Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Rabu, 17 Februari 2016

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 11-13 Mac

 Fiesta Belon Panas

PUTRAJAYA - Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PIHABF) ke-8 bulan depan, akan menjadikan ruang udara pusat pentadbiran persekutuan ini, meriah dan beraneka warna dengan kehadiran belon berbentuk haiwan.

Antara tarikan pada pesta tiga hari itu yang bermula 11 Mac, ialah belon berbentuk udang kara dikenali sebagai 'Bobo the Happy Lobster', Belon Lebah dan Belon 'Mister Z The Zebra'.

Bobo the Happy Lobster akan diterbangkan Geert Van Wolvelaer dari Belgium; Belon Lebah (Francisco Naccarato dari Brazil) dan belon Mister Z The Zebra oleh Jonathan Wright dari Amerika Syarikat.

Selain belon berbentuk haiwan, belon 'Alien Rocket' - yang akan diterbangkan Alain Bard dari Kanada - akan membuat penampilan sulungnya pada pesta itu, serta melakukan penerbangan pertamanya di Asia.

"PIHABF kali ini akan memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mengenali belon dengan lebih dekat," kata pengerusinya Mohammed Sobri Saad pada sesi taklimat media di sini hari ini. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular