Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Jumaat, 19 Februari 2016

Perodua kekal dengan dasar tidak menggaji pekerja asing

Perodua

PENGELUAR kereta nasional, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), tidak akan mengubah polisi berhubung penggajian sepenuhnya pekerja tempatan di syarikat itu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata kemasukan pekerja asing dengan andaian kadar pembayaran gaji lebih rendah tidak akan mempengaruhi polisi 'No to foreign workers' (Tidak Mengambil Pekerja Asing) yang diperkenalkan sejak awal penubuhan syarikat automotif itu.

"Perodua ada polisi tidak menggaji pekerja asing melainkan orang Jepun yang diambil bekerja sebagai jurutera atas kapasiti rakan perniagaan," katanya ketika ditanya mengenai polisi pengambilan pekerja syarikat itu berikutan terdapat perjanjian kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangi perjanjian persefahaman kerjasama (MoU) antara Perodua dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang di Bilik Taklimat Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Perjanjian itu akan menyaksikan Perda menawarkan bangunan Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda-Tech) untuk dijadikan Pusat Latihan Teknikal Perodua, manakala Perodua akan menyediakan peralatan serta bahan latihan pembelajaran yang diperlukan.

Perjanjian itu turut disaksikan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

Mengulas lanjut, Aminar Rashid berkata setakat ini Perodua mempunyai 10,500 tenaga kerja, kesemuanya warga tempatan.

Berhubung ura-ura Perodua akan melancarkan model sedan pertama syarikat itu dalam masa terdekat, beliau berkata belum ada tarikh muktamad mengenainya dan rekaan itu juga masih di peringkat percubaan.

Perodua terkenal sebagai pengeluar kenderaan kompak dan antara model keluarannya termasuk MyVi, Axia, Kelisa, Kenari, Kembara dan Rusa. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular