SHAH ALAM – Portal Sinar Online terus menjadi pilihan pengguna internet seterusnya menjadi laman berita nombor satu di Malaysia untuk bulan Ogos 2014.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Malaysia Digital Association (MDA), berdasarkan data yang diperoleh dari comScore Media Metrix®service, Sinar Online mencatatkan jumlah pengunjung sebanyak 931,000.
Presiden MDA, Kenneth Wong berkata, data tersebut direkodkan berdasarkan tingkah laku pengguna internet di negara ini.
“Ia direkodkan bagi memahami kehendak pengguna yang disasarkan oleh sesebuah organisasi tersebut dengan lebih tepat,” katanya.
Sebelum ini Sinar Online mencatatkan rekod sebagai portal berita berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia, menurut data yang dikeluarkan oleh Malaysia Digital Association (MDA) bagi Disember 2013.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Harian portal berita Melayu nombor satu]
Sementara itu, secara keseluruhan, Maybank2u.com.my menduduki tangga teratas dengan jumlah pengunjung seramai 2,817,000 pengguna, manakala tangga kedua diduduki Mudah.my dengan catatan 2,159,000 dan AirAsia pula ditempatkan di posisi ketiga dengan 1,516,000.
Manakala syarikat perbankan CIMB dan portal carian Cari.com.my masing-masing menduduki tangga keempat (1,399,000) dan kelima (1,194,000).
Antara media yang turut menduduki 10 tangga teratas dalam senarai tersebut termasuklah Harian Metro (883,000) dan TheStar (828,000).
Sementara itu, menerusi analisis Google Analytics, pada Ogos, Sinar Online telah merekodkan 32.3 juta Pageviews.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN