SEORANG suri rumah terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang utama kempen promosi kelapan ‘Best Product’dari Home Best Shopping Sdn Bhd (HDS).
Ramlah Mahmud, 62, berkata, beliau sangat terkejut bercampur teruja apabila dihubungi pihak HDS untuk dimaklumkan mengenai kemenangannya itu.
“Saya tidak pernah menyangka akan menjadi pemenang utama kempen ini, semuanya bagaikan satu mimpi ketika dihubungi pihak HDS beberapa hari lalu.
“Sememangnya saya amat menghargai pemberian ini dan akan sentiasa menyokong barangan Best Product,” katanya ketika ditemui pihak HDS pada sesi penyampaian hadiah di TPC Kuala Lumpur.
Kempen Promosi kelapan Best Product telah dijalankan pada bulan Februari hingga April lalu menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM150,000 (pemenang utama), RM30,000 (hadiah tambahan pertama) dan RM3,999 (hadiah tambahan kedua).
Kempen ini diadakan empat kali setahun dan sehingga kini hampir RM1.5 juta telah diberikan kepada para pemenang sejak ia bermula pada tahun 2015.
Sementara itu, pihak HDS turut mengumumkan dua orang lagi pemenang hadiah tambahan pertama dan kedua iaitu Mohd Razlan Mohd Ali, 57 tahun dan Hamzah Mohd Derus, 71 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif, Yeap Leng Leng berkata, proses pemilihan pemenang dilakukan dengan teliti oleh ahli jawatankuasa pemilihan serta diaudit oleh juru audit luar yang bertauliah serta beliau amat berpuas hati dengan pencapaian syarikat tersebut.
“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian syarikat setakat ini dan amat terharu dengan kesetiaan para pelanggan kami.
“Bagi saya, kejayaan tidak mampu diperolehi sekiranya tiada sokongan daripada para pelanggan dan kakitangan kami,” katanya lagi.
Selain itu, Leng Leng turut mengumumkan kempen terbaru Best Product sempena perayaan Aidilfitri yang bermula 15 Mei lalu hingga 15 Jun ini.
“Hadiah utama merupakan kereta Perodua Bezaa di mana pemenang turut diberi peluang memilih warna kereta tersebut,” katanya.
Turut hadir sewaktu Majlis penyampaian hadiah ialah Pengarah HDS, Datuk Shaharudin Ariffin; Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Penghargaan Pelanggan Best Product, Ahmad Md Isa dan duta kempen tersebut, Datuk Nassier Wahab, Ramlah Ram, Ras Adiba Radzi, Raja Ema dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN