Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Rabu, 13 Januari 2016

Blogger Jutawan Bukan Hanya Khayalan

 Image result for jutawan blogger

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kata jadi Blogger tidak boleh jadi Jutawan. Tiada yang mustahil dalm dunia online yang penting Rakan Blogger perlu yakin dan bersungguh-sungguh dengan apa yang kita lakukan. Soalnya berapa ramai Rakan Blogger yang yakin menjadi Blogger boleh menjadi kerjaya yang bukan sekadar dapat menampung kehidupan tetapi boleh menjadi Blogger Jutawan. Kalau Blogger pun tak boleh meyakinkan diri sendiri apakah keluarga dan masyarakat yakin bahawa menjadi Blogger boleh hidup.

Teringat seorang teman top Blogger dan sangat popular dalam dunia online berada dalam persimpangan kerana mendapat tentangan bukan sahaja dari keluarga malah isteri apabila beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi Blogger sepenuh masa. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji semula kerana tidak dapat meyakinkan diri sendiri serta keluarga bahawa Blogger boleh dijadikan kerjaya.

Seorang teman yang lain yang juga Blogger Popular dan mempunyai potensi besar juga gagal meyakinkan ibunya untuk menjadi Profesional Blogger sebagai kerjaya setelah tamat pengajian dan mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji.

Dua kejadian ini adalah sebahagian daripada ribuan kejadian dimana masyarakat tidak pernah yakin bahawa menjadi seorang Blogger boleh mengubah kehidupan. Kita pun tidak boleh menyalahkan masyarakat, ibu bapa dan isteri kerana daripada beratus ribu Blogger di Malaysia boleh dibilang dengan jari Blogger-Blogger yang berjaya kalau itu yang dijadikan sebagai tanda aras.

Di luar negara ramai Blogger yang berjaya sehingga ada yang menjadi Jutawan Blogger. Majoriti daripada mereka lahir di negara-negara maju yang mempunyai daya fikiran yang berbeza dimana mereka melihat dunia online sebagai tapak besar untuk membuat duit. Mungkin suatu hari apabila Malaysia sudah menjadi negara maju pemikiran kita akan berubah mengikut perubahan zaman.

Berikut adalah 10 Blogger Jutawan Dunia dan nilai kekayaan berdasarkan sumber SINI :
  1. The Huffington Post (USD35M)
  2. TechCrunch (USD15M)
  3. Gawker (USD100M)
  4. Lifehacker (USD109M)
  5. Mashable (USD95M)
  6. Fail Blog (Unknown USD Million Dollar)
  7. Smashing Magazine (Over USD5M)
  8. Business Insider (USD3M)
  9. Engadget (USD3.2M)
  10. The Daily Best (USD100M)
Apa yang aku boleh belajar daripada Blogger Jutawan ini adalah antaranya unik, sentiasa berubah mengikut perubahan masa, memaksimakan sosial media dan paling utama mempunyai produk sendiri. Untuk berjaya lebih hebat Rakan Blogger tidak boleh hanya berharap kepada agen iklan yang memberi sumber pendapatan kerana pasti ada batasnya. Pasti agen-agen iklan ini yang akan menjadi Jutawan dahulu sebelum Blogger kerana mereka yang mendapat bayaran wang besar daripada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka.

Alhamdulillah sudah kelihatan beberapa Rakan Blogger seperti INI yang sudah ada produk sendiri dan seminar yang boleh menjadi tapak untuk beliau menjadi seorang Blogger Jutawan. Kabarnya dahulu beliau dimaki oleh Bosnya ketika memaklumkan beliau nak berhenti makan gaji untuk menjadi Blogger sepenuh masa. Setelah beliau bentangkan perancangan melompong besar mulut Bos tu.

Untuk menjadi seorang Blogger Jutawan bukan hanya khayalan yang perlu diubah adalah cara kita berfikir, yakin diri, usaha secara bijak, kreatif, jadi lain daripada yang lain, belajar daripada yang berjaya dan tawakal kepada Allah. Tiada yang mustahil dalam dunia online kerana pasarannya terlalu besar.

Kredit :  http://denaihati.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular