Isteri HANYA MAHU rangsangan ini dari pasangan untuk lebih puas – Kajian

Jalan untuk wanita capai klimaks ketika seks bukan mudah. Hanya 65% isteri puas selepas berasmara. Mereka hanya mahu rangsangan ini untuk lebih puas.
Ramai wanita tidak mencapai klimaks ketika berasmara
Kajian baru-baru ini membuktikan ramai isteri tidak puas atau tidak mencapai klimaks ketika berasmara. Untuk wanita capai klimaks, mereka memerlukan satu rangsangan penting, iaitu: rangsangan di klitoris (biji kelentit).
Sebanyak 73% wanita mengaku mereka memerlukan rangsangan di klitoris ketika berhubungan seks, barulah mereka mencapai klimaks.
Tapi mengapa rangsangan di klitoris? Tidak cukupkah rangsangan dan teknik godaan yang dibuat oleh si suami?
wanita capai klimaks
Kredit: kinkykatieradio.com
Sebenarnya, menurut kajian dari Indiana University School of Public Health, setiap rangsangan dan teknik godaan suami tidak mendatangkan sebarang masalah pun, tapi isteri masih memerlukan rangsangan di klitorisnya agar dia lebih mudah klimaks.
Wanita capai klimaks dengan rangsangan klitoris yang tepat
Hanya 18% isteri mengaku mereka boleh berasmara dan mencapai klimaks tanpa rangsangan atau sentuhan di klitoris. Manakala hampir 9% isteri pula tidak pernah puas dalam hubungan kelaminnya.
Kajian ini membuktikan satu perkara: ramai suami benar-benar tidak tahu bagaimana cara nak memuaskan isteri masing-masing.
Jadi pengkaji menyoal subjek kajian (1000 wanita) untuk memahami bagaimana rangsangan di klitoris yang mereka mahukan.
wanita capai klimaks
Kredit: Twitter
Jawapannya:
64% isteri suka ada sentuhan dan rangsangan di klitoris dalam bentuk up-and-down
50% isteri mahu sentuhan di klitoris dalam gerakan melingkar
Bakinya mahu kedua-dua cara di atas
Kedudukan klitoris pada setiap wanita berbeza
Pengkaji kesihatan, Brian Dodge percaya sentuhan berbentuk seksual ini bersifat universal. Maksudnya, ia tidak pelik, tapi sebenarnya normal.
Tidak seperti kaum lelaki, jalan untuk wanita capai klimaks atau merasa puas selepas berjimak bukanlah mudah.
Kadang-kadang, walaupun pasangan sudah menggesel klitoris, namun wanita itu masih tidak boleh orgasme! Mengapa?
wanita capai klimaks
Kredit: Cosmopolitan
Ini mungkin kerana kedudukan bahagian dalam klitoris yang agak jauh dari vagina. Bahagian luar klitoris pula mempunyai sekitar 8,000 saraf sensor. Ia lebih sensitif berbanding penis!
Menurut Medical Daily, wanita yang tidak berjaya mencapai klimaks, walaupun selepas dirangsang di klitoris, biasanya disebabkan jarak yang besar antara klitoris dan vagina.
Jarak ini boleh mencapai sehingga 5 cm!
Wanita capai klimaks sebanyak beberapa kali
Menurut Dr. Susan Oakley, pengkaji dari Good Samaritan Hospital pula, klitoris yang besar memiliki lebih banyak saraf.
Sebab itu wanita masih boleh mencapai klimaks beberapa kali walaupun selepas orgasme
Tapi kunci yang paling penting adalah komunikasi.
Cakap dengan pasangan apa yang anda mahukan. Ini agar kalian sama-sama puas. Tanpa komunikasi, pasangan mungkin perlu “berlayar” seorang diri.
Petua Tradisional Wanita Mengetatkan Faraj Dan Bahagian Bawah V
Memulih dan Menyempitkan Faraj
Petua 1 : Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.
Petua 2 : Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sireh bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sireh. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.
Petua 3 : Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.
Masalah Keputihan Pada Faraj
Petua 1 : Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Direbus bersama air sebanyak 1 litel sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campukan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.
Petua 2 : Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.
Petua 3 : Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.
Petua 4 : Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.
Petua 5 : Rebus 10 biji manjakani, 10 biji buah keras, 10 helai daun sireh, 2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah. Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air kecil.
Memulihkan Bibir Faraj Yang Lebam
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.
Kemutan Faraj
Kemutan faraj yg berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima’, baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari. Utk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dgn menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Utk melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu. Teknik kemutan ini dapat meningkatkan kebahagiaan suami isteri.
Mengelak Alat Sulit Berbau
Ambil dua helai daun sireh dan juga pucuk pegaga. Rebus keduanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi dan cucilah alat sulit 2-3 kali sehari. InsyaAllah, bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan hilang.
Ini ada petua Jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil daun kemangi sebanyak 25 gram, pandan wangi sebanyak 5 gram, gula aren (batu) juga 5 gram serta garam secukup rasa. Daun kemangi dan pandan wangi ditumbuk lumat dan kemudian dicampur setengah gelas air. Tapis dan perah airnya. Campur garam dan gula aren secukup rasa. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut2.
Mencantikkan Payudara
Petua 1 : Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih.
Petua 2 : Tumbuk 10 ulas bawang merah hingga halus. Sapukan di sekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.
Sumber : Ohgebang

Ulasan

Catatan Paling Popular

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Melancap atau Onani tidak bahaya sekiranya..

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri