Ramai yang menyangka Syiah dan Zionis
adalah puak yang saling bertentangan dengan melihat betapa
terkehadapannya Iran menentang perancangan Israel.
Namun, sebuah buku yang ditulis penulis dari Indonesia, Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi menemui fakta sebaliknya.
Menulis dalam buku terbarunya Zionis, Syiah bersatu hentam Islam, Pizaro mendedahkan bagaiman Syiah dan Zionis berkerjasama erat merancang pembantaian umat Islam Palestin.
Menurut beliau, Israel bukanlah
pelakon tunggal yang membunuh umat Islam Palestin, sebaliknya Syiah
Lubnan dan Syria turut menjadi sekutu mereka.
“Dulu orang masih mengira bahawa Iran adalah negara terkehadapan melawan Zionisme Yahudi.
“Di buku ini anda akan dapati fakta yang
sebaliknya. Keduanya yang di luar nampak keras bermusuhan, namun di
bawah meja keduanya erat berjabat tangan,” ujarnya sebagai mempromosi
buku terbaru itu.
Katanya, antara tahun 1962 sehingga
kejatuhan Shah Pahlevi pada tahun 1979, perisik Israel menjalin hubungan
erat dengan banyak petugas Iran.
Setelah Pahlevi tumbang, rejim Khomeini menghabiskan dana hingga AS$500 juta untuk membeli peralatan perang dari Israel.
Bahkan kedua-dua negara ini bersekutu menyerang reaktor nuklear Iraq pada tahun 1981.
Brigade Sadr pula, katanya, adalah
kumpulan Syiah yang melindungi tentera George Bush dari Kuwait menuju
Baghdad melewati gurun pasir An-Nashiriyah.
“Maka tidak aneh jika Ali As-Sistani
(ulama Syiah Iraq) yang biasanya lantang mengisytihar perang ke atas
Israel tapi melarang jihad melawan hegemoni Amerika Syarikat di Iraq.
“Itulah segelintir skandal sejarah yang dilakukan oleh sumber tertinggi Syiah di negeri 1,001 malam,” katanya.
Buku ‘Zionis dan Syiah Bersatu Hantam
Islam’ mengandungi 16 bab yang mendedahkan wajah sebenar hubungan intim
Syiah dan Zionis bermula di Syria, Lubnan, Iraq, Iran, Palestin,
Afghanistan, Malaysia hingga Indonesia.
“Selama ini kita menyangka bahawa Syiah dan Zionis adalah dua kelompok yang saling bertikai.
“Namun buku ini memberikan perspektif
baru dalam melihat fakta yang sebenarnya, bahwa pada satu titik mereka
dapat bersama melawan umat Islam. Umat Islam harus membacanya,” kata
bekas Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Adhyaksa Dault.
“Untuk mengkritik Syiah, tidak cukup
hanya pada sisi teologis. Kita juga harus mengungkap data dan fakta
berkait hubungan mereka dengan Zionis Yahudi.
“Dengan menghadirkan buku ini dalam
bahasa Melayu, semoga informasi ini tidak hanya beredar di Malaysia saja
tapi juga di seluruh dataran Melayu yakni Thailand, Brunei, dan juga
Filipina,” kata Mustapha Mansor, sukarelawan Mavi Marmara. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN