Rezeki ALLAH kita tak tahu

Rezeki ALLAH kita tak tahu : Fattah Amin

PELAKON popular, Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berlakon di bawah produksi Skop Production menjadi kenyataan akhirnya.

Jelas Fattah, sewaktu pembikinan filem pertama Syafiq Yusof, Saya Amat Mencintaimu, dia hanya bekerja di belakang tabir produksi terbabit sebagai krew yang menyiapkan prop.
"Kalau orang nak tahu, permulaan karier saya di dalam industri adalah sebagai krew produksi Skop Production.

"Saya pernah beritahu Syafiq, saya sebenarnya sertai Skop bukan sebab nak jadi krew, saya sebenarnya nak berlakon. Syafiq pun terkejut dengar statement saya.
"Kita tak pernah tahu rezeki ALLAH dan Alhamdulillah kini saya berada di depan skrin," katanya ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mutiara Damansara.
Syafiq yang turut mencelah memberitahu : "Bila dia cakap dia nak berlakon, saya terkejut juga dan saya kata dia berpeluang untuk jadi pelakon suatu hari nanti kerana dia ada Korean Look."

Tambah Fattah, 28, dia rasa bertuah kerana dapat mengutip pengalaman yang cukup berharga sepanjang penggambaran KL Special Force.
"Pengalaman yang cukup wow dan tak boleh dibayar. Rasa sangat bangga dan teruja kerana Syafiq memilih saya membintangi filem ini.

"Saya harap ramai yang akan turut menyaksikan filem ini. Bukan kerana saya berlakon tetapi jalan cerita filem ini memang menarik dan lakonan mantap pelakon lain seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul dan ramai lagi," katanya.

Selain Fattah, filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Filem yang menelan belanja RM4 juta ini akan menemui penonton di pawagam 8 Mac depan.

Kredit : Sinar Harian Online

Ulasan

Catatan Paling Popular

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan Dunia..

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri