Kisah Michael seorang pemuda Yahudi mencari agama yang benar
"Aku dilahirkan sebagai seorang
Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun.
Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup
ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US
dan bekerja sebagai setiausaha..... sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke
dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku.
Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti
ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu,
kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim.
Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau
kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam...
Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut disertai
bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun
membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi
tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah
bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam
kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada
tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari
kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada
berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak
tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan...
Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka
mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang
yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang
percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya'. Dengan
keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa
tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh
dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa
ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama
kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada
diriku "Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan.
Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana
aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu
tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini
logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."
Ok, lepas tu.. "ini maknanya
kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak
tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi
dan Kristian.... Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism
(Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments',
Taurat, jiwa Yahudi...apa,.. apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini
menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai
Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama
Yahudi)'.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan?
Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa
Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua
manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu
dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti
berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati
agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini
mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya
dalam Judaism tak ada konsep neraka...yang ada syurga je...kalau macam
tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok?
Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku
lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati
Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang
bapa dan roh suci...macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3
bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan,
persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi
lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu
lain pula...
Jesus mati disebabkan dosa kita
dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli'.
Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan
semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang
diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu
mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia
berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan
satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi
yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik..
takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya?
Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang
melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak
zalim..mustahil... tak logik... aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana
beliau ‘mengasihi manusia'.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus
berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham
kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela
dikorbankan.... Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan
begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam....
Islam bermaksud penyerahan diri.
Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam,
infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan
Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak
ada yang sukar untuk difahami.
Tak
ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab
mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak
1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan
awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan
yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang
boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan
yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu..
terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains
moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke
atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara
lagi mengetuk fikiranku...yang paling utama sekali Islam.. nama agama.
Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat
semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan
Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New
Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak
jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab... memang
tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism
datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity
daripada perkataan "Christ" dan " ianity"...
Jadi siapakah Juda ini? Dia
adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada
manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita
tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan
risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini
dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah
dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam
kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari
rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan
(tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah "Apakah barangan (tiada
nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk
pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan
sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara
fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar
kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama
adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam
tu... tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam
kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang
tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil
pada pendapat aku... Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan
Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh
sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama
yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting
dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib
mengikuti Islam.......kemudian aku mengucap syahadah...aku bersyukur
diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam
cahaya kebenaran..
Allahu Akbar.......
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam.."
Anda mungkinKredit : SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HAK ANDA UNTUK KOMEN