Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 11 Februari 2016

Ketua Polis Negara cadang naikkan kompaun maksimum

Tan Sri Khalid Abu Bakar
 KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meluahkan kekecewaan terhadap statistik kemalangan yang masih tinggi dan mencadangkan agar jumlah kompaun maksimum dinaikkan sebagai antara inisiatif mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Menurut Khalid, ia adalah bagi mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan kerana mereka masih dilihat penyumbang utama kepada kemalangan.

Dengan menambahkan kompaun, diharapkan pengguna jalan raya akan lebih bertanggungjawab, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis serah terima kereta Perodua Axia kenderaan peronda komuniti sumbangan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kepada Polis Diraja Malaysia di Menara 1, Bukit Aman di sini, hari ini.

Perodua menyerahkan empat kereta peronda jenis Axia yang akan diguna pakai oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor, Balai Polis Brickfields dan Taman Tun Dr Ismail.

Khalid berkata, berikutan peningkatan jumlah kemalangan yang masih tinggi,
kemungkinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mencadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya pesalah trafik membayar dengan mudah macam 'kacang' sahaja.

"Sebagai contoh, pihak saya lihat masih ramai lagi pengguna jalan raya yang menyalahgunakan lorong kecemasan dan ini merupakan antara punca berlakunya kemalangan maut dalam setiap op selamat yang dilaksanakan," katanya.

Tanpa mendedahkan statistik terkini Op Selamat 8/2016, Khalid berkata sejak
operasi itu dilancarkan pada 1 Feb lepas, jumlah kemalangan tidak menunjukkan sebarang perubahan, khususnya kemalangan maut.

"Jadi apa yang merunsingkan polis ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak mahu mematuhi peraturan lalu lintas," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), Khalid berkata, apa sahaja undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, PDRM akan menguatkuasakannya. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular