Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Selasa, 24 Julai 2018

Saya bukan lemah lembut tapi...

Wany Hasrita

JIKA melihat kepada lenggok gaya gadis bernama Wany Hasrita ini, pasti ramai yang bersetuju jika dia diklasifikasikan sebagai gadis yang sopan santun dan berbudi bahasa.
Namun dalam nampak gaya sopan dan berbudi bahasa itu, empunya diri sebenarnya sukakan aktiviti sukan yang lasak dan ekstrem.

"Faktor utama saya menerima adalah untuk challenge inner strength, di mana adakah saya boleh menhadapi situasi tidak dijangka dalam perlawanan.Atas faktor itu juga, dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran daripada UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) bagi pertandingan Toyota Gazoo Racing musim kedua.

"Saya tak rasa saya seorang yang lemah lembut, tapi lebih kepada berbudi bahasa. Ibu saya memang seorang yang lemah lembut tapi saya tak mengikuti sikap ibu saya yang itu.
"Walaupun nampak saya lemah lembut, saya sebenarnya seorang yang sukakan sukan extreme dan saya suka mencuba jika diberi peluang.

"Jadi bila pihak UMW tawarkan, saya memang tak berfikir panjang untuk terima sebab saya lihat ia juga peluang untuk saya belajar menjadi pemandu yang baik," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah gadis berusia 26 tahun ini, dia juga sering memandu dan gemarkan gaya pemanduan yang laju, bagaimanapun tidak menafikan pemanduan sebegitu agak bahaya sekiranya seseorang itu tidak cekap memandu.

"Saya sedar memandu di trek dan jalan raya adalah dua situasi yang berbeza tapi memandu di trek juga ada peraturan dan jika tidak mengikuti peraturan, kita akan didenda.
"Buat masa ini saya belum dapat membayangkan lagi bagaimana suasana perlumbaan di trek, mungkin selepas perlumbaan pertama nanti baru saya tahu bagaimana feel yang sebenar dan debarannya.

"Tapi apa yang boleh saya katakan, saya memang teruja untuk memasuki trek dan tak sabar nak berlumba dengan selebriti lain yang menyertai," ujar.
Selain Wany, antara selebriti lain yang turut menyertai Toyota Gazoo Racing adalah Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad,  termasuk empat lagi selebriti dari musim pertama kembali untuk musim kedua iaitu Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee dan Syukri Yahaya.

Semua perlumbaan itu akan diadakan di lokasi berbeza, dan untuk pertama kali ia akan berlangsung di Pantai Timur, bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 2-4 Ogos. Ini diikuti pula oleh perlumbaan di MAEPS Serdang pada 19-21 Oktober; Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 22-24 Februari 2019 dan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 12-14 April 2019.

Fokus nyanyian

Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaharunya, Wany berkata, dia akan tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi.
Katanya single keenam ini masih mengekalkan komposer dan penulis lirik Menahan Rindu iaitu Gouffran dan Ibnu.

"Apa yang boleh saya katakan single baru ini rentaknya masih moden namun tetap mengekalkan lenggok Wany Hasrita," ujarnya.
Ditanya tidakkah dia bercadang untuk melebarkan kerjaya dalam cabang berbeza, Wany berkata, dia tidak merancang untuk terlibat secara serius dalam bidang lakonan selepas cuba untuk berlakon dalam telefilem Tergantung Rindu bersama Haqiem Rusli dan Tajul, baru-baru ini.

"Saya sedar kemampuan saya dan kalau boleh saya mahu fokus kepada nyanyian sahaja. Bagi saya tidak bermakna kita fokus pada satu bidang sahaja, populariti kita tidak akan naik.
"Lakonan bukan passion saya dan kalau saya nak buat sesuatu, saya lebih suka buat sebab itu passion saya. Apa yang penting kita tahu susun kerjaya untuk orang lebih aware tentang perkembangan kita," jelasnya.

Kredit : sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular