Sarah Hilderbrand yakin, bersedia berhijab

Sarah Hilderbrand yakin, bersedia berhijab

DALAM hidup ini, tiada seorang pun yang sepi daripada ujian ALLAH SWT namun ujian itu berbeza antara satu sama lain.
Begitu juga dengan model dan pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand ketika membuat keputusan berhijab, lebih setahun lalu.

Tanpa diduga, selebriti berusia 27 tahun ini ditawarkan watak utama sebagai wanita yang tidak bertudung pada hari pertama penghijrahannya.
“Jujurnya, saya terkejut dan berbisik pada diri kenapa tawaran harus berlaku hari ini. Kenapa tidak sebelum ini,” katanya pada Media Hiburan.

Tambahan pula, katanya, sebagai pelakon baru, tawaran yang hadir bagaikan satu peluang keemasan demi membina nama di persada seni.

“Saya tidak pernah fikir soal karier seni apabila membuat keputusan memakai tudung. Saya hanya fikir apabila didatangi tawaran lakonan itu. Sebab itu, saya  terkejut, semuanya berlaku secara tiba-tiba.

“Saya rasa pelik namun mungkin semua ini adalah ujian dari-Nya,” kata pelakon Hujan Pagi ini  yang menolak tawaran itu kerana nekad mahu berhijrah.
Sekali lagi diduga, pemilik nama sebenar, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf ini juga dilihat tenggelam dalam seni hiburan, sepanjang tahun lalu.

“Saya tiada tawaran berlakon buat masa ini dan hanya berlakon dalam drama bersiri Suami Tanpa Cinta, tahun lalu. Tapi, saya tetap aktif sebagai model. Mungkin sebab tidak muncul di kaca TV, itu yang orang tidak nampak,” katanya.
 Pelakon filem Mirip ini juga  mahu karakter yang diberi bersesuaian dengan imej muslimahnya.

Sarah yang meminati pengacaraan kini tampil sebagai pembaca highlights di saluran HyppTV, sejak tahun lalu.

“Insya-ALLAH, saya akan muncul sebagai pengacara untuk program berkaitan dengan fesyen dan travelog di TV dan laman sosial, bulan depan,” katanya.
Sarah juga dipilih sebagai duta bagi produk penjagaan kulit, Safi Balqis selama dua tahun dan sudah menjadi pengguna setia produk itu sejak di bangku sekolah menengah lagi.
Berubah perlahan-lahan
Mengimbas kembali, Sarah mengakui penghijrahan yang dilakukan berlaku  perlahan-lahan.
“Saya pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di Amerika Syarikat pada 2009.
“Asalnya, saya terlalu terikut-ikut dengan budaya Barat, malah pakaian juga terlalu seksi ala-ala Mat Saleh. Apabila pulang ke sini, saya perasan ramai yang kurang senang dengan  pemakaian saya hingga rasa segan dalam diri,” katanya

Atas faktor itu, kekasih Nabil Mahir ini mahu berubah lantas menyediakan diri dengan mempelajari ilmu agama dan mula mengubah cara berpakaian sedikit demi sedikit.
“Saya juga menyertai kelas agama, usrah, belajar dan memahami lebih mendalam mengenai Islam selain belajar solat.

Pada masa sama, Sarah mengakui bersedia untuk bertudung hasil inspirasi foto gaya hijab yang dikenakan wanita Arab melalui media sosial yang tampak sempurna, cantik dan kemas biarpun bertutup.

Mahu terus istiqamah, Sarah berharap niat dan harapannya terus berkekalan sehingga akhir hayat.

“Saya memakai tudung kerana yakin dan bersedia tanpa ragu-ragu di dalam hati. Sebab itu, saya tidak melakukannya secara drastik.
“Alhamdulillah, inilah keputusan tepat saya di dalam hidup,” katanya mengakhiri perbualan.

Sinar Harian Online

Ulasan

Catatan Paling Popular

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan Dunia..

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri