Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Selasa, 9 Januari 2018

Tawar khidmat seks kepada anggota polis, wanita didenda

Mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Julia Aso, 31, selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan terhadap anggota polis itu dengan bayaran RM200 untuk sekali perkhidmatan itu.

Kesalahan itu dilakukan di bilik sewa wanita tersebut di sebuah unit di Pangsapuri Sri Penara, Jalan Permaisuri 1, Cheras, di sini pada 11.30 malam, 25 Disember lalu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Difahamkan, tertuduh menawarkan khidmat seks melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan beroperasi di bilik sewanya di pangsapuri tersebut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular