Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Jumaat, 17 Jun 2016

Pemulihan melalui al-Quran elak banduan ulangi jenayah

Al-Quran

PUTRAJAYA - Pembelajaran dan pembacaan al-Quran yang diterapkan dalam kalangan banduan merupakan antara faktor penyumbang kepada kedudukan Malaysia sebagai negara terbaik di rantau Asia dari aspek perlakuan jenayah berulang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kaedah koreksi melalui pembudayaan al-Quran di dalam penjara di seluruh negara berjaya menjadikan hanya kira-kira 7.6 peratus daripada banduan yang dibebaskan kembali melakukan jenayah dan dipenjara semula.

"Usaha proaktif yang dilakukan Jabatan Penjara ini amat dipuji kerana kita harus sedar bahawa banduan tidak seharusnya hanya dihukum, sebaliknya diberi penerapan nilai-nilai Islam seperti pembelajaran dan pembacaan al-Quran sebagai sebahagian proses pemulihan.

"Selain itu, kaedah ini juga secara tidak langsung mampu memperluaskan syiar Islam dalam kalangan banduan, dan institusi penjara secara keseluruhannya," katanya semasa berucap melancarkan Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, lebih 70 peratus daripada 47,000 banduan di Malaysia adalah beragama Islam.

‎Katanya usaha itu dilakukan Yayasan Restu dengan kerjasama Jabatan Penjara dengan mewakafkan al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk kegunaan banduan dan anggota keselamatan di seluruh negara.

Ahmad Zahid memberikan contoh mengenai bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang telah menjadi guru mengajar al-Quran dalam kalangan banduan di dalam penjara.

"Beliau telah membawa banduan-banduan yang tidak dapat membaca al-Quran kini dapat membacanya dan mengharapkan di luar penjara beliau akan terus boleh memberikan ilmu itu kepada yang lain," katanya.

Program Waqaf al-Quran yang dilancarkan sejak 2007 setakat ini berjaya mencetak dan mengagihkan 30,000 naskhah al-Quran yang diwakaf kepada pelbagai negara terutama minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan seperti Kemboja, Myanmar
Indonesia, Nigeria, Australia, New Zealand, Vietnam, Yaman, Palestin selain sekolah tahfiz, masjid serta pelbagai institusi dalam negara.

Pada majlis hari ini, Timbalan Perdana Menteri menyerahkan sumbangan daripada kerajaan kepada pihak Yayasan Restu bagi program Waqaf al-Quran sebanyak RM3 juta selain derma daripada beberapa individu dan syarikat. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Gewe Ku Ore Kelate

LayaN lagu ini KLIK SINI  

Catatan Paling Popular