BIASANYA, kebanyakan selebriti memilih untuk berehat sepanjang bulan Ramadan bagi memberi ruang untuk bersama keluarga dan juga menumpukan kepada ibadah.
Namun bagi Ayda Jebat pula, dia tidak kisah bekerja sepanjang Ramadan biarpun tidak terlibat dengan penggambaran.
Bahkan dia melihat tawaran demi tawaran yang datang sebagai rezeki yang sukar ditolak.
“Tidak dinafi kan kadang kala ada juga rasa untuk berehat sebulan dua, tapi bila habis projek, datang tawaran lain pula.
“Lagipun saya bukan travel person, walaupun kawan-kawan lain seronok berkongsi momen percutian mereka, tapi ia tidak menarik saya untuk turut serta.
“Jadi saya tak kisahlah kerja dan kerja walaupun ada ketika saya penat sangat kerana ia rezeki yang sudah tertulis untuk saya,” katanya.
Tambah pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, 25, dia juga belum terfi kir untuk memperlahankan karier seninya demi meletakkan dia dalam kelompok eksklusif.
“Bagi saya, kalau sudah rezeki buat apa menolak. Kalau masih ada tawaran, masih ada memerlukan saya, kenapa saya mahu perlahankan karier.
“Saya mungkin buat begitu bila tiba masanya dan ketika itu mungkin saya akan lebih beri tumpuan perniagaan pula,” jelasnya.
Berkongsi perkembangan terkininya, Ayda berkata, dia baru sahaja selesai baki penggambaran drama Ku Kirim Cinta.
“Untuk Ramadan kali ini saya hanya terlibat penggambaran Ku Kirim Cinta dan sudah pun selesai.
“Selebihnya saya akan terlibat program TV3, TV9 dan Tonton kerana saya menjadi duta Terima Kasih Ramadan mereka untuk tahun ini.
“Jadi saya perlu hadiri beberapa aktiviti dan program yang sudah ditetapkan mereka. Selain itu saya juga sibuk dengan beberapa program lain sebagai duta.
“Walaupun tak shooting, tapi hari-hari sibuk sehingga belum ada lagi kesempatan untuk pulang ke Melaka.
“Tapi saya tak rasa terbeban kerana programprogram yang saya sertai ini lebih kepada program amal dan saya kira inilah masa yang sesuai untuk kita membuat kebaikan,” katanya.
Bukan itu sahaja, menurut Ayda, dia juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu Gemuruh Suara sempena penganjuran Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur.
“Saya bukan menyanyikan lagu tema, tapi lagu untuk penyokong yang memberi sokongan mereka kepada atlet yang bertanding. Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong.
“Malah saya melihat peluang sebegini sebagai platform yang baik untuk karier nyanyian saya,” katanya yang turut merancang untuk tampil dengan single baru selewatnya hujung tahun ini.
Redza lelaki baik
Sementara itu, diusik mengenai keakraban dengan gandingannya dalam drama Ku Kirim Cinta, Redza Rosli, Ayda berkata, dia tidak dapat mengelak dikaitkan kerana status keduanya yang masih single.
“Mungkin kerana saya quite charming (ketawa), mungkin sebab saya friendly, still single dan berlakon dengan orang yang gandingannya juga masih single, jadi orang kaitkan kami bercinta.
“Apa yang boleh saya katakan, hubungan saya dengan Redza memang baik dan bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan lebih layak mendapat perempuan yang lebih baik.
“Bukan bermaksud saya tak baik, tapi mungkin tidak cukup baik untuknya,” ujarnya.
Ayda berkata, dia juga berharap kisah cinta yang sering digembargemburkan tidak melebihi kisah kariernya.
“Kalau boleh saya tak mahu lagi kisah-kisah cinta dimainkan dan biarlah orang fokus dengan apa yang saya buat,” ujarnya.
Sinar Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN