Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 26 November 2015

Gara-gara nama sama kumpulan ISIS

FB

SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pengguna laman sosial berang selepas akaun Facebook miliknya disekat kerana namanya sama seperti kumpulan IS.

Isis Anchalee, seorang pembangun perisian pada Isnin memuat naik paparan skrin yang menunjukkan akaun Facebook miliknya disekat.

Dia memuatnaik paparan itu di laman mikro Twitter.
"Kenapa anda (Facebook) menyekat akaun peribadi Facebook saya. Nama sebenar saya ialah "Isis Anchelee," tulisnya.

Menurut Anchalee, dia turut menghantar maklumat peribadinya kepada Facebook sebanyak tiga kali untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Facebook fikir saya adalah IS. Saya menghantar paparan pasport dan ia tidak cukup untuk membuatkan mereka mengaktifkan kembali akaun saya," ujarnya.

Sementera itu, Facebook berkata, pihaknya tersilap menyekat akaun persendirian milik Isis Anchalee selama sehari kerana namanya yang dieja dengan singkatan kumpulan IS.

"Ini adalah kesilapan yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses laporan akaun palsu dan kami memohon maaf di atas kesilapan tersebut.

"Ia tidak berkaitan dengan nama individu dan akaunnya telah diaktifkan semula," kata seorang jurucakap Facebook

Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular