Hapilon bergabung dengan Maute, yang sebelumnya bertindak sebagai organisasi kriminal namun telah tumbuh semakin ideologis dalam tujuannya, menurut para analis.

    Maute disalahkan atas pemboman tahun lalu di kota asal presiden, Davao, yang menewaskan 14 orang. Dan kantor berita Islamic State A'maaq pekan lalu menyatakan bertanggung jawab atas serangan Marawi.

    Kenapa sekarang?

    Sidney Jones, direktur Institute for Policy Analysis of Conflict (IPAC) yang berbasis di Jakarta, mengatakan bahwa pertempuran tersebut merupakan koalisi berbagai faksi pejuang Islam di Mindanao yang memiliki sejarah kekerasan bersenjata atas tanah, sumber daya dan kontrol.

    Sekarang, katanya, mereka telah membentuk sebuah koalisi melawan musuh bersama.

    "Duterte dan pemerintahannya telah gagal untuk menghargai bahwa perubahan besar telah terjadi di Mindanao, dan orang-orang ini tidak dimotivasi hanya oleh politik klan atau uang. Para pemimpinnya mungkin adalah 'bandit' di masa lalu, tapi sekarang, mereka adalah ideolog," katanya.

    "Mereka telah diyakinkan oleh ISIS bahwa jawaban atas masalah Mindanao adalah hukum Islam," tambahnya.

    Dalam sebuah laporan Oktober, Jones meramalkan keributan saat ini. Menghadapi kerugian di Suriah dan Irak, ISIS semakin melihat ke Filipina untuk mendirikan sebuah provinsi atau "wilayat" di wilayah itu, kata laporan tersebut.

    Dukungan untuk Islamic State di Mindanao "telah memfasilitasi kerja sama lintas klan dan etnis, memperluas area rekrutmen ekstremis untuk memasukkan mahasiswa universitas yang cerdas dan membuka komunikasi internasional baru dan mungkin juga saluran pendanaan," katanya.

    Banyak Muslim di Filipina tinggal di Mindanao, provinsi semi otonom, dan Marawi adalah kota terpadat di wilayah pemerintahan sendiri.

    Apa rencana pemerintah?

    Duterte melakukan kunjungan singkat ke Rusia saat bentrokan tersebut meletus dan telah mendukung sebuah respon militer yang kuat. "Jika ada pembangkangan terbuka, Anda akan mati," katanya pada hari Rabu. "Dan jika itu berarti banyak orang sekarat, biarlah."

    Duterte, mantan walikota dari Davao, kota lain di Mindanao, telah melihat kepresidenannya selama setahun yang ditandai dengan pertumpahan darah, dengan sebuah "perang melawan narkoba" yang telah menyebabkan ribuan pecandu narkoba dan tersangka tewas. Dia telah dikutuk internasional untuk mendukung aksi main hakim sendiri.

    Presiden Filipina itu secara terbuka telah mendorong warga sipil untuk membunuh pecandu dan mengatakan bahwa dia tidak akan menuntut polisi untuk melakukan eksekusi di luar hukum.

    Dia juga secara blak-blakan mengatakan hal yang sama dalam bentrokan Marawi, meyakinkan tentaranya bahwa dia akan melindungi mereka jika mereka melakukan pelanggaran selama konflik, termasuk pemerkosaan.

    "Jika Anda tenggelam, saya tenggelam. Tapi untuk keadaan darurat ini dan konsekuensi dari darurat militer dan akibat dari darurat militer, saya dan saya sendiri yang akan bertanggung jawab, lakukan saja pekerjaan Anda, saya akan mengurus sisanya," kata Duterte pada hari Jumat, menurut transkrip kantor presiden.

    ”Saya akan dipenjara untuk Anda", mengacu pada tentara yang melakukan pelanggaran, lalu dia bercanda: Jika Anda memperkosa tiga (wanita), saya akan mengakui bahwa saya melakukannya."

    Pada hari Ahad, Duterte mengajukan permohonan ke kelompok pemberontak lainnya di Mindanao, termasuk dua faksi pejuang Muslim dan pemberontak pimpinan Komunis, untuk bergabung dalam perang melawan Maute, menjanjikan mereka dengan bayaran dan tunjangan, termasuk perumahan.

    Laporan menyebutkan bahwa kelompok pemberontak Komunis bersedia untuk berdamai sementara dengan pemerintah dan bergabung dalam perang melawan afiliasi Islamic State. Sementara 2 kelompok pejuang Muslim yang saat ini terlibat gencatan senjata dengan Manila, Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Front Pembebasan Nasional Moro (MNLF) belum memberikan reaksi segera.

    Kredit : http://m.voa-islam.com

    Rabu, 7 Jun 2017

    Rezeki tak putus

    Rezeki tak putus
    Ayda Jebat
      BIASANYA, kebanyakan selebriti memilih untuk berehat sepanjang bulan Ramadan bagi memberi ruang untuk bersama keluarga dan juga menumpukan kepada ibadah.
      Namun bagi Ayda Jebat pula, dia tidak kisah bekerja sepanjang Ramadan biarpun tidak terlibat dengan penggambaran.
      Bahkan dia melihat tawaran demi tawaran yang datang sebagai rezeki yang sukar ditolak.

      “Tidak dinafi kan kadang kala ada juga rasa untuk berehat sebulan dua, tapi bila habis projek, datang tawaran lain pula.
      “Lagipun saya bukan travel person, walaupun kawan-kawan lain seronok berkongsi momen percutian mereka, tapi ia tidak menarik saya untuk turut serta.
      “Jadi saya tak kisahlah kerja dan kerja walaupun ada ketika saya penat sangat kerana ia rezeki yang sudah tertulis untuk saya,” katanya.

      Tambah pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, 25, dia juga belum terfi kir untuk memperlahankan karier seninya demi meletakkan dia dalam kelompok eksklusif.
      “Bagi saya, kalau sudah rezeki buat apa menolak. Kalau masih ada tawaran, masih ada memerlukan saya, kenapa saya mahu perlahankan karier.
      “Saya mungkin buat begitu bila tiba masanya dan ketika itu mungkin saya akan lebih beri tumpuan perniagaan pula,” jelasnya.

      Berkongsi perkembangan terkininya, Ayda berkata, dia baru sahaja selesai baki penggambaran drama Ku Kirim Cinta.
      “Untuk Ramadan kali ini saya hanya terlibat penggambaran Ku Kirim Cinta dan sudah pun selesai.

      “Selebihnya saya akan terlibat program TV3, TV9 dan Tonton kerana saya menjadi duta Terima Kasih Ramadan mereka untuk tahun ini.
      “Jadi saya perlu hadiri beberapa aktiviti dan program yang sudah ditetapkan mereka. Selain itu saya juga sibuk dengan beberapa program lain sebagai duta.
      “Walaupun tak shooting, tapi hari-hari sibuk sehingga belum ada lagi kesempatan untuk pulang ke Melaka.

      “Tapi saya tak rasa terbeban kerana programprogram yang saya sertai ini lebih kepada program amal dan saya kira inilah masa yang sesuai untuk kita membuat kebaikan,” katanya.
      Bukan itu sahaja, menurut Ayda, dia juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu Gemuruh Suara sempena penganjuran Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur.
      “Saya bukan menyanyikan lagu tema, tapi lagu untuk penyokong yang memberi sokongan mereka kepada atlet yang bertanding. Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong.
      “Malah saya melihat peluang sebegini sebagai platform yang baik untuk karier nyanyian saya,” katanya yang turut merancang untuk tampil dengan single baru selewatnya hujung tahun ini.

      Redza lelaki baik

      Sementara itu, diusik mengenai keakraban dengan gandingannya dalam drama Ku Kirim Cinta, Redza Rosli, Ayda berkata, dia tidak dapat mengelak dikaitkan kerana status keduanya yang masih single.

      “Mungkin kerana saya quite charming (ketawa), mungkin sebab saya friendly, still single dan berlakon dengan orang yang gandingannya juga masih single, jadi orang kaitkan kami bercinta.

      “Apa yang boleh saya katakan, hubungan saya dengan Redza memang baik dan bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan lebih layak mendapat perempuan yang lebih baik.
      “Bukan bermaksud saya tak baik, tapi mungkin tidak cukup baik untuknya,” ujarnya.
      Ayda berkata, dia juga berharap kisah cinta yang sering digembargemburkan tidak melebihi kisah kariernya.

      “Kalau boleh saya tak mahu lagi kisah-kisah cinta dimainkan dan biarlah orang fokus dengan apa yang saya buat,” ujarnya.

      Sinar Harian Online

      Selasa, 6 Jun 2017

      Haramkan FB sepanjang Ramadan?

      Facebook
      Gambar hiasan
        TIGA hari yang lalu, saya berbuka puasa di SS2 di kedai Cina. Taukenya bukan Muslim. Setelah order makanan, dia duduk bersama saya dan mula tanya soalan. Dia mesra kerana saya bercakap Kantonis dengannya.
        “Kamu tak makan, tak minum satu hari?,” dia tanya.
        Saya jawab, “Bukan sehari. Hanya pukul 6 pagi sampai 7.30 petang je.” Saya berusaha jawab dengan berhati-hati kerana saya tahu banyak salah faham terhadap puasa menurut Islam.

        Dia tanya lagi, “Ada kawan Muslim bagitahu dia juga memaksa anak-anak kecilnya untuk berpuasa!" Saya dah jangka dia pasti salah faham tentang hakikat puasa.
        “Mana ada anak kecil wajib puasa!,” saya nyaringkan suara sikit supaya dia benar-benar dengar apa yang saya kata.
        Dia macam tak puas hati, lalu tanya lagi, “Surat khabar laporkan bahawa beberapa orang asing Muslim kena tangkap kerana mereka makan di kedai makan. Kalau mereka ini buruh kasar, kerja construction, mana larat nak puasa! Bukan saja mereka tak boleh makan, air pun tak boleh minum!”

        Ini dah jauh sangat salah faham. Cuba tanya diri kita. Apa punca Islamofobia tauke Cina ini tentang puasa? Adakah ia berpunca dari permainan media Barat atau dari kejahilan diri sendiri?
        Saya terus respons, “Buruh yang kerja berat tidak wajib berpuasa bila dia bekerja. Bahkan kalau boleh dehiydration, dia wajib minum air. Bukan semua Muslim wajib puasa. Ibu saya tak puasa sebab dah sangat tua dan uzur. Bahkan, ada yang haram berpuasa. Kalau berpuasa juga, dia berdosa besar seperti perempuan yang baru lahir anak dan haid. Kalau seseorang travel jauh, dia juga tak wajib berpuasa. Puasa hanya untuk yang mampu dan yakin tidak akan memudaratkan dirinya. Puasa untuk bina kesihatan dan untuk sedarkan tentang kesusahan fakir miskin, bukan untuk membunuh jiwa!”

        Tauke Cina ini tanpa ragu-ragu terus angguk-angguk kepala tanda setuju.

        Sebenarnya, kita tidak smart dalam mempersembahkan roh Islam sebagai rahmat. Kita kutuk mereka yang makan di kedai makan tapi adakah kita sediakan tempat khas yang tertutup untuk mereka yang layak berbuka? ALLAH SWT telah beri hak kepada sebahagian orang untuk tidak berpuasa, siapa kita untuk halang? Sepatutnya kita jaga hak mereka ini dengan sediakan tempat khas tertutup dalam setiap kedai makan.

        Mungkin akan dikatakan bagaimana kita tahu seseorang itu layak berbuka puasa siang hari? Ini masalah pengurusan. Kita kena setuju dengan konsepnya bahawa ALLAH SWT telah berikan hak kepada beberapa kategori untuk tidak berpuasa dan kita perlu jaga hak dan maslahat kategori-kategori ini. Kita boleh minta seseorang untuk tunjukkan M.C. daripada doktor untuk pengesahan bahawa dia tak wajib puasa.

        Cuba bayangkan seorang tua berjubah, berkopiah yang tak larat berpuasa. Puasa akan memudaratkan kesihatannya dan mungkin bahayakan nyawanya. Bayangkan dia sedang berjalan-jalan di mall dan tiba-tiba dia terasa lapar nak pitam. Di mana dia makan kalau semua kedai tiada tempat khas tertutup untuk makan? Makan di jamban?
        Saya tidak setuju kedai makan ditutup pada waktu puasa. Saya tidak setuju menghalang bukan Muslim untuk makan. Yang cemarkan Ramadan ialah kita menimbulkan Islamofobia, mencemarkan maruah Islam.

        Kalau nak benar-benar jaga kesucian Ramadan, deactivatekan FB, Instagram dan WhatsApp group. Inilah yang banyak mengumpat, mencaci dan mencela. Kalau dibandingkan jumlah orang Islam yang curi makan dengan jumlah orang yang berpuasa perut tapi mengumpat di sosial media, mana yang lebih banyak?
        Pencemaran kesucian Ramadan sudah sampai tahap di mana sebahagian ustaz kutuk ahli politik bukan Muslim yang berbuka puasa bersama dengan Muslim.

        Bila saya berbuka puasa dengan bukan Muslim, saya ambil peluang keemasan ini untuk jelaskan bahawa puasa bukan sekadar tahan lapar dan dahaga, tetapi adalah asas pembinaan tamadun dan saya jemput bukan Muslim untuk sama-sama faham dan bina tamadun ini.

        * Abdul Naser Tun Rahman, Tokoh Pendakwah Perak

        Sinar Harian Online

        Ahad, 4 Jun 2017

        Tuah seorang suri rumah menangi RM150,000

        home best
        Dari kiri: Datuk Jalaludin Hassan, Raja Ema, Ras Adiba Radzi, Hamzah Mohd Derus (Pemenang ketiga), Yeap Leng Leng (CEO), Ramlah Mahmud (Pemenang Pertama), Datuk Shaharudin Ariffin (Pengarah HDS), Mohd Razlan Mohd Ali (Pemenang Kedua), Tuan Haji Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan& Penghargaan Pelanggan HDS), Ramlah Ram dan Datuk Nassier Wahab.
          SEORANG suri rumah terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang utama kempen promosi kelapan ‘Best Product’dari Home Best Shopping Sdn Bhd (HDS).
          Ramlah Mahmud, 62, berkata, beliau sangat terkejut bercampur teruja apabila dihubungi pihak HDS untuk dimaklumkan mengenai kemenangannya itu.

          “Saya tidak pernah menyangka akan menjadi pemenang utama kempen ini, semuanya bagaikan satu mimpi ketika dihubungi pihak HDS beberapa hari lalu.
          “Sememangnya saya amat menghargai pemberian ini dan akan sentiasa menyokong barangan Best Product,” katanya ketika ditemui pihak HDS pada sesi penyampaian hadiah di TPC Kuala Lumpur.

          Kempen Promosi kelapan Best Product telah dijalankan pada bulan Februari hingga April lalu menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM150,000 (pemenang utama), RM30,000 (hadiah tambahan pertama) dan RM3,999 (hadiah tambahan kedua).
          Kempen ini diadakan empat kali setahun dan sehingga kini hampir RM1.5 juta telah diberikan kepada para pemenang sejak ia bermula pada tahun 2015.
          Sementara itu, pihak HDS turut mengumumkan dua orang lagi pemenang hadiah tambahan pertama dan kedua iaitu Mohd Razlan Mohd Ali, 57 tahun dan Hamzah Mohd Derus, 71 tahun.

          Ketua Pegawai Eksekutif, Yeap Leng Leng berkata, proses pemilihan pemenang dilakukan dengan teliti oleh ahli jawatankuasa pemilihan serta diaudit oleh juru audit luar yang bertauliah serta beliau amat berpuas hati dengan pencapaian syarikat tersebut.
          “Saya amat berpuas hati dengan pencapaian syarikat setakat ini  dan amat terharu dengan kesetiaan para pelanggan kami.

          “Bagi saya, kejayaan tidak mampu diperolehi sekiranya tiada sokongan daripada para pelanggan dan kakitangan kami,” katanya lagi.
          Selain itu, Leng Leng turut mengumumkan kempen terbaru Best Product sempena perayaan Aidilfitri yang bermula 15 Mei lalu hingga 15 Jun ini.
          “Hadiah utama merupakan kereta Perodua Bezaa di mana pemenang turut diberi peluang memilih warna kereta tersebut,” katanya.

          Turut hadir sewaktu Majlis penyampaian hadiah ialah Pengarah HDS, Datuk Shaharudin Ariffin; Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Penghargaan Pelanggan Best Product, Ahmad Md Isa dan duta kempen tersebut, Datuk Nassier Wahab, Ramlah Ram, Ras Adiba Radzi, Raja Ema dan Datuk Jalaluddin Hassan.

          Sinar Harian

          Sabtu, 3 Jun 2017

          Berjalan kaki ke Makkah

          Berjalan kaki ke Makkah, baru sampai Dubai
          Mochammad Khamim Setiawan. - Foto sumber Malaysian Digest

          EMERIAH ARAB BERSATU - DUBAI. Kisah mengenai seorang lelaki yang berjalan kaki dari Indonesia ke Makkah kerana mahu menunaikan ibadah haji tular di laman sosial.
          Menurut laporan Malaysian Digest, Mochammad Khamim Setiawan, 29, yang berasal dari Desa Rowokembu di Pekalongan Jawa Tengah memulakan pengembaraannya pada 28 Ogos tahun lepas.

          Selain mahu menunaikah haji, Mochammad Khamim mendakwa pengembaraannya bertujuan 'mempelajari Islam dari cendiakawan-cendiakawan Muslim dan berkenalan dengan mereka yang berlatar belakangkan budaya yang berbeza'.
          Mochammad Kamim sebelum ini tinggal bersama ayahnya, Syaufani Solichin, 74, selepas ibunya meninggal dunia 10 tahun lalu.

          Kata Syaufani, Mochammad Khamim kini berada di Dubai selepas mengharungi perlbagai rintangan.
          Beliau juga mengatakan Mochammad Khamim sering bercerita mengenai orang tempatan yang ditemuinya dan akan menyambung perjalanan ke Makkah.
          "Anak saya sangat kuat dan bersemangat. Kalau ada sesuatu yang dia mahu, dia akan dapatkannya," kata Syaufani.

          Syaufani juga mengaku Mochammad Khamim tidak meminta sebarang bantuan kewangan dari beliau.
          "Khamim pernah hampir dirompak sebelum meninggalkan Indonesia. Kemudian di Thailand.
          "Di India pula orang tempatan memberikan arah yang salah kepadanya dan ia memperlahankan perjalanan anak saya," jelas Syaufani.

          Syaufani memberitahu beliau tidak yakin bahawa anaknya akan tiba di Makkah, tetapi ketibaan Khamim di Dubai menyangkal sangkaan beliau.
          Antara negara yang telah direntas Khamim dengan berjalan kaki adalah Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Oman dan Emeriah Arab Bersatu.

          Sinar Harian

          Jumaat, 2 Jun 2017

          Ezlynn Hai Hai Bye Bye fail cerai

          Ezlynn Hai Hai Bye Bye fail cerai
          Adam Fahmy Shamsudin, 38 keluar dari mahkamah selepas isterinya, Azline Ariffin, 36 yang dikenali sebagai Ezlynn popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye keluar dari mahkamah selepas memfailkan cerai terhadapnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


            SPEKULASI keretakan rumahtangga penyanyi, Ezlynn akhirnya terjawab apabila penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu memfailkan permohonan cerai.

            Dia memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

            Bagaimanapun suaminya, Adam Fahmy Shamsudin tidak bersetuju dan enggan bercerai secara baik.

            Justeru, Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor memerintahkan agar Ezlynn selaku plaintif dan Adam melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

            Penyanyi Ezlynn atau sebenarnya Azline Ariffin, berkahwin dengan pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada November 2011.

            Sinar Harian/30 MEI 2017

            Khamis, 1 Jun 2017

            Kalimah Allah Pada Alat Mainan


            PARIT BUNTAR: Seorang guru membuat aduan polis di sini berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.

            Mahnun Mat Isa, 40, berkata beliau terkejut apabila menemukan kalimah ''Allah'' dan ''Muhammad'' dilekatkan pada bendera dipegang watak ''pengganas'' pada alat permainan itu.
            Lebih memeranjatkan, beliau berkata watak ''pengganas'' tersebut merupakan seorang lelaki yang memakai serban.

            "Saya menyedari tentangnya selepas anak bongsu saya bermain permainan itu sambil menunjukkan watak ''pengganas'' berserban dan memegang bendera memaparkan kalimah ''Allah'' dan ''Muhammad," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

            Mahnun berkata, terkejut dengan perkara itu beliau segera membuat laporan polis dan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lepas.

            Dia membeli alat permainan tersebut yang dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, 24 Mei lalu.
            Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan guru tersebut. - BERNAMA


            Cara Buat Duit RM50 Hingga RM200 Setiap Bulan Tanpa Henti

              Cara buat duit tanpa henti setiap bulan dengan cara mudah sahaja.. klik sini

            Catatan Paling Popular