Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 18 Mei 2019

Jom kenali tabiat suami curang


SUAMI anda yang dahulunya garang dan ego secara tiba-tiba berubah menjadi penyayang dan romantis. Secara tiba-tiba menunjukkan rasa ambil berat melampau terhadap anda.

Awas! Ada sesuatu yang tidak kena. Kemungkinan dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada anda.

Ingat, kecurangan boleh berlaku tanpa anda sedari. Curang juga bukan satu kesilapan tetapi pilihan lelaki itu sendiri ya!

Jom kenali tabiat suami curang:

1) Menipu

Kerjanya asyik menipu dan alasan yang diberikan tak masuk akal. Apabila isteri ajak keluar bersama, dia kerap mengelak dengan pelbagai alasan seperti ada mesyuarat dan perlu menghadiri program atau majlis rasmi.

2) Marah tak tentu pasal

Suami yang dahulunya seorang yang 'cool' secara tiba-tiba berubah menjadi pemarah. Ada sahaja perkara yang dibuat isteri tidak kena pada matanya. Lama-kelamaan hubungan anda dan si dia mula menjadi hambar.

3) Bawa telefon bimbit ke mana-mana sahaja

Nah, tabiat ini memang menyeramkan. Anda mungkin perasan suami kerap bawa telefon bimbit bersama termasuk ketika ke tandas. Bila waktu tidur pula, telefon itu disimpan bawah bantal atau berdekatan dengannya.

4) Memasang kata laluan (password) pada telefon bimbit

Tanpa disedari wujud kata laluan pada telefon bimbit suami. Dia langsung tidak membenarkan anda menyentuh telefonnya apatah lagi menjawab sebarang panggilan telefon. Awas, ada sesuatu yang tidak kena!

5) Tidak menjawab panggilan dan mesej anda

Berkali-kali anda hubunginya namun tiada jawapan. Mungkin suami anda sedang sibuk melayan teman wanita di pusat membeli-belah atau pusat karaoke.

6) Kemesraan mula pudar

Bila wujudnya syak wasangka, maka hubungan kalian mula jadi hambar. Rasa sayang dan cinta mulai hilang sedikit demi sedikit.

7) Kerap kelihatan gelisah

Jika anda bersama suami di rumah, dia kelihatan gelisah dan tidak senang duduk. Dia mungkin sedang mencari alasan untuk keluar bersama teman wanitanya.

8) Selalu terlepas cakap atau tersasul

Tabiat ini paling mudah dikesan sebenarnya. Jika suami anda tersasul memanggil nama anda 'baby' atau 'sayang' walhal dia menggelarkan anda 'ibu', maka berhati-hatilah. Ada insan lain sedang mengetuk pintu hatinya sekarang.

9) Melayan telefon bimbit 24 jam

Suami akan melayan telefon bimbitnya tanpa mempedulikan kehadiran anda dan anak-anak. Secara tiba-tiba dia akan tersenyum sendiri, itu petanda ada sesuatu yang tidak kena.

10) Gemar mencari kesalahan anda

Apa sahaja yang anda lakukan, ada sahaja yang tidak kena pada matanya. Dia akan membebel dan mula memarahi anda termasuk isu-isu kecil berkaitan anak dan bil-bil utiliti seperti elektrik dan air.

11) Tidak melayan anda

Sikapnya semakin dingin terhadap anda. Dulu suami kerap bertanyakan hal-hal di pejabat anda, kini dia banyak mendiamkan diri dan melayan telefon bimbitnya.

12) Mengubah penampilan diri lebih menarik

Dahulunya, suami gemuk dan penampilannya tidak terurus namun kini, berubah. Dia mula menjaga pemakanan dan pakaiannya sentiasa tampak kemas. Contohnya, dulu tak gemar pakai seluar jeans kini kerap mengenakan seluar itu dan mula memakai pakaian berjenama. Dia juga mula memakai minyak wangi, pelik bukan?

13) Terlebih memberi perhatian kepada anda secara tiba-tiba

Ya, tabiat ini apa kurangnya. Dia mula menunjukkan sikap mesranya dan penyayangnya terhadap isteri dan anak-anak. Dulu sikapnya ala kadar tetapi kini berubah.

Perkara ini tidak dinafikan ya, lambat laun 'deria magik isteri' pasti dapat merasai perubahan sikap suami hingga dapat menghidu kecurangan pasangannya itu.

#Nasihat Femina, selidik betul-betul hingga terbukti suami anda curang, barulah buat keputusan yang tepat untuk anda dan masa depan anak-anak.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my

1 ulasan:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Melayu Akan Membela Al-Aqsa

  Ceramah ini di sampaikan oleh Ustaz Muhamad Al Amin tahun 2019… KLIK SINI 

Catatan Paling Popular