SEMAKIN berseri-seri penampilan Datuk Seri Vida sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja berseri, malah Vida semakin kurus.
Sejak awal tahun ini, Vida sememangnya mengamalkan diet seimbang dengan mengurangkan pengambilan nasi.
Berbeza susuk tubuh Vida beberapa tahun lalu di mana, badannya masih berisi. Namun malam tadi, Vida nampak berbeza.
Menerusi video di laman Facebooknya bersama penyanyi Aishah sejurus tamat program tajaannya Gegar Vaganza malam tadi, beliau mengakui badannya semakin langsing.
Aishah yang merupakan pemenang ‘Anugerah Gelora Vida Vaganza’ turut kagum dengan penampilan baru Vida dan berhasrat untuk sihat dan ramping sepertinya.
Sinar Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN