Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Jumaat, 12 Februari 2016

Kerajaan bakal terima dua helikopter tempur

 Kerajaan bakal terima dua helikopter tempur

KUCHING - Malaysia akan menerima dua pesawat helikopter tempur ringan jenis MD-530G daripada syarikat Mcdonnell Douglas hujung tahun ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, aset terbaharu itu membuktikan kerajaan serius dalam memperkukuh pertahanan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

 "Dari segi persiapan dan perancangan apa yang kita lakukan di Sabah, saya rasa telah dilakukan sebaik mungkin dan kita ada dua pelantar minyak yang diubah suai serta kita telah terima Kapal Bunga Mas 5 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC).

"Ini semua bagi memperkukuh pertahanan di ESScom," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Penrissen di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Mohd Johari Baharum; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pihaknya telah menggerakkan kereta perisai 8x8 ke Tawau, mengerakkan jet pejuang Hawks ke Labuan serta Sabah yang akan memiliki satu batalion baharu."Apa yang kita letakkan di Sabah akan juga merangkumi keselamatan di Sarawak dan termasuk Brunei kerana Ke bawah Duli (Sultan Hassanal Bokiah) telah kurniakan kepada kita empat buah helikopter Blackhawk. Blackhawk ini akan
dilengkapi dengan 'gatling gun' dan peluru berpandu," katanya.

Sementara itu beliau berkata beliau akan mengumumkan penambahbaikan kepada sistem gaji band pada Isnin depan dalam Perutusan Khas Tahun Baru 2016. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Gewe Ku Ore Kelate

LayaN lagu ini KLIK SINI  

Catatan Paling Popular