Assalamualaikum Semua...
Saya ringkaskan isi kuliah maghrib yang suami dengar dan disampaikan kepada saya.
Begini
kisahnya.....Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan
Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal...Kenapa Allah memilih Nabi Isa..?
Ustaz kata,
Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan
peristiwa baginda disalib... Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj
baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW...
Oleh kerana
mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan
bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian
umat Muhammad..
Maka doa
Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan
apabila hampir kiamat nanti...Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa
diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum
berkahwin.Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal
laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40
tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang
berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.
Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab...Begitu kisahnya..
Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab...Begitu kisahnya..
Kenapa Allah pilih Nabi Isa bangsa Isra3l bukan Nabi Muhamad bangsa Arab.
Kredit : http://infoislam88.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN