Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Isnin, 18 Januari 2016

Chef, perunding tidak mengaku atur perolehan harta IS

 IS

KUALA LUMPUR - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan membabitkan diri dalam mengatur bagi memperoleh harta untuk kumpulan pengganas IS.‎

Mohamad Fauzi Misrak, 36, seorang cef di Singapura, dan Rohaimi Abd Rahim, 39, perunding kewangan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.  

Mereka didakwa bersama-sama melibatkan diri dalam satu pengaturan yang memudahkan perolehan harta bagi IS dengan mengendalikan akaun Maybank milik Mohamad Fauzi untuk tujuan keganasan.      

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad cawangan Subang Jaya di Jalan SS15/4D, Subang Jaya, antara Disember 2013 dan Julai 2014.  

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130P Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati jika perbuatan itu menyebabkan kematian, dan jika tidak melibatkan kematian, mereka boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
 
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah lain di sini untuk dibicarakan bersama dengan satu kes lain yang dihadapi mereka Seksyen 130G(c) Kanun Keseksaan.  

Rohaimi didakwa atas pertuduhan mencari harta bagi manfaat kumpulan pengganas IS melalui blog Revolusi Islam.com.  

Mohamad Fauzi pula didakwa bersubahat dengan Rohaimi atas tuduhan sama dengan membenarkan akaun Maybank miliknya digunakan dalam blog Revolusi Islam.com. sebagai medium mencari harta bagi manfaat IS.

Mahkamah membenarkan kes itu dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi lain di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah yang kemudiannya menetapkan 2 hingga 5 Februari untuk perbicaraan kesemua kes itu. 

Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Mohd Fitri Asmuni mewakili kedua-dua tertuduh. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular