Pertembungan
diantara barat khususnya penganut agama Kristian dengan Islam bukan
perkara baru, bahkan ianya telah berlaku sejak zaman Khalifah Umar
Al-Khattab lagi. Andalusia (Kini Sepanyol) yang suatu ketika dahulu
merupakan sebuah kerajaan Islam yang sangat cemerlang dalam perkembangan
ilmu pengetahuan telah hancurkan oleh kerajaan-kerajaan Kristian Eropah
yang diketuai oleh Raja Ferdinand V dan Ratu Isabella, manakala umat
Islam telah dihalau keluar dan sebahagian besar juga telah dipaksa untuk
penganut agama Kristian. Pengalaman mereka mengubah kerajaan Islam di
Andalusia menjadi sebuah negara Kristian telah digunakan sepenuhnya
apabila Sepanyol berjaya menjajah Filipina. Ini boleh dilihat apabila
antara dasar utama penjajahan Sepanyol keatas Kerajaan Filipina ialah
mengkristiankan penduduk Islam Filipina. Kejayaan dasar tersebut boleh
dilihat pada hari ini, apabila Filipina merupakan satu-satunya negara
Kristian yang berada di di Asia Tenggara.
Begitu
juga apabila British berjaya menjajah Tanah Melayu, mereka bukan
setakat datang untuk membolot kekayaan hasil bumi yang terdapat di Tanah
Melayu tetapi juga berusaha untuk mengubah identiti Islam penduduk
Tanah Melayu sama ada dari segi pemerintahan, undang-undang, cara hidup,
pendidikan dan lain-lain kepada identiti yang berpaksikan barat.
Bahkan, usaha-usaha menyebarkan agama Kristian juga berlaku dengan giat
sekali. Para mubaligh kristian telah menggunakan pendidikan dan badan
kebajikan sebagai platform untuk menyebarkan agama kristian kepada
penduduk Tanah Melayu ketika itu. Dan hakikatnya usaha menyebarkan agama
kristian termasuklah kepada umat Islam di Malaysia terus berlaku
sehingga ke hari ini. Adalah satu pembohongan yang sangat besar jika
penganut Kristian tidak mempunyai agenda untuk mendakyahkan agama mereka
kepada umat Islam.
Apa
yang perlu disedari ialah bahawa masyarakat barat khususnya Eropah
sebenarnya mempunyai sejarah yang sangat panjang dengan Islam. Mereka
sangat kenal dan memahami Islam serta umat Islam. Hanya orang yang lupa
atau buta sejarah sahaja yang mengatakan bahawa Barat mempunyai banyak
salah faham terhadap Islam, maka umat Islam perlu memberikan kefahaman
mengenai Islam kepada mereka. Penaklukan Andalusia oleh Raja Ferdinand V
dan isterinya Ratu Isabella, Perebutan Baitulmaqdis, Perang Salib,
Penaklukan Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, Perang Lepanto
dan banyak lagi merupakan antara interaksi secara langsung yang pernah
berlaku diantara Islam dengan masyarakat barat. Interaksi sedemikian
sudah tentu telah membuka ruang yang sangat luas bagi kedua-dua pihak
untuk saling memahami dan mengetahui kekuatan serta kelemahan
masing-masing.
Selain
itu, interaksi dan pertembungan masyarakat barat dengan Islam boleh
juga difahami daripada penubuhan Liga Negara-negara Kristian. Walaupun
ketika Eropah berada dalam kemunduran dan sering berperang sesama
mereka, namun mereka mempunyai satu kesedaran yang sama iaitu mereka
perlu bersatu untuk berhadapan dengan Daulah Turki Uthmaniyah. Penyatuan
negara-negara Eropah yang ketika itu dikenali sebagai Liga
Negara-negara Kristian adalah asas kepada pembentukan PBB yang ada pada
hari ini.
Demikianlah
antara pertembungan yang pernah terjadi diantara masyarakat barat
dengan Islam, dan sebenarnya pertembungan tersebut tidak pernah berakhir
dan tidak berakhir sehinggalah ke hari kiamat. Cuma yang berbeza
adalah bagaimana pertembungan tersebut terjadi, ianya bergantung kepada
kuasa politik mana yang lebih dominan. Misalnya, ketika Islam menjadi
kuasa politik yang dominan, cahaya Islam bukan sahaja telah memberikan
kesejahteraan kepada seluruh manusia yang berada di bawah naugannya
malahan turut memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat barat
khususnya dalam bidang keilmuan. Islam juga tidak pernah memaksa
masyarakat barat untuk mereka menganut agama Islam, jauh sekali untuk
menindas mereka. Hak dan kebajikan mereka sentiasa dipelihara. Namun itu
semua tidak pernah menghalang masyarakat barat daripada memusuhi Islam
bahkan sentiasa berusaha mencari peluang untuk menghancurkan Islam.
Berbeza
halnya ketika masyarakat barat menjajah negeri-negeri umat Islam. Umat
Islam bukan sahaja ditindas dengan kejam, bahkan ratusan ribu umat Islam
telah dibunuh dan diperlakukan dengan sesuka hati tanpa sedikit pun
belas kasihan. Kebencian mereka terhadap Islam dan umat Islam begitu
terserlah sekali ketika mereka menjajah negeri-negeri umat Islam. Ini
adalah hakikat yang umat Islam harus sedari dan jangan sesekali
terpedaya ataupun tertipu dengan slogan-slogan manis yang dilaungkan
oleh barat kerana itu semua hanyalah untuk mengaburi mata umat Islam.
Allah SWT berfirman :
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka". (TMQ Al Baqarah : 120)
“Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil orang-orang yang di luar
kalanganmu menjadi teman kepercayaanmu (kerana) mereka tidak
henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa
yang menyusahkan kamu, telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa
yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi.” (TMQ Ali Imrân:118).
Askar Perancis Ketika Menjajah Algeria
Oleh itu, umat Islam tidak perlu bersikap defensif apologetik dalam berhadapan propaganda yang dilakukan oleh barat untuk memburuk-burukkan Islam atau bersusah payah untuk mengambil hati masyarakat barat bahawa Islam adalah agama peace dan seumpamanya. Ini kerana, kebencian mereka terhadap Islam bukan kerana faktor itu ini dan sebagainya, tetapi kebencian mereka adalah kerana Islam itu sendiri. Mereka yakni masyarakat barat dan orang kafir secara umumnya memang membenci Islam, ini adalah hakikat yang diingatkan oleh Allah SWT sendiri. Ianya telah pun terbukti daripada sejarah dan dengan apa yang sedang menimpa umat Islam di seluruh dunia ketika ini. Al-Quran dibakar dan dicampak ke dalam tandas, Rasulullah SAW dihina, hukum-hakam Islam dipersendahkan, umat Islam dibunuh, mempertikaikan ibadah korban umat Islam, bahkan turut mempertikaikan isi kandungan khutbah umat Islam dan pelbagai macam lagi yang merupakan menifestasi kebencian orang-orang kafir terhadap Islam.
Sebenarnya
barat dan orang-orang kafir menjadi semakin berani untuk menindas umat
Islam adalah kerana keadaan umat Islam yang lemah dan berpecah belah.
Selagi umat Islam di seluruh dunia tidak kembali bersatu berjaya
memperkuatkan kembali keadaan umat Islam, maka selama itulah kita akan
sentiasa dihidangkan dengan berita-berita sedih yang menimpa umat Islam
di seluruh dunia akibat penindasan oleh barat dan juga orang-orang
kafir. Islam hanya akan menjadi kuat dan dapat menyatukan umat Islam di
seluruh dunia apabila segala peraturan atau sistem hidup serta hukum
hakam Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah kembali
diterapkan dalam Institusi Pemerintahan Khilafah sebagaimana yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Sama seperti ketika
Islam menjadi kuasa politik yang dominan, apabila Islam kembali menjadi
kuasa politik yang kuat, cahaya Islam bukan sahaja akan memberikan
kebaikan dan kesejahteraan hidup kepada umat Islam tetapi juga kepada
semua manusia termasuklah masyarakat barat itu sendiri kerana Islam
merupakan rahmat kepada sekalian alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN