Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Selasa, 26 Januari 2016

TG Nik Aziz akan 'asingkan diri' ke Jerantut kalau ada masalah

 Image result for tok guru nik aziz
SHAH ALAM - Hampir setahun masa berlalu, begitu cepat rasanya ALLAH menjemput pemimpin yang disayangi ramai, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemergiannya dikatakan meninggal kesan mendalam terhadap setiap insan yang mengenali bekas Mursyidul Am Pas itu, termasuklah anak saudaranya yang juga penceramah terkenal, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Ibu Ahmad Dusuki merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz.
Berkongsi kenangan bersama Sinar Harian, Ahmad Dusuki berkata, apa yang paling beliau ingat sehingga hari ini ialah kata-kata nasihat daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

"Ketika ini saya paling rindu ialah kata-kata nasihat beliau, yang tidak berhenti dalam menasihati keluarga ke arah perjalanan menuju ke akhirat, kerana beliau (tok guru) seorang yang optimis terhadap akhirat, maksudnya beliau dalam apa jua keadaan akan sentiasa bercakap tentang akhirat, kehidupan ini beliau gambarkan dengan suasana akhirat.

"...sebab yang ini saya betul-betul terasa kehilangan rasa terlampau rindu kepada nasihat dan ingatan-ingatan dan teguran beliau," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Shah Alam di di sini hari ini.

Berbicara lanjut, Ahmad Dasuki berkata, sehinggakan Nik Abdul Aziz hingga ke penghujung nyawanya beliau tetap bercakap tentang dakwah Islam dan perkembangan Islam di dunia ini.
"Pada akhir hayat beliau, tok guru masih bertanya tentang perkembangan agama Islam dan penerimaan Islam terhadap masyarakat bukan Islam, beliau begitu obses hendak lihat Islam berkembang, hendak dunia terima Islam," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Dasuki berkata, Nik Abdul Aziz seorang yang tegas dalam hidup dan bukan seorang yang hidup dalam semberono.

"Kalau beliau marah, marah yang berasas, contohnya ketika waktu solat, beliau sedang berjemaah tiba-tiba ada orang yang tidak berjemaah buat 'wirering' kawasan masjid misalnya, lepas selesai solat pasti tok guru akan marah orang tersebut, sebab baginya dia minta mereka fokuskan waktu itu dengan ALLAH, jangan terlibat urusan lain, ini yang buat beliau marah...sebab dia betul-betul jaga solat berjemaah," ujarnya.

Sementara itu, katanya Nik Abdul Aziz juga seorang yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan pantang ada kenduri kendara keluarga, beliau akan pergi walau sesibuk manapun.
"Dia akan pergi ziarah, kerana ingin bersama keluarga," katanya.

Berbicara lagi, Ustaz Ahmad Dasuki berkata ada satu rahsia yang mana mungkin ramai yang tidak tahu tentang perihal ini.

"Beliau akan pergi 'bersembunyi' di perkampungan Batu Balai di Jerantut, Pahang jika berhadapan dengan masalah terutamanya ketika ingin 'merehatkan diri' buat seketika daripada buruan media dan masalah politik yang melanda.

"Waktu paling saya ingat ialah ketika tok guru ada krisis dahulu, beliau ke situ, untuk asingkan diri buat seketika," katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015 lalu, di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

dipetik dari Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular