Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Isnin, 21 Disember 2015

Bayi lebih cerdik, sihat jika dilahirkan ibu usia 30an

 Bayi

LONDON - UNITED KINGDOM. Ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 30 tahun atau lebih dikatakan cenderung untuk memperoleh bayi yang lebih sihat dan cerdik, menurut sebuah kajian.

Manakala ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 40 tahun atau lebih dikatakan cenderung untuk memperoleh bayi yang mempunyai masalah obesiti.

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal bertajuk Biodemography dan Biologi sosial.

Memetik laporan itu lagi, kajian tersebut menyimpulkan bahawa usia ibu boleh memberi kesan kepada perkembangan anak-anak mereka.

Para saintis mendapati bayi yang berada dalam kandungan ibu yang berusia 30-an mempunyai tahap kognitif tertinggi.

Menerangkan keadaan tersebut, seorang pakar penyelidik, Dr Alice Goisis berkata, para ibu yang mengandung dan melahirkan anak pada usia 30-an mungkin lebih berpendidikan, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, mempunyai gaya hidup sihat dan lebih cenderung untuk berada dalam hubungan yang stabil.

Menurut Dr Goisis, kenyataan tersebut disokong oleh data yang diperoleh daripada kajian daripada Millennium Cohort iaitu satu program yang mengikuti perkembangan 18,000 kanak-kanak di United Kingdom.

Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular