Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 30 September 2017

Titian Cinta terima sambutan hangat

Titian Cinta terima sambutan hangat

SETELAH sekian lama 'sunyi' daripada kehangatan dramanya, slot Akasia kini kembali menerusi drama terbaru arahan Heykal Hanifah, Titian Cinta.
Drama 28 episod yang mula ditayangkan sejak 11 September lalu menyaksikan gandingan pertama kali Zul Ariffin dan Farah Nabilah sebagai pasangan suami isteri bernama Harris dan Aisy.

Diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures, drama yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam ini turut dijayakan Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P Ramlee serta  Marisa Yasmin.
Menurut Heykal, penggambaran yang berlangsung awal Julai lalu dijangka selesai sepenuhnya 14 Oktober depan.
"Bagi saya drama ini sangat mencabar kemampuan  kerana kami perlu cepat menyelesaikan penggambaran, memandangkan drama sudah ditayangkan. Setakat ini, kami dalam proses menyiapkan episod 21 hingga 28," katanya kepada Media Hiburan.
Walaupun agak memenatkan kerana perlu bergegas dari lokasi untuk proses suntingan sebelum diserahkan kepada stesen TV, namun dia bersyukur kerana drama itu mendapat sambutan.
Ditanya mengenai kesilapan telefon terbalik seperti yang tular di media sosial, Heykal berkata, perkara itu bukan disengajakan, tapi situasinya sesuai dengan perjalanan cerita ketika itu.

"Penonton pun tahu betapa kalutnya Aisy (Farah) ketika itu kerana dia perlu mengangkat barang dan dalam masa sama ibunya menelefon. Dia juga bengang dengan suaminya yang seperti tidak endah untuk membantu.
"Jadi dalam kekalutan itu dia sendiri tak sedar bercakap dalam keadaan telefon terbalik, sedangkan ketika itu, kami memang menghubunginya direct dari luar rumah.
"Mungkin juga kelebihan iPhone, mempunyai speaker yang baik menyebabkan dia masih boleh mendengar suara kami walaupun telefon terbalik," katanya yang sudah menyedari kesilapan ketika suntingan tetapi tetap mengekalkannya kerana sesuai dengan situasi cerita.

Heykal berharap drama ini akan terus mendapat sambutan penonton sekali gus mengembalikan semula kehangatan slot Akasia seperti sebelum ini.
"Walaupun Akasia sering keluarkan drama yang bagus, tapi populariti itu tidak segah drama sebelum ini.
Heykal.
"Jadi bila saya buat drama ini, memang saya mahu beat drama yang pernah leading dan Alhamdulillah setakat ini Titian Cinta memang popular.
"Cuma kalau ada masa lebih lagi, saya mungkin boleh buat lebih baik. Tapi saya anggap apa yang berlaku ini sebahagian daripada cabaran dan pengalaman untuk saya serta kru juga," ujarnya.

Titian Cinta mengisahkan percintaan Aisy (Farah Nabilah) dan Harris (Zul Ariffin). Kepulangan Aisy memang ditunggu Harris.
Disebabkan hatinya dikaburi perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri empat tahun lalu. Dia menyesal dengan tindakannya mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.
Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumah tangga pasangan ini. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf), bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali sikap Harris.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah Titian Cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula? Nantikan pengakhirannya.

sinar harian online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular