Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Rabu, 9 September 2015

Lebih 4j rakyat Malaysia merokok setiap hari

rokok

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata tinjauan pada 2011 oleh Global Perokok Dewasa Malaysia (GATS) mendapati kira-kira 4.3 juta atau 20.9 peratus penduduk Malaysia mengamalkan tabiat merokok setiap hari.

Beliau berkata, tinjauan itu menunjukkan bahawa bilangan perokok tersebut terdiri daripada 39.9 peratus lelaki dewasa dan 0.7 peratus wanita dewasa.

"Antara 10 dan 15 peratus atau lebih 100,000 kematian setiap tahun di negara ini disebabkan penyakit berkaitan dengan merokok. Pengguna tembakau
bertanggungjawab menyumbang kepada apa yang sebaliknya boleh dicegah," kata Jainab ketika menutup Seminar Mengenai Bahaya Merokok di sini, semalam.   

Seminar itu dianjurkan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah dan dihadiri kira-kira 200 pelajar sekolah menengah, guru-guru, penjawat awam dan persatuan ibu bapa.

Jainab berkata asap rokok boleh menyebabkan kematian kepada lebih lapan juta manusia setiap tahun pada 2030.


Beliau turut memberi amaran bahawa merokok dalam kalangan remaja adalah satu trend yang membimbangkan dan jika tidak dikawal boleh menjadi semakin buruk  pada masa hadapan. 

"Dalam banyak kes penagihan dadah, bermula dari merokok. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kadar kelaziman merokok dalam kalangan lelaki Malaysia berumur lebih 15 tahun pada 2008 adalah 43 peratus dan tiga peratus bagi wanita," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular