BERMULA musim baharu liga bola sepak tahun ini, negara kita mula 'meledak' dengan kisah-kisah penaja bola sepak yang ingin menaja pasukan bola sepak tempatan.
Antara yang mencuri tumpuan tentulah pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang membelanjakan sebanyak RM16 juta bagi menaja pasukan Kelantan selama dua musim.
Rentetan daripada itu, 'saudagar-saudagar' kecantikan di negara ini juga dilihat tidak mahu mengalah untuk turut serta menjadi penaja pasukan bola sepak tempatan yang lain antaranya pengasas D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang dikhabarkan ingin 'melamar' pasukan Selangor.
Kisah-kisah ini tentulah membawa warna yang lebih ceria kepada liga bola sepak negara, yang dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini.
Namun apa yang mungkin kita tidak tahu dalam dunia ini masih ada kisah penaja yang mencuri tumpuan, termasuk kisah penaja yang pelik dan melucukan.
1) Pasukan Voukefalas
Kelab dari Greece ini terpaksa menerima tajaan daripada rumah pelacuran dek kerana masalah kewangan yang dihadapi negara tersebut.
Oleh itu, pada 2012 kelab Voukefalas ini menerima tajaan daripada rumah pelacuran soula.
"Apabila kami mengumumkan kepada pemain kami akan ditaja rumah pelacuran, mereka bertanya tentang bonus," kata presiden kelab itu seperti yang dilaporkan oleh Mirror.Uk.
2) Pasukan Paleopyrgo
Masih juga di Greece, pasukan Paleopyrgo juga senasib dengan pasukan Voukefalas apabila masalah ekonomi menjadi faktor kepada pasukan ini untuk menerima tajaan daripada rumah mayat.
"Ia adalah tentang untuk terus bertahan. Pemilik rumah pengurusan mayat itu adalah seorang rakan dan kami bersetuju," kata pengurus kelab itu, Giannis Batziolas kepada Nova Sport FM.
3) Pasukan Ac Milan
Walaupun kelab ini begitu mashur sehingga kini, namun pada tahun 1981-1982 kelab yang berasal dari Itali ini pernah menjadi bahan jenaka peminat bola sepak.
Memetik laporan Mirror, pasukan ini yang menerima tajaan daripada pakaian Pooh Jeans pada tahun itu, menarik minat khayalak kerana jersi yang dipakai oleh pasukan itu tertera perkataan "Pooh" yang besar tertera dibahagian hadapan jersi sehingga menjadi bahan tawa peminat.
Sinar Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN