Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 15 Oktober 2016

Kedai Pok Ta Kale Feri jadi tumpuan ramai

Kedai Pok Ta Kale Feri jadi tumpuan ramai

WALAUPUN kedudukan kedainya agak tersorok dari pandangan umum, namun kedai Pok Ta Kale Feri sering menjadi tumpuan dek kerana hidangan yang ditawarkan memenuhi cita rasa pelanggan.

Kedai milik Fauziah Mamat, 50, yang terletak di Pasir Kelang, di sini, hanya menghidangkan kue tiau, mi segera, bihun serta mi sup dan goreng berlaukkan udang, sotong, daging serta telur sebagai menu utama di kedainya.

Menurut Fauziah, kedai yang diusahakan sejak 2006 itu mengetengahkan resipi ciptaannya sendiri.

Idea berniaga ini timbul ketika suaminya, Mohd Satar Jaafar, 54, yang juga orang kurang upaya (OKU) bekerja sebagai pembuat bot di Pangkalan Feri Pasir Kelang.

"Kedai ini dibuka dengan modal sekitar RM3,000 sahaja. Dulu perniagaan ni biasa-biasa jer tapi lepas banjir (2014), pelanggan makin bertambah. Hasil jualan juga meningkat," katanya yang turut dibantu empat anaknya.

Katanya, bagi memenuhi selera pelanggan, dia sentiasa menitik beratkan kualiti lauk agar sentiasa segar bagi memastikan  keasliannya sentiasa terjaga.

"Lauk seperti udang, daging dan sotong saya beli setiap hari kerana lauk yang baru mampu menjamin rasa yang dapat memenuhi selera pelanggan, saya mahu pelanggan puas hati.
"Daging yang saya gunakan juga adalah daging tempatan. Alhamdulillah, saya kini mampu menjual sekitar 100 mangkuk makanan berkuah sama ada mihun, mi, kuetiau ataupun mi segera," katanya.

Lebih menarik lagi, katanya, pelanggan dapat melihat panorama indah di sekitar Pengkalan Feri Pasir Kelang sambil menikmati hidangan disediakan.

"Kedai ini beroperasi jam 2 petang pada setiap hari Jumaat dan jam 12 tengah hari pada hari biasa," katanya.

Tambah Fauziah lagi, melihat perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan, dia berhasrat untuk membuka cawangan.

Kredit : Sinar Harian Online

1 ulasan:

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular