Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Selasa, 10 Oktober 2017

Pilih yang popular, bakat nombor 2?

Faizal Tahir

ANTARA perkara yang menjadi perbualan dalam kalangan pemain industri seni hari ini adalah keluhan beberapa pelakon yang mengatakan untuk mendapatkan job adalah berdasarkan populariti dan jumlah pengikut artis itu di media sosial masing-masing.  
Maknanya jika artis ini benar-benar berbakat tapi tidak begitu popular maka harapan untuk dipilih adalah agak tipis.  


Dikatakan ada kuasa tertentu yang hanya mahu artis popular sahaja menjayakan watak utama. Yang kurang popular, cukup sekadar watak sampingan.
Perkara ini berlaku kerana ini antara strategi untuk menarik penonton dengan cara mudah. Semua ini dilakukan bagi menaikkan rating.  
Ya, rating sangat penting ketika ini. Bila cerita itu meletup maka itulah kebanggaan.  
Namun bagi Gempal, permainan ini bahaya untuk industri dalam jangka panjang dan artis yang benar-benar berbakat, mencari makan hanya dengan mempertaruhkan bakat mereka sahaja.  
Jangan suatu hari nanti, industri hiburan kita dipenuhi dengan lambakan pelakon tampan dan cantik tetapi tidak begitu menyerlah dalam kerjaya mereka sebagai pelakon.  
Sementara anak-anak seni yang mengambil pelbagai kursus  akhirnya tidak ke mana.  Lalu, kita akan terus membandingkan seni anak tempatan dengan industri luar negara yang semakin hebat.

Sedangkan kita pula?  Cukup hanya berbangga dengan naskhah yang dilimpahi pelbagai pelakon cantik, tampan dan popular.  
Begitu juga dengan penyanyi. Gempal dapati ada beberapa artis bersuara lunak yang shownya tidaklah begitu lebat tetapi sekadar bolehlah. Semuanya disebabkan kerana dia tidak begitu popular.  
Memang benar jika kita lihat ketika ini, setiap show hanya dipenuhi artis popular di media sosial sahaja. Nak buat macam mana sebab itu yang peminat mahukan.  
Gempal tak kisah jika penyanyi yang lahir dari media sosial ini benar-benar boleh menyanyi dan bukan mengharapkan populariti sahaja. Yang Gempal kisahkan adalah penyanyi yang sekadar boleh menyanyi tapi apabila live, hancur. Rosak industri jadinya.  
Justeru, Gempal mohon setiap daripada kita bijak membuat pilihan masing-masing demi masa depan industri seni negara.  

Antara pilihan bijak yang boleh anda buat ketika ini adalah membantu Faizal Tahir untuk  mengharumkan nama negara.  
Untuk pengetahuan, Faizal Tahir dicalonkan di anugerah berprestij Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) buat kali kedua. Kali pertama Faizal dicalonkan bagi kategori sama adalah pada 2015.
Barisan artis dari negara jiran yang turut bertanding untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik adalah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Reid (Philippines) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Jadi, ayuh tunjukkan Malaysia juga ada bakat besar. Kita sudah boleh mengundi Faizal untuk kategori tersebut melalui laman web rasmi MTV EMA di http://www.mtvema.com/en-asia/artists/i9m2j0/faizal-tahir.
Pengundian bagi calon dalam kategori ini bermula 4 Oktober dan akan berakhir pada 11 November 2017.
Semoga beliau dapat mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia dalam industri muzik dunia.

MTV Europe Music Awards (EMA) ini dipersembahkan oleh MTV Networks Europe untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur. Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari London pada Isnin, 13 November 2017.

sinar harian online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular